Langgan

Nadi Karangan Flora Maison Van Cleef & Arpels - Memperkenalkan Flowerlace dan Fleurs d’Hawaï

Van Cleef & Arpels memperkenalkan - Flowerlace dan Fleurs d’Hawaï 
3 minit untuk membaca
Published: September 24, 2025

Merecup tumbuh daripada kesetiaan kepada alam semula jadi, Van Cleef & Arpels menyuburkan kreativiti – memperkenalkan dua lagi koleksi baharu dalam taman puspanya yakni Flowerlace dan Fleurs d’Hawaï. Membangunkan perihal hebat Maison, ciptaannya yang distingtif dan menyerlahkan kewibawaannya sebagai spesialis high jewelry.  

Van Cleef & Arpels menatah pojok-pojok Dumfries House dengan famili barang kemas Flora, seraya memperkenalkan lagi dua rangkaian terbaru. Flowerlace yang mengutip ilham daripada kemekaran kelopak bunga dan Fleurs d’Hawaï yang sarat keanekaan rona bunga-bunga di taman. 

van cleef

Flowerlace Maison menumbuhkan sedar kita tentang pekat cintanya pada alam semula jadi menerusi himpunan Flowerlace. Dia menerokai bentuk kelopak bunga yang mekar terbuka, disempurnakan lagi oleh kilauan emas kuning serta kilatan batu berlian yang memperhebat citra semula jadi. Ia malah seakan-akan mendukung tema ikonik Van Ccleef & Arpels yakni couture, dengan integrasi lengkungan garisan bunga yang merawat ingatan kita kepada kelembutan seutas reben. 

van cleef

Lima ciptaan menjadi tumpuan utama Flowerlace – cincin, cincin Between the Finger, sepasang anting-anting, loket dan loket klip yang bersifat dualiti dalam cara penggayaannya. Tahap kepakaran hakiki Maison terbukti dalam pengkaryaan rangkaian Flowerlace. Maison menggunakan teknik turun-temurun seperti lost-wax casting yang bertujuan untuk mencorakkan motif ketika mula-mula diukir dalam lilin. Sewaktu dibakar, logam yang cair akan berbentuk cetakan daripada baki-baki lelehan lilin dan si pandai emas mengolah unsure mas tersebut, kemudiannya dihiasi batu permata serta digilap. 

Butiran terpenting yakni kelopak bunga dilengkungkan secara lembut untuk menambah volume. Manakala bahagian putik terhias manik emas serta batu berlian aneka saiz untuk mencipta komposisi asimetri halus. Lantas, mengekspresikan idea alam semula jadi dalam suatu gerakan! Proses penggilapan dilakukan teliti dengan tangan, bagi memastikan kilauan emas kuning itu nyata. Penata permata mengolah berlian (yang dipilih mengikut kriteria) dengan begitu cermat. 

van cleef

Berlian, dipilih mengikut kriteria paling ketat — D hingga F untuk warna, dan IF hingga VVS untuk kejernihan — dimasukkan dengan teliti oleh penata permata menggunakan pelbagai teknik. Pada setiap helaian, tetapan prong dikerjakan menggunakan alatan manik bagi menghasilkan kemasan berbentuk bulat yang menyerlahkan garis lengkung komposisi. Prong setting pula digarap dengan menggunakan alatan manik untuk mencapai kemasan berupa bulat. Keserian cincin Between the Finger menyatukan bunga dengan berlian yang dilengkapi tangkai indah dan berlian tersebut terletak elok oleh tetapan halus, menzahirkan ketajaman Van Cleef & Arpels terhadap perincian. 

Koleksi Flowerlace ini mencerminkan stail Maison. Sebarisan ciptaannya adalah rujukan kepada estetika yang melambangkan identiti Van Cleef & Arpels. Rekaan baharu Flowerlace diilhamkan daripada klip Silhouette yang pernah dihasilkan oleh Maison pada era 30-an dan malah melaungkan eponim koleksi High Jewelry yang lazimnya menggabungkan alam semula jadi dengan couture. 

van cleef

Fleurs d’Hawaï Maison mengadun akal kreatifnya dengan sebuah cerita ilham warna-warni taman puspa yang penuh bertenaga dalam himpunan Fleurs d’Hawaï. Ciptaan-ciptaan himpunan ini mendekati perpaduan batu permata halus, berlian dan emas bagi membangunkan komposisi penuh berkilauan. Setiap satunya menampilkan rekaan mekar kelopak bunga dalam perkadaran elok. 

Mengolah koleksi terbaru ini dengan menggunakan batu permata, mencerminkan cita rasa Maison untuk memperkasakan tradisi High Jewelry. Maison memilih lima jenis batu permata berdasarkan kriteria sebagai perhiasan utama anting-anting, cincin, loket dan jam tangan dalam himpunan Fleurs d’Hawaï: sitrin menegaskan rona jingga-kuning, batu kecubung yang berona ungu gelap, merah jambu rodolit mengkontraskan rekaan, manakala kilauan akuamarin kelihatan menonjol bak kristal dan peridot pula menyinarkan hijau penuh bertenaga. Setiap satunya berintegrasi indah dengan sinaran emas ros, kuning serta putih, lantas mempertingkatkan keharmonian ronanya. 

Kajian tentang batu permata dilakukan secara cermat bagi memastikan keseragam rona, keaslian material dan mutu potongannya. Oleh itu, potongan berbentuk buah pear menjadi keutamaan dan kerapian ini juga bertujuan untuk memadankan ia dalam menghiasi kelopak, mewujudkan kehomogenan rona. Potongan berbentuk pear tersebut mereplikakan rupa kelopak yang ditiup angin. Apa yang terlihat jelas adalah kehadiran ‘rasa ringan’ pada ciptaannya. Si pandai emas menggunakan teknik lost-wax casting, dengan struktur berongga bagi membenarkan penerobosan cahaya dan ia mempertingkatkan ronanya. Putik yang nampak seperti terangkat menambah aspek ‘gerakan’ pada rekaan, dengan tujuh butir berlian dikelilingi manik emas yang menegaskan bentuk prong setting, untuk menghasilkan kemasan berbentuk bulat. 

Kelantasan waktu digambarkan menerusi rekaan tiga jam rahsia dalam himpunan Fleurs d’Hawaï. Kelopak dilengkapi dua belas batu permata begitu sempurna dipadankan dengan batu permata berbentuk pear melingkari dial mutiara putih berhiaskan berlian. Keterserlahan rekaanya diperkukuhkan lagi oleh berlian potongan pear pada posisi jam 12, manakala perhiasan bunga tersebut boleh ditanggal dan dipakai sebagai gelang tangan, klip atau loket rantai.

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down