Langgan

Ekspresi Floral Dengan BloomThis Luxe Series

Pick your favorite!
3 minit untuk membaca
Published: January 30, 2026

BloomThis memulakan tahun baru dengan penuh keyakinan menerusi pelancaran Luxe Series. Koleksi floral paling besar dan mewah pernah diperkenalkan oleh jenama ini. Direka untuk kasih dan sayang yang enggan diraikan secara sederhana.

Luxe Series mengangkat seni pemberian bunga ke tahap lebih tinggi melalui skala gubahan yang grand, susunan yang kaya serta kehadiran visual yang memukau. Setiap rekaan mencerminkan keindahan cinta dalam bentuk paling berani. Sesuai untuk meraikan detik istimewa, permulaan baru atau sekadar mengubah hari biasa menjadi luar biasa.

Luxe Euphemia Rose & Anthurium Flower Box

Menepati namanya, gubahan ini memancarkan keanggunan lembut dan romantik dengan gabungan anthurium merah jambu berkilau, mawar pink avalanche serta confidential roses. Dihiasi dengan orkid dancing lady yang beralun, susunan dalam kotak topi XL ini menyerlahkan kemewahan yang halus dan mempesona.

Luxe Marmara Red Rose Flower Box

Klasik dengan sentuhan berani, Luxe Marmara menggabungkan mawar merah menyala dan jingga hangat dalam kotak XL yang dramatik. Lapisan carnation pic serta percikan mawar kuning menjadikan gubahan ini satu pernyataan cinta yang kuat dan sukar dilupakan.

Luxe Beatrice Rose & Lily Flower Box

Satu perayaan rona merah jambu yang ceria, gubahan ini menampilkan carnation pic lembut, mawar hot cherry pink dan pink avalanche, disempurnakan dengan rose lily merah jambu yang menyerlah. Pilihan romantik paling ideal buat pencinta warna pink.

Luxe Aegean Pink Hydrangea Flower Box

Menggabungkan kemewahan lembut dan sentuhan moden, gubahan ini menampilkan hydrangea merah jambu yang gebu bersama gerbera champagne ceria dan anthurium yang sleek. Susunan XL ini membawa rasa ceria dan segar ke dalam mana-mana ruang.

Luxe Amani Phalaenopsis & Rose Flower Box

Eksotik dan penuh tekstur, gubahan ini menggabungkan mokara cherry pink, spider mums coklat serta eustoma dua tona, kemudian dimahkotakan dengan phalaenopsis ungu yang anggun. Satu interpretasi flora yang berani dan artistik.

Luxe Aira Rose & Gerbera Flower Box

Terinspirasi daripada rona keemasan matahari terbenam, gubahan ini memancarkan kehangatan melalui gerbera jingga lembut, matthiola lilac dan hydrangea merah jambu gelap. Anthurium safari dan snow willow liar membingkai susunan ini dengan penuh karakter.

Luxe Kate Red Rose Flower Box

Mawar merah dalam skala paling megah. Gubahan ini menampilkan bunga mawar merah pekat dan semburan mawar berbilang kepala yang mencipta tekstur kaya dan impak dramatik. Bila ragu, pilih yang besar dan merah.

Luxe Ameera Matthiola & Rose Flower Box

Sofistikasi bertemu sentuhan tropika dalam gubahan ini. Mawar cappuccino berdebu dan eustoma burgundy digabungkan dengan bird of paradise yang tegas, dilembutkan oleh hydrangea putih untuk keseimbangan elegan.

Luxe Arissa Hydrangea & Phalaenopsis Flower Box

Gubahan XL ini membawa kemewahan alam liar ke dalam ruang dengan gabungan anthurium hijau berstruktur, daun monstera, mawar hot cherry pink dan phalaenopsis ungu. Direka untuk membangkitkan rasa seperti berada di syurga tropika.

Luxe Perry Lilac Eustoma Flower Box

Satu penghormatan kepada keindahan ungu, gubahan ini menggabungkan eustoma lilac, matthiola ungu, mawar putih dan dendrobium, diperkaya dengan ocean song roses dan ping pong lilac. Mewah, unik dan penuh karakter.

Luxe Ionian White Orchid Flower Box

Mengubah bunga klasik menjadi pernyataan luar biasa, gubahan ini menampilkan rose lily merah jambu, matthiola pic dan bird of paradise yang kontras, disempurnakan dengan phalaenopsis putih yang elegan dalam kotak XL berlapis tekstur.

Luxe Levantine Pink Hydrangea Flower Box

Sebagai penutup yang memikat, gubahan ini meraikan kemewahan flora dengan lapisan mawar merah jambu lembut, hydrangea pink dan dendrobium hijau segar, dimahkotakan dengan anthurium putih berstruktur. Palet semula jadi yang ceria dan penuh kehidupan.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down