Berkelana di pesisiran pantai, merakamkan pertemuan antara dua jiwa yang berpadu dalam ritma lautan romantis. Menampilkan Nia Atasha dan Sky Iskandar, ELLE Malaysia mempersembahkan lembar fesyen "Tides of Desire, Part II" untuk edisi Disember 2025.
Seaside Chemistry

Olahan aura mencetuskan usikan gaya yang menyulami sisi elegan nan santai bersama pilihan aksesori pelengkap yang utama. Nia: Gaun kolar perincian dan beg tangan kulit daripada PRADA. Anting-anting motif bunga milik penata gaya. Sky: Kemeja kapas, baju panas dan seluar kait, kesemuanya daripada PRADA
Mentari Pagi

Sinaran gaya memancar melalui sentuhan rumbaian perincian multi-bentuk yang menghidupkan lagi keanggunan yang tersendiri. Jaket cropped rumbai perincian dan skirt sepadan daripada TORY BURCH
Ritma Samudera

Merenung berani ke hadapan dengan semangat kebebasan dalam kombinasi antara fabrikasi lembut pada gaun dan jaket oversized yang membaluti erat. Gaun sulaman kontra dan jaket oversized daripada ONITSUKA TIGER. Anting-anting milik penata gaya
Derusan Kontra

Gaya yang berlawanan tidak bermakna dua jiwa tidak bersatu, biar menghembuskan angin kemewahan antara feminin dan maskulin. Nia: Jaket blazer, seluar tights monogram, kasut tumit, anting-anting batu dan rantai loket, kesemuanya daripada GUCCI. Sky: Kemeja jalur, jaket logo dan seluar potongan lurus, kesemuanya daripada GUCCI
Coastal Couture

Di ambang ombak, kemewahan berkilauan pada gaun material kilat yang diserikan lagi dengan sentuhan perincian batu penambah rasa. Gaun dwi-warna perincian batu daripada ALIA BASTAMAM. Anting-anting milik penata gaya
Ombak Rindu

Seindah lautan, menyemai lingkaran cinta antara dua jiwa yang saling meninggalkan jejak di pesisiran pantai. Nia: Gaun baldu panel kontra, rantai logo, cincin dan kasut tumit, kesemuanya daripada DIOR Sky: Kemeja jalur, jaket sulaman logo dan rantai metal logo, kesemuanya daripada DIOR
Titik Bayu

Bagaikan rintik-rintik hujan yang membasahi pantai, bintik polka mampu menyerpurnakan gerobok pantai yang lebih menyeronokan. Kemeja dan seluar pendek motif bintik polka daripada FENDI. Anting-anting milik penata gaya
Chasing The Sun

Seindah ikatan yang terjalin, dalam garis siluet longgar yang melangkah selesa pada padu-padan nada sekata yang moden. Nia: Jaket cetak genggang, seluar skirt dan kaca mata hitam, kesemuanya daripada COS. Sky: Baju kolar, seluar denim, rantai metal dan kaca mata hitam, kesemuanya daripada COS

Penyelaras & Penataan Gaya Muzammin Muzlan Arahan Seni Iera Nadzlim & Nabihah Nizam Pembantu Penataan Gaya Athirah Zahra & Firdaus Zin Fotografi Azim Mahayuddin / AM Studio Pembantu Fotografi Aidil Aqil Solekan Sahir Sabri Dandanan Miedy Daniel Model Sky Iskandar / TOPBOI Citiizen & Nia Atasha / TheModelsLab

