Langgan

Siam Paragon: Masa Kini dan Masa Hadapan Bangkok Bertemu

Lokasi ikonik Bangkok yang menghidupkan masa kini dan masa depan!
2 minit untuk membaca
Published: January 16, 2026

Terletak di tengah-tengah Bangkok, di persimpangan fesyen, budaya dan gaya hidup, Siam Paragon terus mentakrifkan semula makna sebuah destinasi global. Melangkaui pengalaman runcit biasa, Siam Paragon meraikan ulang tahun ke-20 dengan pelancaran NEXTOPIA dan EATILIER. Ia turut menampilkan tarikan keluarga baharu, MELAND, serta destinasi ikonik yang kekal popular, SEA LIFE Bangkok.

NEXTOPIA merupakan prototaip pengalaman perintis oleh Siam Paragon yang dibayangkan sebagai ‘A Prototype for the World of Tomorrow.’ Merangkumi lebih 15,000 meter persegi di Aras 5 dan 5A, ia berdiri sebagai salah satu pameran inovasi kelestarian paling komprehensif. Setiap pengalaman di NEXTOPIA direka untuk meningkatkan kualiti kehidupan harian melalui kreativiti. Daripada seni bina mesra alam, konsep sajian dan runcit yang berteras kelestarian, sehinggalah aktiviti berfokuskan kelestarian sepanjang tahun. NEXTOPIA melambangkan penyepaduan sebenar kelestarian dalam kehidupan seharian.

Selain membekalkan udara bersih dengan kawalan suhu dan kualiti yang tepat, infrastruktur yang direka dengan teliti ini menampilkan teknologi pintar yang memaksimumkan kecekapan sumber bandar. Cooling Waterfall diselenggara pada suhu 15°C manakala sistem Floor Radiant Cooling membantu menyejukkan ruang dengan penggunaan tenaga yang lebih rendah. Tenaga Bersih pula mengoptimumkan penggunaan kuasa solar dan cahaya semula jadi yang ditapis. Kinetic Floor menukar langkah pengunjung kepada tenaga elektrik bersih, manakala di tengah-tengah ruang ini terletak The Globe sebagai refleksi simbolik dunia.

Reka bentuk biophilic NEXTOPIA yang berinspirasikan alam semula jadi dan bersifat instagrammable diperkaya dengan elemen seni, seni bina dan reka bentuk dalaman. Daripada karya seni yang dihasilkan menggunakan bahan kitar semula dan sisa laut yang diolah menjadi ciptaan visual yang memukau. Tarikan berteknologi tinggi ini turut menampilkan pelbagai pilihan sajian, kafe, bar bergaya untuk pertemuan lewat malam serta pilihan beli-belah mesra alam. Antaranya termasuk Gordon Ramsay Street Burger pertama di Thailand, L’Antica Pizzeria Da Michele yang terkenal di peringkat dunia, serta hidangan Thai yang menjadi kegemaran global dan senarai yang berterusan.

Di teras NEXTOPIA terletaknya The Spiral, sebuah tangga ikonik yang menghubungkan ke Aras 4. Di sinilah EATILIER menanti sebagai pengalaman hiburan gastronomi baharu. Tarikan kulinari bertaraf tinggi ini menghimpunkan restoran terpilih dengan sajian kontemporari dan cita rasa global. Suasananya direka indah serta dihidupkan dengan alunan muzik secara langsung.

Sama ada untuk makan tengah hari yang mewah, makan malam bergaya atau pertemuan santai lewat malam, NEXTOPIA dan EATILIER bersedia menjadi destinasi gastronomi baharu Bangkok. Kedua-dua hab sajian ini menghimpunkan lebih 700 premis di bawah satu bumbung.

Daya tarikan Siam Paragon kini turut merangkumi pengalaman keluarga dengan kehadiran MELAND, taman tema dalaman bertaraf dunia. Ia merupakan cawangan utama global pertama di luar China. Terletak di Aras 5 dan meliputi lebih 5,000 meter persegi, MELAND menawarkan keseronokan baru. Konsep edutainment keluarga di sini digarap dalam suasana estetik berinspirasikan dunia dongeng. Taman ini menampilkan tujuh zon bertema yang menakjubkan dan lebih 500 pengalaman imersif.

Kunjungan ke Siam Paragon tidak lengkap tanpa singgah ke SEA LIFE BANGKOK, antara tarikan paling popular di bandar ini. Akuarium ini menempatkan pelbagai hidupan marin dari seluruh dunia, termasuk jerung dan penguin. Pameran imersifnya menawarkan pengalaman penuh keajaiban dan penemuan untuk pengunjung dari semua peringkat usia.

Dengan gabungan inovasi, gastronomi dan hiburan bertaraf dunia yang harmoni, Siam Paragon terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi wajib dikunjungi di Bangkok.

Ketahui lebih lanjut di www.onesiamglobal.com

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down