Langgan

Dialog Kreatif Antara Warisan & Masa Depan Jaeger-LeCoultre

Inovasi penciptaan berterusan
1 minit untuk membaca
Published: February 24, 2026

Misi kreatif Jaeger-LeCoultre berterusan dengan kolaborasi jurugambar dari UAE iaitu Al Moosawi bersama arti digital janaan dari Arab Saudi iaitu Mona Algawaiz. Kali ini lebih istimewa menerusi program Made of Makers, warisan timur tengah menemukan titik temu baru dunia kreatif

Hasil fotografi Hussain yang diinspirasi daripada seni bina dan perincian hiasan menyatu dalam imaginasi Mona yang bersifat futuristik. Apa yang yang terhasil adalah satu imej komposit dari masa lalu dan masa depan yang menyatu.

Karya yang diberi nama 'Bridge of Time ' ini memberikan satu perspektif baru dunia seni dengan penghasilan sesuatu yang imersif. Pertembungan motif dan landskap melalui satu transformasi digital yang memperlihatkan bagaimana budaya dapat dipelihara menerusi janaan digital.

Made of Makers, Jaeger-LeCoultre

Pendekatan ini seiring dengan cerminan misi maison Jaeger-LeCoultre yang mahu melindungi identiti jenama yang dibina lebih dua abad dan pada masa yang sama mencipta satu bentuk baru bagi sebuah kelangsungan yang akan dinikmati generasi mendatang.

Lima karya diolah penuh kreatif iaitu The Mosque, The Coral Wall, The Threshold, The Bridge dan The Courtyard menjadi fokus pada kedua-dua artis ini dalam membentuk satu pemuliharaan arkib imej yang lebih berpanjangan sifatnya.

Mona berkata "Saya bekerja dengan Kecerdasan Buatan bukan untuk menggantikan keberadaan realiti, tetapi untuk memperkembangkannya. Berpandukan fotografi Hussain, saya membayangkan bentuk dan struktur baru yang menyingkap dualiti yang ada di Dubai iaitu alam semula jadi dengan kemodenan serta persekitaran yang dibentuk oleh kemajuan.

 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down