Langgan

Jotun Malaysia x ZUS Coffee Bawa Rutin Nuansa Baharu

Menghirup keindahan setiap momen harian.
2 minit untuk membaca
Published: September 12, 2025

Dalam kesibukan rutin harian dengan pelbagai kerja, kita semua pasti mencari momen kecil yang memberi nafas baharu. Sama ada melalui secawan kopi pagi atau sentuhan warna lembut di dinding rumah, keindahan sering tersembunyi dalam perkara paling ringkas. Itulah ilham di sebalik kolaborasi terbaharu antara Jotun Malaysia dan ZUS Coffee. Dua jenama berbeza namun berkongsi visi yang sama iaitu mengangkat kehidupan harian menjadi lebih bererti dan berwarna.

Melalui konsep Home is Where the Brew is, penyatuan reka bentuk dan budaya kopi dalam pengalaman gaya hidup menyeluruh dilakukan. Ia bukan sekadar kolaborasi, ia adalah satu seruan untuk pause, appreciate dan reconnect dengan momen harian yang sering kita abaikan.

Warna & Rasa: Terapi Moden untuk Jiwa Urban

Koleksi warna Nuances 2025 dari Jotun menjadi nadi kepada kempen ini. Ia menampilkan rona yang diinspirasikan daripada alam semula jadi dan emosi harian. Diteliti daripada tona pic yang menenangkan, hijau yang menyegarkan hingga biru yang mendalam. Seperti secawan kopi ZUS yang dibru dengan penuh ketelitian. Setiap warna dalam palet ini dicipta untuk membawa keseimbangan antara kelembutan dan karakter. Ia bukan hanya untuk mata, tetapi untuk jiwa.

“Warna bukan sekadar lapisan cat, ia adalah emosi, inspirasi dan memori,” kata Ke Wei Heng, Pengurus Pemasaran Jotun Malaysia & Singapura. Apabila ia digandingkan dengan ritual kopi harian, transformasi itu menjadi lebih mendalam. Satu ruang yang bukan sahaja kelihatan cantik, tetapi terasa seperti ‘rumah’.

Koleksi Khas: Untuk Gaya Hidup Yang Tidak Pernah Kompromi

Untuk meraikan kolaborasi ini, Jotun dan ZUS memperkenalkan koleksi barangan edisi terhad yang bukan sahaja praktikal, tetapi juga bergaya. Bayangkan memulakan pagi anda dengan Morning Booster Pack. Gabungan kopi pracampur eksklusif dan cawan tona lembut Jotun yang menjanjikan momen tenang sebelum hari bermula.

Bagi mereka yang sentiasa on-the-go, The Cool Cup (tumbler dwitona) memberi suntikan semangat sepanjang hari. Manakala The Weekender Pack dengan stoking berwarna-warni dan tote bag berfesyen melengkapkan hujung minggu anda dengan penuh gaya.

“Di ZUS, kopi adalah ritual yang menenangkan,” jelas Jia Rong Phang, Pengurus Besar, FMCG & Lifestyle ZUS Coffee.“ Dengan kolaborasi ini, kami juga mahu memberi komuniti satu cara baharu menghidupkan momen harian mereka dengan rasa, gaya dan warna.

Seni Menyentuh Momen Harian

Apa yang menjadikan kolaborasi ini begitu menarik bukan hanya pada produknya, tetapi pada naratifnya. Ia meraikan perkara-perkara kecil yang selama ini mungkin kita anggap remeh.

Dengan pembelian produk cat terpilih bernilai RM400 ke atas, pelanggan akan menerima ‘Jotun x ZUS Sip & Style Pack’. Selain itu minuman ZUS Coffee percuma ditawarkan di dalam aplikasi. Satu ganjaran untuk mereka yang memilih untuk menjadikan rumah sebagai tempat mencipta kebahagiaan harian.

Lebih info, layari lawan web JOTUN X ZUS berikut.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down