Langgan

Sambutan Tradisi Bersama ‘The Ralph Lauren Holiday Experience’

Pengalaman yang menyatukan generasi dalam meraikan komuniti serta tradisi!
2 minit untuk membaca
Published: December 28, 2025

Musim perayaan tahun ini, Ralph Lauren mempersembahkan The Ralph Lauren Holiday Experience. Ia merupakan satu siri pengalaman imersif yang diraikan di empat bandar utama dunia iaitu London, Los Angeles, Seoul dan Tokyo. Inisiatif global ini mengundang para tetamu untuk melangkah masuk ke Dunia Ralph Lauren, sekali gus menghidupkan warisan jenama ikonik, gaya klasik merentasi generasi serta magis musim perayaan yang penuh kehangatan.

Pengalaman Imersif di Bandar-Bandar Ikonik Dunia

Setiap lokasi The Ralph Lauren Holiday Experience menampilkan persekitaran yang direka dengan teliti. Ia mencerminkan identiti Ralph Lauren yang elegan dan sarat nostalgia. Gabungan reka bentuk, muzik dan fesyen mewujudkan suasana yang menyeluruh. Aktiviti interaktif pula membolehkan tetamu merasai sendiri nilai tradisi dan gaya hidup yang menjadi teras jenama ini.

Pelancaran Eksklusif di Los Angeles

Pengalaman di Los Angeles dimeriahkan oleh persembahan muzik secara langsung daripada Laufey. Acara ini kemudiannya dibuka kepada orang ramai untuk mengalu-alukan keluarga serta pengunjung untuk bersama-sama meraikan semangat komuniti dan musim perayaan.

Persembahan daripada Laufey

Los Angeles menjadi pentas kepada pelbagai aktivasi menarik yang direka untuk mencipta detik perayaan yang bermakna. Antara tarikan utama termasuk RL67 Vintage Shop, destinasi hadiah eksklusif yang menampilkan koleksi terpilih sweater perayaan vintaj Polo Ralph Lauren dan denim klasik.

Turut disediakan The RL Workshop yang menawarkan perkhidmatan penyesuaian percuma seperti sulaman dan lukisan tangan oleh artisan tempatan menjadikan setiap helaian busana lebih peribadi dan istimewa untuk seisi keluarga.

Pengalaman Perayaan yang Lengkap dan Bermakna

Bagi melengkapkan suasana perayaan ini Ralph’s Coffee Truck menyajikan hidangan dan minuman perayaan. Manakala RL Christmas Tree Farm menawarkan pokok Krismas segar yang dibawa khas dari Oregon untuk dibawa pulang sebagai simbol tradisi perayaan di rumah.

Sepanjang hujung minggu, pelbagai aktiviti tambahan turut diadakan. Antaranya termasuk bengkel menghias karangan bunga serta persembahan muzik secara langsung oleh Diana Silvers, MUSYCA dan The West Los Angeles Children’s Choir.

Pengunjung juga dapat menikmati aktiviti solekan wajah bertema perayaan dan studio potret keluarga. Selain itu, tersedia pilihan buku perayaan di RL x Zibby’s Bookshop, serta kunjungan istimewa daripada Polo Bear.

Semangat Kebersamaan dan Tanggungjawab Sosial

Selari dengan nilai kebersamaan dan keprihatinan sosial, Ralph Lauren mengintegrasikan elemen kebajikan melalui inisiatif Pink Pony. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan jenama tersebut dalam menyokong rawatan kanser. Seratus peratus hasil jualan daripada RL Christmas Tree Farm akan disalurkan kepada Ralph Lauren Center for Cancer Prevention di USC Norris Comprehensive Cancer Center.

Selain itu, para tetamu juga boleh menyumbang dengan membeli hiasan bintang berukir. Hiasan ini kemudiannya akan digantung pada Giving Tree di lokasi acara. Setiap sumbangan melambangkan semangat memberi kembali pada musim perayaan ini.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down