Langgan

Cetusan Ilham Feminin Rado bersama Marina Hoermanseder

Musim cinta
1 minit untuk membaca
Published: February 8, 2026

 

Meraikan hari kekasih dengan ilham baru penciptaan jam tangan membuah ilham kreatif Rado bersama Marina Hoermanseder. Definisi kebebasan dalam penggayaan kini hadir dalam terampilan feminin lewat penciptaan 'Silky'.

Dicipta khusus dalam menyerlahkan keperibadian dan keunikan individualiti - Rado membawakan keterujaan baru yang lengkap tidak hanya dalam penghasilan jam tangan yang berevolusi namun pada masa yang sama meraikan kelembutan penuh ekspresi.

Kolaborasi ini menghasilkan skaf sutera yang lembut dengan ikon Rado dicetak seiring dengan lakaran yang cukup menawan. Menerusi kolaborasi ini dimensi penggayaan tercipta dan melengkapi keperluan setiap wanita.

'Silky' boleh digayakan di pergelangan tangan bersama jam Rado atau membaluti mewah di leher. Tidak terikat pada itu sahaja, bemain dengan kreativiti andai disemat pada tali pinggang atau beg ia mampu mencipta satu definisi penggayaan yang lebih mewah dan distingtif.

Bersempena sambuta Hari Kekasih, skaf ini akan diberikan percuma dengan seiap pembelian salah satu daripada dua jam Marina Hoermanseder atau pilihan jam Rado lain bersaiz lebih kecil.

Selain pilihan gelang dan tali jam, kehadiran Silky menjadikan koleksi ini hadiah sempurna buat mereka yang menghargai kepelbagaian dalam hidup. Pentafsiran fesyen, cinta dan aura romantis yang sentiasa berevolusi.

 

Rado Captain Cook x Marina Hoermanseder Heartbeat tampil penuh warna dan kreativiti, membawa pencinta dunia arloji ke dunia yang menyatukan ritma, gaya dan ekspresi diri bernadi seiring.

Diilhamkan daripada tenaga kota Berlin, jam tangan ini memancarkan keceriaan menerusi susunan batu permata pelangi, kontras emas yang berkilauan serta kristal nilam.

Biarkan jarum saat yang bermain sebagai simbol degupan jantung Marina yang menarik anda ke dalam tempo yang hidup, di mana setiap detik terasa seperti letusan tenaga listrik penuh keterujaan dan warna kehidupan.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down