Langgan

Bicara ELLE Bersama Shalma Izzati

Kenali Shalma, si gadis fun dan happy-go-lucky.
2 minit untuk membaca
Published: January 31, 2026

Salah seorang daripada empat beradik Shalma, Shalma Izzati adalah model dan pencipta kandungan di sebalik siri sihat ‘Breakfast Series with Shalma’. Temui segala kegemaran serta azam tahun barunya!

Azam tahun baru anda bagi memulakan tahun 2026?

Untuk lebih menghargai perkara-perkara kecil, menikmati setiap detik dan terus mengembangkan Peeking Visuals, studio kreatif kecil saya.

Satu produk kecantikan that you can’t live without? 

Definitely tinted lip oil!

Trend fesyen atau gaya tertentu yang menjadi obsesi kini? 

Layering dan penggunaan aksesori sebagai sebahagian daripada keseluruhan gaya merupakan trend yang sedang saya gemari sekarang.

Minuman kegemaran yang akan dipesan ketika di kafe?

Hot latte!

Buku, podcast atau rancangan TV terbaru yang menarik perhatian anda?

Untuk podcast, sudah tentu ‘The Chic Code Podcast’!

Tempat, bandar atau negara yang ingin anda kunjungi dan kenapa?

Melawat Bosnia suatu hari nanti. Ramai mengatakan suasana di sana sangat tenang. I tertarik dengan bangunan-bangunan bersejarah serta budayanya, sesuatu yang benar-benar ingin I rasai sendiri. 

Album lagu atau penyanyi kegemaran yang anda sering mainkan?

Sekarang ini, lagu on repeat ialah ‘Diri’ oleh Tulus

Perkara pertama yang anda buat setiap pagi sebaik bangun dari tidur?

Melakukan regangan ringkas dan minum air sebaik sahaja I bangun tidur.

Haruman atau minyak wangi kegemaran of all time?

‘Montabaco’ daripada Ormonde Jayne!

Satu perkara yang orang mungkin tak tahu tentang anda?

Ligamen I pernah terkoyak dulu semasa I aktif bermain futsal.

Rutin senaman atau aktiviti fizikal yang diamalkan setiap minggu?

Sekarang, I mula berjoging semula dan cuba main pickleball atau padel sekurang-kurangnya sekali seminggu.  

Bahan kegemaran untuk menyediakan ‘Breakfast Series with Shalma’?

Kacang kuda, yogut Greek dan tomato ceri!

@shalmaizzati

NEW BREAKFAST SERIES! Aaaa soo happy with my new salad shaker!! But fyi they dont come with spoon/ fork! Alsoo this combination is kinda interesting and it’s actually not baddd🤔 Dressing Recipe - 4-6 Cherry Tomatoes - 2 tbpsn Feta Cheese - 2 tbspn Extra Virgin Olive Oil - Good Squeeze of lemon - salt pepper - a drizzle of honey (optional)

♬ original sound - Shalma Izzati

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down