Langgan

Pendirian JISOO

JISOO bercerita rentetan kematangan ekspresi muziknya dan persesuaian tentang cinta serta kehidupan bertunas sebagai selebriti.
Published: January 2, 2026
Fotografi An Sang Mi Penataan Gaya Choi Ja Young Pengarang Fesyen Lee Ha Yan Pengarang Rencana Jeon Hye Jin

Musim sejuk akhirnya tiba! JISOO sangat menantikan musim ini. Setelah sibuk sepanjang tahun akhirnya bulan Disember bermula. “Saya akan betul-betul memastikan keadaan sekeliling saya kekal hangat sepanjang musim sejuk. Saya tidak boleh melepaskan pemandangan bersalji jadi saya lebih suka berada di rumah dengan futon yang hangat sambil menonton salji turun. Waktu kecil saya menyukai suasana hangat sambil membaca komik dan cemburu dengan mereka yang boleh bersantai dengan buah tangerine di sisi mereka yang kadangkala dilupakan begitu sahaja.” Penggambaran JISOO dilakukan di bawah pemandangan langit cerah yang indah.

ELLE: Sebelum bermula, boleh kongsikan apakah jenis lukisan yang JISOO suka? 

Jisoo: Pilihan saya berbelah bahagi mengikut harmoni warna. Saya lebih tertarik kepada warna-warna lukisan yang lembut dan tenang berbanding warna yang terlalu gelap. Saya juga suka melihat gambar seperti kartun yang comel dan suka melukis pokok dan bunga.

E: Mengimbau kembali tahun 2025, apakah satu momen atau pemandangan paling indah di mata JISOO? Mungkin yang kekal di ingatan sehingga sekarang. 

J: Salah satu pengalaman peribadi saya pada tahun 2025 selain kerja ialah ketika saya menaiki kapal terbang pada waktu malam selepas tamat tour. Saya tidak dapat tidur ketika itu dan pada saat itu saya menyaksikan hujan meteor berlaku. Pemandangannya sungguh menakjubkan dengan meteor yang besar dan terang meluncur jatuh di langit yang dikelilingi bintang-bintang seolah-olah semuanya menuju satu tempat bersama. Jika menaiki kapal terbang pada waktu malam pastikan anda memandang luar ke langit. Akan ada begitu banyak bintang untuk dilihat.


Blaus, skirt bubble dan kasut tumit tinggi, kesemuanya daripada DIOR

E: ‘DEADLINE World Tour’ sedang rancak berjalan (ketika temu bual ini berlangsung). Perkara paling diingati sepanjang tour?

J: Salah satu perkara paling diingati masih sahaja baru berlaku di mana ketika kami menyanyikan lagu bertajuk ‘STAY’ saya suka momen apabila semua BLINK menghidupkan lampu telefon mereka dan ikut rancak menari bersama. Saya akan mengingatnya sampai bila-bila. Setiap kali mengimbau semula momen tersebut saya akan sedar betapa jauhnya kami sudah pergi sekarang, ia memberi kekuatan. Tidak keterlaluan juga untuk kami gelarkan Joe (Bekas Pengarah YG Entertainment Amerika Utara) sebagai ‘tour veteran’ kami (ketawa). 

E: Adakah JISOO kini telah dapat mengatasi ketakutan atas pentas dan menikmati situasi tidak dijangka semasa persembahan? 

J: Tiada siapa ada jawapan itu. Anehnya kami semua telah menghadapi banyak situasi yang tidak dijangka sejak kami masih rookie lagi. Mungkin disebabkan kami telah bersama untuk tempoh masa yang lama jadi segalanya dapat diatasi. Banyak kejadian tidak dijangka berlaku di setiap tour tetapi saya rasa tidak ramai yang perasan (tertawa).

E: Selepas tour terkini di Bangkok, JISOO ada memuat naik komen di media sosial menyatakan berbesar hati dan seronok membuat persembahan tiga kali di negara asal Lisa dan Thailand kini seperti rumah kedua. Apakah yang menyebabkan keterujaan itu?

J: Lisa berpindah ke Korea pada usia yang sangat muda dan dia mendewasa dengan baik bersama kami semua. Saya sendiri juga sekarang lebih suka ke Thailand kerana saya tahu betapa mereka semua (ahli BLACKPINK) juga sangat suka tinggal di Korea. Apabila kami mengadakan konsert di Thailand, Lisa sentiasa membeli makanan dan snek lazat serta memberitahu saya perkataan trend terkini di restoran untuk memudahkan pembelian. Thailand hanya boleh dinikmati sepenuhnya jika anda pergi bersama Risarang (cinta Lisa).


Dress panjang dengan perincian sutera daripada DIOR

Blaus satin dan seluar daripada DIOR

E: Dalam kebanyakan tour JISOO selalu mengekspresikan diri di atas pentas menggunakan seluruh gerak tubuh dan busana. Busana mana yang paling diingati?

J: Sudah tentu busana semasa saya menari di Stadium SoFi Los Angeles dengan gaun Dior merah jambu yang mengambil masa 100 jam untuk siap. Ia masih jelas di ingatan. Ketika itu ia terjadi sebelum saya bertemu dengan pengarah kreatif Jonathan Anderson dan saya masih ingat perasaan berdebar teruja di pintu sebelum berhadapan dengan pengarah kreatif Dior yang baharu tersebut. 

Apabila mengenakan gaun itu saya benar-benar jatuh cinta, menakjubkan! Lebih-lebih lagi terasa seperti dalam filem apabila Jonathan Anderson sendiri yang memakaikan gaun tersebut dalam video khas yang buat pertama kalinya mengumumkan koleksi Dior Musim Bunga/Panas 2026. Ia menjadi topik yang masih diperkatakan. Memakainya seolah-olah menjadi puteri kisah dongeng. Adegan sesi mencuba pakaian itu masih di ingatan dan menyeronokkan, jadi kami turut merakamnya. Namun kerana kami perlu merakam beberapa adegan dari sudut yang sama, bahagian skirt yang sama turut terpaksa dijahit dan dibuka semula berulang kali! Ia sangat menghiburkan hingga semua orang ketawa semasa penggambaran.

E: JISOO melalui perjalanan panjang dengan jenama mewah Dior. Apakah hal yang paling digemari dengan kolaborasi ini? 

J: Saya rasa apabila menghabiskan banyak masa bersama jenama Dior dengan kolaborasi, saya dapat menemui warna diri saya sendiri dan ia memberi saya keyakinan untuk lebih bekerja keras. Saya juga menemui diri saya sendiri yang tidak pernah saya ketahui. Rasa takut juga hilang. Perjalanan bersama Dior selama ini membuahkan hasil yang hebat.

E: Bercakap tentang muzik pula, baru-baru ini JISOO mengeluarkan single duet ‘Eyes Closed’ dengan Zayn. Ia merupakan gabungan tidak dijangka yang mengejutkan ramai. Bagaimana idea ini terjalin? 

J: Semasa mula merakamkan lagu ini di Los Angeles pada bulan April tahun 2025 ada seorang individu di set tiba-tiba mencetuskan idea bahawa lebih bagus jika lagu ini dikeluarkan sebagai duet dengan Zayn. Saya menyambut idea tersebut namun ketika itu saya masih merasakan sudah pasti ia hanya mimpi. Akhirnya ia benar-benar menjadi kenyataan! Saya akhirnya akui lagu ini lebih lengkap apabila Zayn berada di dalamnya.


Dress daripada DIOR

E: Apakah cerita yang paling banyak dikongsi dengan Zayn?

J: Secara spesifiknya saya terkejut dengan worldview Zayn melihat dunia. Ia diolah dalam muzik video itu sendiri. Imaginasinya untuk menghasilkan visual seolah-olah kami sedang terapung di angkasa sangat unik dan menarik. Pada awalnya saya berasa agak kekok dan kaku kerana menyangka kami berdua perlu merakam video muzik yang biasa, tetapi lama-kelamaan sesi rakaman tersebut menjadi lebih santai sambil Zayn sering berbual tentang pengetahuannya dalam muzik. Sebaik sahaja kami mula menjalani penggambaran, kami saling menyanyi dan menikmati proses tersebut bersama-sama dan keakrabannya terjalin sendiri.

E: Lirik lagu itu juga bercakap tentang kematangan dalam percintaan dengan bait “We should fall in love with our eyes closed” dan kebelakangan ini lagu solo JISOO juga berkisarkan kisah cinta yang pelbagai. Adakah sesuatu lain yang ingin dikongsi?

J: Sebagai penyanyi terdapat banyak cara untuk mencintai dunia luas ini yang patut kita terokai. Oleh kerana emosi manusia sering dihubungkan dengan perasaan cinta, saya fikir adalah wajar untuk saya juga menyanyi lagu-lagu tentang kisah cinta yang pelbagai. 

Jika saya sedang mengalami kemurungan, marah atau sedih saya juga sudah mula berfikir positif bahawa itu juga adalah satu lagi bentuk cinta kepada kehidupan dan hasilnya saya dapat mengubah mood dan fikiran saya dengan cepat.

E: Pendapat JISOO tentang cinta yang sempurna?

J: Tidak ada cinta sempurna. Hanya dengan memahami satu sama lain kita boleh mendekati kesempurnaan sebaik mungkin dan itu adalah tingkat akhir cinta yang sebenar. 


Topi, jaket berstruktur dan skirt mini, kesemuanya daripada DIOR

E: Nada suara JISOO sendiri jauh lebih rendah dalam lagu ini dan ia kedengaran halus yang jarang dilakukan. Ingin kongsikan tentang ini?

J: Ada sesuatu yang baharu saya cuba melalui ekspresi suara untuk lagu kolaborasi ini bagi menjadikan setiap lagu rakaman saya sedikit berbeza kedengarannya. Saya mahu meluahkan emosi yang berbeza sebanyak mungkin dalam suara saya dengan merakamnya seolah-olah emosi yang saya rasakan berbeza-beza setiap kali menyanyi.

E: Tidak lama lagi akan genap ulang tahun ke-10 debut JISOO dalam muzik. Walaupun perjalanan muzik semakin memberi keterujaan, ia pasti juga semakin mencabar.

J: Sambil saya sendiri sedang membuat persiapan untuk album solo saya yang seterusnya dan album baharu BLACKPINK yang akan dikeluarkan pada awal tahun hadapan (2026), saya rasa seolah-olah saya benar-benar ‘hidup’ dalam dunia muzik saya. Saya masih merasai emosi baharu setiap kali mendengar muzik yang baharu dan saya selalu rasa teruja untuk berkongsinya dengan semua orang sebaik sahaja saya menemui kepuasan bermuzik. Saya pernah terfikir bahawa alangkah indahnya jika orang lain juga dapat merasakan emosi yang sama seperti yang saya rasakan ketika menyanyikan lagu saya sendiri.

E: Apakah takrifan JISOO untuk dianggap ‘berjaya’ sebagai seorang selebriti masa kini?

J: Saya rasa kita sekarang hidup di zaman yang mana lebih penting untuk menampilkan sesuatu yang membawa warna baru berbanding sekadar mempersembahkan imej yang sempurna semata-mata. Namun itu sendiri menjadi kesulitan buat saya. Setiap orang (peminat) mahukan sesuatu yang berbeza, jadi mustahil untuk memuaskan hati semua. Kehidupan kita sendiri masing-masing juga tidak melalui perjalanan yang sama bukan? Saya sendiri masih dalam proses belajar untuk berjaya. 


Blaus denim kapas, skirt mini dan kasut tumit tinggi, kesemuanya daripada DIOR


E: Baru-baru ini, JISOO menukar username YouTube daripada ‘JISOO’ kepada ‘Happiness Index 103%’. Ada peminat yang kecewa kerana JISOO kehilangan nama yang sangat comel ini.

J: Sejujurnya saya sendiri juga berasa sedikit sedih. Sejak kecil saya sebenarnya tidak begitu suka mengambil gambar dan saya juga tidak pernah aktif di media sosial. Jadi membuka YouTube channel sendiri juga merupakan satu hal yang besar bagi saya. Namun ada kalanya saya ingin berkongsi kehidupan peribadi saya bersama peminat jadi saya membukanya dengan nama yang ringkas dan sedikit lucu.

Kemudian apabila saya menubuhkan syarikat sendiri, saya memerlukan sebuah saluran untuk tujuan promosi muzik. Jadi akhirnya saya menukarnya kepada 'JISOO', kerana ia mudah dicari oleh semua orang dan boleh dikaitkan secara langsung dengan diri saya. Walau bagaimanapun jika ramai suka dengan nama baru tersebut, itu bermakna indeks kebahagiaan saya adalah 103%!

Mengakhiri temu bual, JISOO berkongsi bahawa dia sedar akan semua orang di dunia ini tahu bahawa diri JISOO itu sendiri seorang yang sangat ceria dan menghiburkan. Sejujurnya JISOO sendiri tidak tahu sisi apa yang sering membuatkan orang di sekelilingnya boleh ketawa dengannya tetapi dia yakin ramai yang sering menggambarkan dirinya sebagai seseorang yang tidak mempunyai filter. “Saya rasa kerana kejujuran itu membuatkan orang sekeliling saya mudah ketawa dengan saya (ketawa).”

“Mungkin semua apa yang berlaku dalam dunia ini juga kerana saya tahu caranya untuk menjaga dan melindungi diri sendiri. Jika ada satu perkara yang benar-benar saya sedang usahakan, saya sentiasa meletakkan diri saya dihadapan dahulu dan melakukan kerja bersungguh-sungguh. Saya berharap saya dapat terus hidup seperti ini pada masa hadapan.”

Bagi JISOO dalam mendepani apa jua saat sukar, dia sentiasa percaya pada diri dan berharap dirinya dapat terus kuat mengharungi apa jua halangan kehidupan tanpa mudah goyah.

KREDIT

Fotografi AN SANG MI
Pengarang Fesyen LEE HA YAN
Pengarang Rencana JEON HYE JIN
Penataan Gaya CHOI JA YOUNG
Dandanan LEE HYE YOUNG
Solekan LEE NA KYEUM
Rias Kuku PARK EUN KYUNG
Pembantu LIM JU WON
Arahan Seni LEE SO JEONG

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down