Ikuti Pengarah Kecantikan Bersekutu ELLE, Amira Azman, dalam mencuba Dyson Airwrap Co-anda2x™ Multi-Styler and Dryer
Seperti yang digembar-gemburkan, kehebatan peranti penggayaan rambut terbaru Dyson Airwrap Co-anda2x™ Multi-Styler and Dryer ini sememangnya dikhabarkan lebih baik berbanding versi sebelum ini. Sebagai pengguna setia Dyson Airwrap i.d.™ Multi-styler and Dryer, saya ingin mencari tahu sama ada benar atau tidak dan adakah ia benar-benar berbaloi untuk anda memilikinya kali ini.
Sememangnya saya sudah cukup berpuas hati dengan peranti yang saya miliki sebelum ini. Ia cukup memberikan apa yang saya mahu setiap kali menggunakannya terutama sekali apabila ia memberi manfaat mengeringkan rambut juga menggulung dengan sempurna. Dan apabila mendapat tahu, versi yang baharu ini dilancarkan, terdetik di hati, apakah perbezaan yang ditawarkan Dyson kali ini?
Fahami Perincian Dyson Airwrap Co-anda2x™ Multi-Styler and Dryer Ini

Kesemua ciptaan Dyson sememangnya memiliki kepintaran dan kualiti yang tinggi. Kali ini, mereka menjanjikan dua kali ganda tekanan udara dengan motor baharu untuk hasil gulungan rambut yang lebih baik, pengeringan yang lebih pantas dan penggayaan rambut yang lebih sleek. Lebih kecil dan ringan bagi memudahkan untuk pengguna mengawal peranti ini.
Bercakap mengenai motornya, peranti terbaru ini dikuasakan oleh motor terpantas dalam rangkaian penjagaan rambut ciptaan Dyson yang dipanggil Hyperdymium™ 2 motor. Ia telah direka bentuk semula menjadi sebuah motor yang lebih pantas. Wayar yang menjana kuasa motor pula dicipta senipis helaian rambut berukuran hanya 90 mikron bersama pakej areodinamik baharu berprestasi tinggi dan mampu berputar sehingga 150,000rpm atau senang kata, sembilan kali ganda lebih pantas daripada enjin kereta Formula 1. Ini membuktikan Dyson mengambil berat tentang setiap perincian dalam membina peranti ini.
Bukan itu sahaja, Dyson Airwrap Co-anda2x™ (Airwrap2x™) ini cukup hebat dan mampu membantu setiap jenis rambut mendapatkan gaya penataan yang diingini tanpa halangan, dan menwarkan 6 dalam 1 gaya versatil seperti pengeringan, kerinting, gulung besar, lurus, melembut dan memberikan volume tanpa sebarang kerosakan haba.

Seperti biasa, ia juga memiliki fungsi Radio-Frequency Identification (RFID) yang baharu dan membantu anda membentuk gaya rambut mengikut kemahuan menerusi attachments yang disediakan secara automatik. Dan apabila disambung dengan aplikasi MyDyson™ di telefon pintar anda, anda dapat menggunakan produk ini begitu mudah dengan adanya teknologinya one-touch i.d. curl™.
Enam Attachments Istimewa Airwrap Co-anda2x™ Multi-Styler and Dryer Perlu Anda Ketahui
1) 30mm Co-anda2xTM curling barrel dan 40mm Co-anda2xTM curling barrel

Pada saya, barrel penggulung bersaiz 40mm ini adalah saiz yang paling ideal untuk mendapatkan gulung yang effortless namun masih elegan. Sesungguhnya saya bersyukur bahawa ia masih dikekalkan seperti versi sebelum ini. Namun barrel 30mm adalah sedikit berbeza, yang mana jika versi Dyson Airwrap i.d.™ Multi-styler and Dryer, barrelnya lebih tirus. Namun, apabila ia digabungkan dengan teknologi di dalam aplikasi telefon pintar, gulungannya lebih cantik dengan panduan angin automatik yang telah ditetapkan dan lebih bersesuaian. Putaran panduan 'kiri' dan 'kanan' pada barrel ini pun dilihat berbeza dan lebih mudah digunakan berbanding versi sebelum ini.
2) Anti-snag loop brush 2x

Sikat yang mempunyai hujung (bristles) yang berpaten (seperti lubang) berbeza dengan sikat Dyson Airwrap i.d.™ Multi-styler and Dryer. Ini bertujuan untuk mengurangkan jumlah rambut tersangkut serta meningkatkan lagi keselesaan pada kulit kepala. Bukan itu sahaja, bentuk sikat ini juga sedikir berbeza. Barisan paling luar bristles dicipta sedikit membengkok bertujuan untuk mengawal rambut lebih baik terutama yang berhampiran dengan akar rambut. Sangat sesuai buat rambut yang tidak mudah dikawal macam rambut saya.
3) Round voluminsing brush 2x

Dicipta untuk memberi volume pada rambut serta mengurngkan rambut kusut. Apa yang menarik tentang sikat bulat ini adalah pada materialnya. Lebih keras berbanding versi sebelum ini. Materialnya sama seperti anti-snag loop brush 2x, lebih durable pada saya. Hasil penggayaan rambut selepas menggunakan berus ini, saya dapati gulungan rambut lebih ketat berbanding sikat gulung biasa. Lebih kemas dan tahan lama.
4) AirSmooth2x™


Ini adalah sejenis attachment baharu yang dikeluarkan oleh Dyson. Dan ini adalah attachment paling saya suka. Ia bertujuan untuk meluruskan rambut dan langsung tidak meninggalkan hasil rambut bercabang dan kusut. Ada dua set pancutan udara berkelajuan tinggi, apabila dua bar bercantum, ia membantu melicinkan dan merapikan rambut dengan cantik sekali.
5) Fast dryer 2x

Seperti sebelum ini, untuk Dyson Airwrap terbaharu, jenama ini turut mengenalkan attachment pengering untuk melengkapkan set pengering dan penggayaan rambut ini. Namun, yang menarik tentang penyembur kering ini, ia memiliki fungsi pengeringan dua kali ganda lebih cepat tanpa membuatkan rambut rosak. Saya sukakan fungsi ini kerana sudah tentu ia mempercepatkan rutin pengeringan rambut saya!
