Langgan

Ini 5 Tip Cantik Buat Tahun Baru 2026 Menurut Jurusolek Profesional, Ahmadani

Ini rahsia Ahmadani dalam memastikan solekan wanita semua yang di luar sana kekal on point sepanjang hari!
2 minit untuk membaca
Published: December 30, 2025

Ini rahsia Ahmadani dalam memastikan solekan wanita semua yang di luar sana kekal on point sepanjang hari!

Pastinya setiap daripada kita mengimpikan sesuatu yang lebih baik apabila melangkah ke tahun baharu. New year, new me, bukan? Lebih-lebih lagi buat wanita yang sentiasa punya azam dan misi tersendiri untuk tampil lebih yakin dan berseri. Ada yang berani bereksperimen dengan potongan rambut baharu, ada pula yang mahu menyegarkan gaya solekan. Anda pula bagaimana?

Bagi menyambut tahun yang bakal menjelma, ELLE mendapatkan pandangan daripada jurusolek profesional merangkap penasihat kecantikan kegemaran kami, Ahmadani, tentang tip solekan paling on point yang wajar diberi perhatian untuk digayakan sepanjang tahun hadapan.

#1 Pilih Warna Yang Tepat

Pemilihan warna yang sesuai mampu menaikkan seri wajah walaupun anda hanya mengenakan gincu dan pemerah pipi. Jika anda memiliki undertone kekuningan, rona seperti coral dan peach adalah pilihan terbaik. Bagi yang ber-undertone merah jambu, rona dingin daripada palet merah jambu akan tampak lebih menyerlah. Manakala untuk undertone olive, rona daripada palet mauve adalah paling ideal untuk melengkapkan penampilan.

#2 Sediakan Kulit Wajah Sebelum Bersolek

Menurut Ahmadani, langkah penyediaan kulit adalah kunci utama kepada solekan yang tahan lama dan tampak sempurna. Mulakan dengan toner, diikuti pelembap yang mempunyai perlindungan sinar matahari, serta primer sebelum solekan diaplikasikan.

Pilihan produk Ahmadani:

Pelindung matahari: Anessa

Toner: Hada Labo

Pelembap & primer: Bobbi Brown Vitamin Enriched Face Base

#3 K-Beauty Untuk Yang Baru Berjinak-jinak Dengan Solekan

Bagi mereka yang baru ingin belajar bersolek, Ahmadani menyarankan penggunaan produk daripada rangkaian K-Beauty yang lebih ringkas dan mudah digunakan. Antara jenama yang boleh dicuba ialah 3CE dan JUNGSAEMMOOL 

Produk wajib milik pilihan Ahmadani:

JUNGSAEMMOOL Essential Mool Cream – asas krim yang memberikan kemasan semula jadi dan berseri.

3CE Layer It All Palette – palet serba guna yang boleh dipersonalisasikan untuk pembayang mata dan wajah dalam satu bekas.

#4 Penyembur Wajah Untuk Hidrasi

Langkah ini sering dipandang remeh, namun sebenarnya sangat penting. Sebelum mengaplikasikan bedak asas, semburkan wajah dengan hydrating mist bagi memastikan kulit kekal lembap, glowing dan solekan tidak kelihatan cakey.

Pilihan Ahmadani:

D’Alba First Spray Serum dan Tom Ford Hyaluronic Acid Mist.

#5 Jangan Lupakan Bedak Tabur

Untuk kemasan solekan yang halus dan tahan lama, pastikan anda mengunci solekan dengan bedak tabur. Tip daripada Ahmadani, padankan bedak tabur luminous dengan bedak asas matte dan sebaliknya.

Loose powder terbaik untuk dipadankan dengan matte foundation adalah daripada Makeup by Mario. Manakala matte loose powder terbaik untuk luminous foundation ialah daripada Huda Beauty,” kata Ahmadani.

Sumber Gambar: Instagram @ahmadani

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down