Langgan

Melewati Koleksi Novelties Terkini Audemars Piguet

Representasi kini.
1 minit untuk membaca
Published: March 16, 2026

Menghidupkan nadi dunia arloji penuh prestij, Audemars Piguet membawakan rangkaian lengkap koleksi Novelties jenama ini yang terdiri daripada Code 11.59 by Audemars Piguet, Royal Oak Offshore Ceramic dan Royal Oak Offshore. Setiap satunya dipersembahkan serba baru serba lengkap.

Code 11.59 by Audemars Piguet

Dua variasi baru bagi model Code 11.59 by Audemars Piguet Self-winding bersaiz 38 mm yang lebih awal diperkenalkan pada tahun 2023. Kedua-duanya diperbuat daripada emas merah jambu 18 karat. Mencipta kontras estetika yang elegan dan hangat - model ini menampilkan sama ada tona gelap dan mendalam atau rona cerah yang bercahaya, masing-masing memberikan daya tarikan yang harmoni.

Royal Oak Offshore Ceramic

Dua jam kronograf baru Royal Oak Offshore Selfwinding Chronograph bersaiz 43mm menggabungkan teknologi termaju dengan tradisi pembuatan jam halus. Jam pertama menampilkan bekas seramik “Bleu Nuit, Nuage 50” yang diperkaya dengan perincian titanium yang halus. Seramik biru gelap ini yang memberi penghormatan kepada warisan pembuatan AP bersempena sambutan ulang tahun ke-150 jenama ini, khususnya pada bezel model Royal Oak Offshore self-winding Chronograph bersaiz 43mm.

Royal Oak Offshore

Menggabungkan estetika yang beragam dengan kepakaran pembuatan jam tangan, Edisi ini meraikan kepelbagaian dunia kreatif menerusi penciptaan warna baru yang memercik ilham kontemporari. Dikuasakan oleh Kaliber 4308 automatik (self-winding), model ini menyatukan ketahanan dan prestasi. Berketahanan air sehingga 300 meter, ia direka untuk tangkas bagi setiap pengembaraan – sama ada di darat mahupun di bawah air.

 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down