Langgan

ELLE Style Awards Malaysia 2025: Apresiasi Malam Fesyen & Keunggulan Bakat Tempatan

Malam bersejarah yang menandakan setahun ELLE Malaysia dan pelancaran berani ELLE Men Malaysia.
3 minit untuk membaca
Published: November 20, 2025

Di bawah sinaran M Resort & Hotel, malam fesyen paling berprestij tahun ini - ELLE Style Awards 2025 - menandakan ulang tahun pertama ELLE Malaysia dalam industri tempatan serta memperkenalkan bab baharu yang dinanti-nantikan: yakni pelancaran ELLE Men Malaysia. Acara yang berlangsung pada 19 November 2025 ini menghimpunkan lebih 300 tetamu dan kesemuanya tampil bergaya mengikut tema “Sharp & Tailored”.

A Night of Vision & New Beginnings

Olivier Burlot, Ketua Pegawai Eksekutif Heart Media Group
 Valéria Bessolo Llopiz, Ketua Pegawai Kandungan untuk ELLE & ELLE Decoration
Sarah Hani Jamil, Ketua Pengarang ELLE Malaysia
Ardi Idewani, Pengarang Pengurusan ELLE Men Malaysia.

Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan penuh inspirasi daripada Olivier Burlot, Ketua Pegawai Eksekutif Heart Media Group, diikuti oleh Sarah Hani Jamil, Ketua Pengarang ELLE Malaysia dan Ardi Idewani, Pengarang Pengurusan ELLE Men Malaysia. Kehadiran Valéria Bessolo Llopiz, Ketua Pegawai Kandungan untuk ELLE & ELLE Decoration, menyerikan lagi majlis dan menegaskan betapa pentingnya kehadiran Malaysia dalam ekosistem global ELLE.

Persembahan Bertenaga & Pengalaman Imersif di ELLE Style Awards

Suasana malam bertambah rancak dengan persembahan memukau daripada empat bintang Malaysia: Wany KyrieNadeeraNJWA dan Nabila Razali, masing-masing tampil dengan lagu hits yang menghidupkan suasana penuh glamor dan gaya. Hael Husaini malah membuat kejutan, mendendangkan lagu duetnya bersama Nadeera.

Sebagai penghargaan atas kerjasama yang indah, logo Vivo terpamer megah di atas pentas, mencerminkan peranan penting jenama tersebut dalam menyempurnakan visual dan naratif keseluruhan acara.

Tetamu-tetamu turut dibawa menerokai activation visual yang mempesonakan, termasuklah pameran covers isu ELLE Malaysia terdahulu dan kios majalah yang menjadi sudut foto kegemaran ramai. Di stesen moktel Evian, tetamu menikmati minuman khas yang dihidangkan secara eksklusif untuk acara ini serta ais krim daripada Häagen-Dazs.

Selain itu, tetamu turut menikmati pelbagai activation lain seperti pameran kereta Jaecoo serta peluang mencuba kerusi urut OGAWA untuk berehat seketika daripada riuh-rendah malam penuh fesyen. Lounge ELLE Home daripada Furniture & Choice menjadi ruang santai yang elegan, menawarkan suasana tenang buat tetamu melepas lelah sambil menghayati keindahan acara.

Menghargai Bakat Terbaik Malaysia di ELLE Style Awards

Kemuncak malam ini sudah pasti pengumuman pemenang ELLE Style Awards Malaysia 2025, yang mengiktiraf individu-individu berbakat, kreatif dan berpengaruh dalam membentuk landskap fesyen dan budaya Malaysia.

Dayang Nurfaizah (ELLE Style Icon 2025)
Ain Husniza Saiful Nizam (Advokat Sosial Terbaik 2025)
  • Advokat Sosial Terbaik 2025
    Pemenang: Ain Husniza Saiful Nizam
  • Usahawan Fesyen Terbaik 2025
    Pemenang: Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil
  • Usahawan Kecantikan Terbaik 2025
    Pemenang: Jane Lau
  • Anak Seni Terbaik 2025 (Wanita)
    Pemenang: Dayang Nurfaizah
  • Anak Seni Terbaik 2025 (Lelaki)
    Pemenang: Hael Husaini
  • Atlet Terbaik 2025
    Pemenang: Nor "Phoenix" Diana
  • Jenama Lestari Terbaik 2025
    Pemenang: HYGR
  • ELLE Muse 2025
    Pemenang: Bella Astillah
  • ELLE Style Icon 2025
    Pemenang: Daiyan Trisha
  • ELLE Men Evolution 2025
    Pemenang: AJAI

Melangkah ke Hadapan Dengan Keyakinan

ELLE Style Awards Malaysia 2025 lebih daripada sambutan. Ia adalah refleksi pencapaian perjalanan satu tahun, serta janji akan masa depan yang lebih gemilang. Dengan pelancaran ELLE Men Malaysia sokongan rakan kolaborasi dan komitmen yang berterusan terhadap bakat tempatan, acara ini menandakan permulaan era baharu dalam penceritaan fesyen Malaysia.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down