
Flying Tiger Copenhagen membuka pintunya di aras dua The Gardens Mall, menandakan satu lagi pencapaian penting perkembangan jenama ini di Malaysia. Majlis perasmian ini hadir selepas kejayaan pelancaran outlet pertamanya di AEON Mall Tebrau, Johor Bahru akhir Julai lalu.
Mitra Adiperkasa Tbk (MAP) sekali lagi memperkukuh komitmennya untuk menawarkan rangkaian produk gaya hidup Flying Tiger Copenhagen yang lebih luas. Pengalaman ini dipandu kreativiti, inovasi dan capaian mudah buat penggguna.
Michele Wibisono, the COO of MAP Fashion Division berkata, “Saya berbesar hati melihat dengan pembukaan outlet baru ini. Ia satu permulaan kepada sebuah kerjasama yang penuh potensi, sekali gus memperkukuh misi MAP untuk menyediakan pelanggan dan orang ramai dengan gaya hidup yang berkualiti, menyeronokkan serta penuh keterlibatan.”

Martin Jermiin, Ketua Pegawai Eksekutif berkata, “Kami sangat teruja untuk membawa pengalaman baru jenama ini di Malaysia bagi menyambut pembukaan stor pertama kami di pasaran yang dinamik dan pelbagai ini.”
MAP Fashion Division mencapai sasaran kemampanannya. Sebagai ahli bangga United Nations Global Compact, kemunculan jenamaini komited untuk menjalankan perniagaannya secara beretika dan bertanggungjawab.
Jenama ini mula diasaskan pada tahun 1995 sebagai hab peruncitan yang berasas rekaan dan gaya hidup. Dikenali sebagai destinasi gaya hidup mampu milik yang merangkumi alatan rumah, alat tulis, kreatif dan lain-lain.
