Langgan

Raikan Kehidupan Lewat Program IKEA House Party

Keterujaan gaya hidup baru.
2 minit untuk membaca
Published: September 12, 2025
Pengarah Runcit Negara IKEA Malaysia, Malcolm Pruys (Kiri) bersama Pereka Kanan IKEA Swede, Marcus Arvonen (Kanan)

Berlapangan dan bersantai di rumah kini menjadi gaya hidup baru kebanyakan daripada kita. Sehubungan dengan itu, IKEA Malaysia meraikannya dengan kempen terbaru diberi nama IKEA Party House dengan penganjuran acara yang meliputi ilham reka bentuk, sajian dan keterujaan gaya hidup.

Bermula September ini,di semua cawangan jenama gaya hidup ini akan diraikan dengan pelbagai program yang telah diatur. Kesemua gedung terlibat iaitu di Damansara, Cheras, Tebrau dan Batu Kawan. Lebih istimewa, bagi setiap pengunjung yang melibatkan diri dalam setiap aktiviti bakal membawa pulang hadiah berupa pakej pengubahsuaian dapur bernilai RM10,000.

IKEA House Party bertujuan menjemput dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia agar kembali jatuh cinta dengan kediaman mereka. “Kebahagiaan rumah bermula di dapur. Ia adalah nadi setiap kediaman—di sini menjadi tempat terciptanya momen bermakna, gelak tawa, dan ikatan kekeluargaan.” Ujar Pengarah Runcit Negara IKEA Malaysia, Malcolm Pruys.

IKEA Untuk Semua

Prinsip ‘Reka Bentuk Demokratik’ menjadi asas di sebalik reka bentuk setiap produk IKEA. Berteraskan nilai setiap item memiliki hayat dan kebolehgunaan bagi setiap kediaman. Dengan prinsip ini, ia tidak hanya tentang rekaan yang menarik tetapi melipputi fungsi, ketahanan dan manfaat.

"Membawa kebahagiaan kepada orang lain adalah antara perkara paling bermakna yang kami lakukan di IKEA dan reka bentuk menjadi penghubung untuk merealisasikan matlamat itu,” kata Pereka Kanan IKEA Sweden, Marcus Arvonen .

“Semua reka bentuk kami berasaskan lima dimensi ‘Reka Bentuk Demokratik’: bentuk, fungsi, kualiti, kelestarian dan harga berpatutan. Di samping itu, kami turut menggabungkan pemahaman mendalam tentang kehidupan di rumah untuk menghasilkan penyelesaian yang menjadikan kehidupan seharian lebih mudah, bijak dan menyeronokkan.” Tambahnya lagi.

IKEA House Party berlangsung 13 September hingga 5 Oktober 2025 dengan pelbagai aktivi menarik seperti demo masakan yang dihoskan oleh Sean Lee, Qi Razali, Ili Sulaiman dan Ceddy. Pengunjung berpeluang melihat sendiri setiap perkakasan IKEA digunakan bagi setiap aktiviti.

Terdapat juga aktiviti lain seperti SMÖL Stage Sundays yang menampilkan Ashley Lau, DJ Jemput Dengar, Alicia Amin, Slick Z, DJ Cage, Smooth Brain Girly, Julia Amin, Undergroove, Irama, EndZeit, Lightlow, House Blend, Disko Santan, & Roshan Menon.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down