Langgan

Kemaskini Meja Cantik Anda Dengan Produk Terkini Pilihan Editor Bulan Ini!

Sudah buntu dengan set penjagaan diri anda yang lama dan teruja untuk tahu apa yang terkini di pasaran? Kami bariskan lima produk cantik...
2 minit untuk membaca
Published: November 25, 2025

Sudah buntu dengan set penjagaan diri anda yang lama atau juga teruja untuk mengetahui apa yang terkini di pasaran? Kami bariskan lima produk cantik mesti anda miliki bulan ini!

cantik

Mempersembahkan haruman yang berinspirasikan koleksi haruman signature Hair Rituel. Begitu versatil dan elegan, semburan yang halus yang boleh dilayang pada tubuh dan rambut dengan aroma berkuasa seperti lemon, verbena, lavendar dan lada, mimosa, lada Cubeb, pink berries serta suntikan woody amber accord. Hair Rituel by Sisley Paris Le Parfum

Menyedari kepentingan penjagaan bibir, Chanel kini melancarkan sebuah produk bibir di bawah rangkaian premium SUBLIMAGE. Dengan adunan ekstrak Vanilla Planifolia bersama Swertia, minyak bibir ini mampu merawat dengan mendalam pada sebelah malam buat menjana semula kesihatan kulit. Chanel SUBLIMAGE L’Extrait Huile Lèvres

Inovasi terbaharu daripada jenama kegemaran ramai ini. Hadir dengan pupur bibir yang mampu memberi hasil bibir yang lebih gebu, empuk dan mungil. Pupur ini menyasarkan enam tanda penuaan bibir termasuk garis halus melalui teknologi hebat seperti Lip Lift Technology™, Cushioning Ceramides dan intipati mentega botanika. Charlotte Tilbury Life Changing Lip Mask

cantik

Kusyen kompak ini hadir dengan teknologi Glow Perfecting Pigment berserta inti pati CICA bersama Hydra ß-Glucan yang mampu memberi hasil glowing pada solekan. Ia langsung tidak meninggalkan rasa lekit, malah berformulasi ringan serta memberikan kemasan yang mulus. Ia juga memiliki liputan sederhana ke penuh dan mampu bertahan hingga 12 jam lamanya pada kulit wajah. Wardah Colorfit Perfect Glow Cushion SPF 40 PA+++

cantik

Tiga kali lebih pantas dan mampu bertahan sehingga 24 jam, memperkenalkan alat peranti penggayaan rambut terkini daripada ghd yang sesuai digunakan baik buat beginner juga yang profesional. Bukan sekadar memberi hasil gaya rambut yang cantik tetapi mampu mengurangkan kusut rambut disamping melindung malah mengembalikan sinar rambut yang lebih sihat. ghd Chronos™ Styler 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down