Langgan

Kilauan Arloji di Karpet Merah Golden Globes

Gemerlap dunia arloji di karpet merah.
1 minit untuk membaca
Published: January 12, 2026

Mata meliar pada kemewahan jam tangan selebriti popular masa kini yang melewati karpet merah acara Golden Globes tahun ini.


Jacob Elordi yang mendapat nominasi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik bagi filem Frankenstein hadir megah dalam persalinan Bottega Vaneta menyerlah dengan jam tangan Cartier Prive Tank Normale.

 

Membawa pulang trofi Aktor Terbaik bagi filem Marty Supreme, Timothee tampil dapper dengan sut hitam lengkap. Dipergelangan tangannya, jam tangan UJ-2 dariapda Urban Jurgensen.

 

Glen Powell yang baru-baru ini dinamakan sebagai rakan jenama OMEGA menyarung OMEGA Seamaster Aqua Terra dalam rona emas.

Kehadiran aktor drama bersiri Netflix, Monster mencuri pandangan di karpet merah Golden Globes. Jam tangan warisan Jaeger-LeCoultre iaitu Reverso menjadi pilihan aktor yang turut mendapat pencalonan bagi kategori televisyen.

Cukup diperkatakan sejak akhir-akhir ini menerusi siri lakonannya Heated Rivalvary, Connor Storrie tidak kalah di karpet merah dengan menggayakan aksesori mewah Tiffany & Co. Di pergelangan tangannya, jam tangan Union Square yang cukup ikonik.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down