Tumbuh sealiran waktu perjalanan sambutan Tahun Baru Lunar, COS memperkenalkan koleksi kapsul edisi terhad, yang merayakan tema dinamik, pembaharuan dan kebersamaan. Kurasi himpunan ini menyedarkan kita kepada simbol kebudayaan yang berbancuh dengan kemodenan dan menata makna identiti COS yang senantiasa mengekspresikan quiet energy.

Lingkungan koleksi kapsul ini menjangkaui visual. Ia membahasakan fesyen kontemporari yang ada kesegerakan bersama tradisi dan kemodenan. Apalagi masa kini memperlihatkan pemintaan tinggi terhadap helaian-helaian atau pakaian-pakaian yang bukan hanya versatile, namun ada perspektif ‘intentional’. Bagaimana detik-detik yang mencerminkan kebudayaan mampu membentukkan fesyen yang tak usang ditelan zaman dan merangkul generasi yang menghargai gabungan pertindihan dua aspek tersebut.
Mencorakkan dunia tanpa pertentangan dengan tenaga seekor kuda (melambangkan Tahun Baru Cina tahun ini) yang menjadi teras utama. Koleksi kapsul ini memperdalam pengertian perayaan – motif kuda digarap melalui garisan expressive, bagi menterjemahkan irama dan malah, mengubah tekstur serta ritma kepada motif cetak dan kemasan yang penuh teliti. Ia membangunkan idea ‘pergerakan’ menerusi linear forms yang ditonjolkan pada skaf-skaf sutera, aksesori material kapas dan soft wool layers, mewujudkan keseimbangan aspek line yang bersilang dengan form.

Segalanya merujuk kepada membudayakan kuda dalam inti makna Tahun Baru Cina. Tentang kekuatan, kebebasan dan kemaraan dalam hidup.
Dimensi koleksi Tahun Baru Lunar 2026 ini adalah kesatuan dengan alam merai detik bersama yang tersayang. Siluet-siluet rekaan sangat relaks yang diperkemaskan dengan butiran-butiran halus, bentuknya pula fluid dan bersifat versatile bersahaja, lantas membenarkan penggayaan pakaiannya daripada untuk sambutan perayaan sehinggalah untuk hari-hari.
Ceraian baju panas rajutan berona merah adalah persambungan ideogram signifikan kebudayaan Cina, yang lazimnua dikaitkan dengan tuah dan kegembiraan. Rona-rona neutral serta rona-rona segar musim bunga adalah perlambangan keseimbangan dan keharmonian.
Koleksi kapsul Tahun Baru Lunar ini sudah tersedia sepanjang bulan Januari 2026 lepas sehingga Februari 2026, di atas talian dan di butik-butik terpilih.






