Langgan

Temu Bual: Definisi Cantik Thanaerng Bersama Dior Beauty

Thanaerng menyerlahkan visi kontemporari Dior Beauty.
By
Published: August 21, 2026
Pengarang Kecantikan: Chayanon Chongprasert / Pengarang Fesyen: Miyuki Piphacha / Fotografi: Sutthiwat Sangkong / Solekan: Peter Philips

Meraikan kecantikan wanita moden dalam pelbagai sisi, Thanaerng Kanyawee Songmuang menyerlahkan visi kontemporari Dior menerusi solekan berani hasil sentuhan Peter Philips, Pengarah Kreatif dan Imej Dior Makeup. Teruskan membaca untuk mengikuti perbualan kami bersama bintang ini.

ELLE: Apakah persamaan antara diri Thanaerng dengan Dior Beauty?

Thanaerg: Saya rasa Dior Beauty tidak pernah melihat kecantikan dalam satu bentuk sahaja. Produk-produknya boleh digunakan dan disesuaikan mengikut personaliti dan gaya setiap individu. Saya sendiri bukan seseorang yang terlalu mengikut trend. Saya lebih suka memilih sesuatu yang sesuai dengan diri dan benar-benar menggambarkan siapa saya. Sebab itu saya rasa Dior Beauty begitu dekat dengan gaya peribadi saya. Ia mudah disesuaikan dan boleh melengkapi penampilan setiap orang dengan cara mereka sendiri.

E: Bagaimana perasaan Thanaerng apabila dianggap sebagai salah seorang wajah yang mewakili kecantikan dan menjadi idola ramai pada hari ini?


T: Saya tentunya gembira apabila ada yang menyukai diri saya seadanya. Sebenarnya, saya sendiri tidak mempunyai satu gaya tertentu yang sentiasa menjadi pilihan. Cita rasa saya berubah mengikut keadaan, begitu juga dengan gaya saya. Jadi saya tidak pasti sama ada saya telah mewujudkan gambaran tertentu tentang bagaimana seseorang itu seharusnya menampilkan diri.

Saya lebih suka jika orang mengambil apa sahaja yang mereka suka daripada gaya saya dan menyesuaikannya dengan diri sendiri. Anggap sahaja saya sebagai satu percubaan. Kalau nampak sesuatu yang saya lakukan dan tertanya-tanya sama ada ia sesuai atau tidak, cubalah. Saya pun sama seperti orang lain. Ada masanya saya sangat menyukai sesuatu gaya, tetapi apabila melihat semula gambar lama, saya sendiri tertanya-tanya kenapa saya pernah berpakaian begitu (ketawa). Saya juga masih belajar dan mencari gaya saya sendiri sama seperti orang lain.

E: Bagaimana rasanya kembali menghiasi muka depan ELLE, kali ini menerusi sisi kecantikan?

T: Sudah agak lama saya tidak muncul di muka depan majalah jadi saya sangat gembira dapat kembali melakukan sesuatu seperti ini. Apa yang membuatkan sesi kali ini lebih istimewa ialah pendekatannya terhadap kecantikan yang begitu artistik. Ia mengingatkan saya pada zaman ketika berusia 16 atau 17 tahun dan masih aktif sebagai model. Ketika itu, setiap sesi penggambaran terasa begitu dekat dengan dunia fesyen dan seni, seolah-olah saya benar-benar dibawa ke dalam sebuah dunia imaginasi. Memang sangat menyeronokkan.

E: Ini merupakan kali pertama Thanaerng bekerjasama dengan Peter Philips. Bagaimana perasaan Thanaerng? Ada momen tertentu di set yang meninggalkan kesan?

T: Apabila mendapat tahu saya akan bekerjasama dengan Peter Philips, saya sangat teruja. Saya sudah mengikuti hasil kerjanya sejak sekian lama, sejak saya masih menjadi model sehinggalah saya mula bekerja dalam dunia fesyen dan hiburan. Saya sering melihat hasil solekannya di pentas peragaan dan majalah jadi peluang untuk bekerja dengannya sememangnya sesuatu yang sangat istimewa. Apabila bertemu dengannya sendiri, saya dapati dia sangat mesra. Kami berbual sambil bekerja dan suasana di set terasa santai dan menyeronokkan. Itu yang paling saya suka tentang sesi ini.

E: Adakah terdapat tip atau teknik kecantikan yang dipelajari sepanjang hidup dan paling berkesan untuk Thanaerng?

T: Salah satu perkara yang saya amalkan di rumah ialah minum air kelapa setiap pagi. Ibu juga sudah membiasakan saya memakai pelindung matahari sejak kecil. Selain itu, saya pastikan menggunakan produk penjagaan kulit yang membantu mengekalkan kelembapan kulit. Saya cuba menjadikannya rutin dan melakukannya secara konsisten selama ini. Sudah tentu, ada kalanya saya terlepas juga tetapi saya cuba sedaya upaya untuk terus menjaganya. Saya tahu apabila usia meningkat, kulit tidak lagi pulih seperti dahulu. Jadi, bagi saya, lebih awal kita mula menjaga kulit, lebih lama kita dapat mengekalkan penampilannya yang segar dan sihat.

E: Tahun ini Thanaerng bakal melangkah ke usia 30 tahun. Pernahkah membayangkan bagaimana kehidupan pada usia 30 nanti?

T: Belum lagi, sebab saya sendiri masih belum bersedia untuk berusia 30 tahun (ketawa). Ketika kecil, saya fikir usia 30 itu sudah sangat tua. Tetapi sekarang apabila semakin menghampiri usia 30, saya masih rasa seperti orang muda. Saya masih boleh melakukan perkara yang saya mahu. Pernah seseorang memberitahu saya, “Apabila kita semakin berusia, kita menjadi semakin bijaksana.” Jika dibandingkan dengan dahulu, saya kini lebih memahami banyak perkara dan melihat kehidupan dengan cara yang berbeza. Jadi, saya rasa memasuki usia 30 mungkin akan membuatkan saya lebih matang dan bijak dalam menjalani kehidupan, seiring dengan pertambahan usia.

E: Apakah yang sedang menjadi obsesi Thanaerng sekarang?

T: Saya sedang cuba mendapatkan tidur sebanyak mungkin.

E: Apakah yang boleh kita nantikan daripada Thanaerng selepas ini? Ada watak yang ingin diterokai atau perkara yang masih belum berkesempatan dilakukan?


T: Saya belum mempunyai perancangan jangka panjang yang begitu terperinci. Tetapi jika ada sesuatu yang membuatkan saya teruja dan benar-benar menarik minat, saya mahu mencubanya. Pada masa akan datang, saya juga ingin melakukan perkara yang mencabar diri dan membawa saya keluar daripada zon selesa.

All Eyes On Stage

Selepas memperkenalkan tekstur berkilau tahun lalu, Rouge Dior On Stage Matte kini hadir dengan kemasan matte yang lebih menyerlah. Koleksi ini menawarkan 10 rona terang dengan warna yang pekat dan tekstur berkrim. Ringan di bibir, formulanya memberi hasil warna yang sekata dan tahan lama tanpa rasa kering atau merekah. Hasilnya, bibir tampak lebih menonjol dengan kemasan matte yang lembut dan selesa dipakai sepanjang hari.

Glow On

Mulakan dengan Dior Forever Skin Veil sebagai primer, diikuti Dior Forever Skin Glow dalam rona 0N untuk kemasan kulit yang segar dan bercahaya. Serikan pipi dengan Rouge Blush rona 849 Lucky Pink kemudian sapukan Dior Backstage Glassy Glow Stick dalam rona 017 Glossy Jelly pada bahagian tinggi wajah untuk efek berkilau. Untuk rona yang lebih lembut, gunakan Dior Backstage Glow Maximizer Palette dalam rona 003 Pearly Peach Glow. Pada mata, sapukan Diorshow 5 Couleurs dalam rona 883 Lucky Rosewood dan lengkapkan dengan maskara Diorshow Overvolume dalam rona 090 Overblack. Untuk bibir, cipta gaya blurred lip menggunakan Rouge Dior On Stage Ink Blur dalam rona 558 Rosewood Star. Akhiri dengan Dior Vernis dalam rona 628 Lucky pada kuku.

A New Style of Matte

Satu lagi kemunculan utama kali ini ialah Rouge Dior On Stage Ink Blur Matte, hadir dengan tekstur yang berbeza daripada gincu cecair yang biasa kita kenali. Ringan dan selesa di bibir, warnanya boleh dilapiskan mengikut intensiti yang diingini, sambil memberikan efek blur yang membantu mengaburkan garis bibir dengan kemas. Formulanya juga menawarkan ketahanan yang lama manakala aplikator baharu direka untuk mengikuti bentuk bibir bagi sapuan yang lebih lancar dan sekata. Didatangkan dalam tiub yang dihiasi logo CD berwarna perak, koleksi ini hadir dalam 10 rona yang cukup menawan.

Wrapped in Nature

Mulakan dengan primer Dior Forever Skin Veil, kemudian sapukan Dior Forever Skin Glow dalam rona 0N untuk kemasan kulit yang segar dan bercahaya. Tambahkan rona pada pipi dengan Rouge Blush dalam rona 889 Charmed Coral sebelum menyerlahkan struktur wajah menggunakan Dior Forever Nude Bronze dalam rona 02 Light dan 03 Soft.

Untuk efek kulit yang lebih bercahaya, sapukan Dior Backstage Glassy Glow Stick dalam rona 017 Glossy Jelly dan lapiskan dengan highlighter daripada Dior Backstage Glow Maximizer Palette dalam rona 003 Pearly Peach Glow. Pada kelopak mata, gunakan rona berani Diorshow 5 Couleurs dalam 365 Charmed Green. Lengkapkan solekan mata dengan Diorshow Liquid Liner dalam rona 6 Satin Black dan maskara Diorshow Overvolume dalam rona 090 Overblack.Serikan bibir dengan Rouge Dior On Stage Shine dalam rona 550 Red Shock, sebelum melengkapkan penampilan dengan Dior Vernis dalam rona 309 Charm pada kuku.

Porcelain Beauty

Mulakan dengan primer Dior Forever Skin Veil, diikuti bedak asas berkemasan glowy Dior Forever Skin Glow dalam rona 0N. Berikan rona segar pada pipi menggunakan Dior Backstage Rosy Glow Stick dalam gabungan dua rona, 012 Rosewood dan 077 Candy.

Tambahkan kilauan pada kulit dengan Dior Backstage Glassy Glow Stick dalam rona 017 Glossy Jelly, kemudian sempurnakan hasilnya dengan Dior Backstage Glow Maximizer Palette dalam rona 001 Universal Glow. Untuk mata, sapukan Diorshow 5 Couleurs dalam rona 883 Lucky Rosewood, diikuti garisan eyeliner menggunakan Diorshow Liquid Liner dalam rona 096 Satin Black dan maskara Diorshow Overvolume dalam rona 090 Overblack.

Pada kelopak mata bawah, gunakan Diorshow Flash Stick dengan menggabungkan rona 545 Beige Tulle dan 851 Rosewood Tulle. Lengkapkan penampilan dengan Rouge Dior On Stage Matte dalam rona 238 Coral D-Sire pada bibir dan Dior Vernis dalam rona 628 Lucky pada kuku.

KREDIT

Dandanan: Min Boonsod

Pembantu Fotografi: Amnaj Waimaiee, Chotitud Jainkiatfu, Traipat Maneesombutkul

Penolong Penataan Gaya: Kanokphit Janit dan Supanut Kittinanworaku

Terjemahan: Sarah Hani Jamil

Semua pakaian dan aksesori daripada DIOR

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down