Langgan

Raikan Malam Tahun Baru Bersama Seleksi Hidangan Istimewa

Destinasi elegan untuk sambutan penuh makna!
2 minit untuk membaca
Published: December 17, 2025

Menjelang detik-detik terakhir tahun ini pasti diraikan dengan hidangan yang istimewa, suasana yang indah bersama yang tersayang. Namun, ia bukan sekadar tentang hidangan mewah. Ia tentang meraikan perjalanan yang telah dilalui dan menyambut harapan baru bersama mereka yang paling bermakna. Daripada suasana elegan hingga ke konsep moden yang santai pilihan lokasi makan malam bufet kini menjadi cerminan gaya sambutan setiap individu. Dine in bersama hotel-hotel terkemuka ini yang menawarkan pengalaman menjamu selera di malam Tahun Baru anda! 

Le Méridien Putrajaya

Menampilkan suasana elegan dan moden, menjadikannya lokasi yang ideal untuk makan malam Tahun Baru yang santai namun sofistikated. Sepanjang bulan Disember hingga penghujung tahun, hotel ini menawarkan pengalaman menjamu selera yang dirancang rapi untuk perhimpunan keluarga, rakan mahupun acara korporat dengan penekanan kepada kualiti hidangan dan keselesaan suasana. 

Pumpkin Risotto with Truffle Oil
Roast Local Turkey
Chocolate Cherry Yule Log Cake

The Westin Kuala Lumpur 

Di tengah kesibukan kota, The Westin hadir sebagai destinasi urban yang menggabungkan kemewahan dan kehangatan. Bufet makan malam yang ditawarkan memberi tumpuan kepada hidangan istimewa dan pengalaman menjamu selera. Sesuai untuk mereka yang ingin menyambut Tahun Baru dalam suasana eksklusif, lengkap dengan layanan bertaraf premium dan persekitaran yang menenangkan. 

Afternoon Tea
Festive Buffet

The RuMa Hotel and Residences

The RuMa Hotel and Residences pula menawarkan pengalaman yang lebih intim dan berjiwa seni. Di restoran ATAS, hidangan disusun dengan sentuhan kreatif yang mengangkat rasa tempatan ke tahap lebih sofistikated, menjadikan setiap sajian sebagai simbol kebersamaan dan penghargaan. Dengan alunan muzik langsung dan suasana yang hangat, The RuMa menjadi pilihan sempurna untuk makan malam Tahun Baru yang penuh emosi dan keintiman. 

Afternoon Tea Set
Brunch Buffet Premium

Hilton Petaling Jaya

Bagi mereka yang mencari suasana mesra dan dinamik, Hilton Petaling Jaya memperkenalkan konsep menjamu selera yang meraikan kebersamaan. Bufet yang ditawarkan dari 14 November sehingga 4 Januari 2026. Sesuai untuk keluarga besar, rakan sekerja atau berkumpulan dan diserikan dengan aktiviti hiburan dan pengalaman gastronomi yang menyatukan pelbagai cita rasa selari dengan identiti baru hotel sebagai ruang pertemuan moden dan selesa. 

Aloft KL Sentral 

Sementara itu, Aloft Kuala Lumpur Sentral membawa pendekatan yang lebih segar dan kontemporari. Di Nook, bufet makan malam Tahun Baru diraikan dengan suasana ceria. Hidangan penuh warna dan rasa serta konsep santai yang sesuai untuk generasi muda dan juga untuk mereka yang ingin menyambut tahun baru dengan penuh tenaga dan gaya tersendiri.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down