Langgan

Seni Layering : UNIQLO Musim Luruh/Dingin 2025 Adalah Untuk Wanita Modest

Gaya modest UNIQLO musim luruh/dingin 2025 - daripada rangkaian Knitwear, HEATTECH & PUFFTECH!
3 minit untuk membaca
Published: September 2, 2025
layering

Fesyen modest memperhebat penerokaannya yang kini megah berkembang menjadi gerakan gaya hidup global wanita sejagat. Modesty asalnya terletak pada landasan tujuan, kehormatan diri serta niat. Gagasan fesyen modest yang bermatlamat kesederhanaan berupaya mengekspresikan penggayaan diri tanpa perlu mengabaikan estetika. Citra fesyennya sudah melepasi satu dimensi dan kini dilihat sebagai simbol keyakinan - mudah untuk ajnas penggayaan, antaranya berseni dalam konsep layering!

Bertumbuh seiring dengan kebangkitan ini, UNIQLO musim luruh/dingin 2025 hadir sebagai penyempurna gaya ideal buat pencinta-pencinta fesyen modest. Memintal falsafah LifeWear, himpunan musim ini menampilkan ceraian-ceraian asas yang dipertingkatkan – seperti rangkaian knitwear yakni Souffle Yarn, Merino, Cashmere dan 3D ; serta helaian berteknologi tinggi yakni PUFFTECH dan HEATTECH Extra Wear Cashmere, dilengkapi kecekapan terma atau haba yang sebenarnya praktikal untuk dipakai. 

Semua helaian ini digarap berdasarkan satu objektif : untuk keselesaan, ketahanan dan melengkapkan penggayaan. Mudah sebagai konsep layering yang bukan hanya beralasan untuk sekadarkan pakai sahaja atau untuk pemadanan rona, malah sebagai helaian focal point. Gayanya relevan, bersifat aspirasi dan universal. 

Seni Layering UNIQLO Musim Luruh/Dingin 2025 Untuk Wanita Modest

UNIQLO Crew Neck Merino Cardigan

layering

Untuk padanan pertama ini, kami membayangkan imej girl-next-door dalam interpretasi modest. Ceraian UNIQLO Crew Neck Merino Cardigan yang memiliki kelebihan dari aspek ketahanan bentuk, menjadikan ia mudah untuk konsep layering, tanpa perlu mencela siluetnya. Lantas, kami memikirkan persesuaian gaya kardigan rona merah ini dipakai di atas kemeja biru gelap bercorak jalur – untuk menyerlahkan kontra – dan bersama jean Slim Flare Trouser untuk memperlihatkan ilusi ketinggian pemakai.

UNIQLO Cashmere Crew Neck Cardigan

layering

Cerminan gaya layering yang sangat sederhana dan tidak menampakkan bentuk tubuh adalah pilihan paling selamat untuk wanita-wanita modest. Bagi mencapai gaya tersebut, kami memadukan UNIQLO Cashmere Crew Neck Cardigan berona hijau (sebagai ceraian fokus) bersama helaian dalam yang ronanya gelap sebadan seperti Half Zip Dress serta HEATTECH Innerwear, yang kedua-duaya daripada UNIQLO: C. Malah, kedua-dua siluet pakaian ini longgar serta labuh untuk pemakai. Seperkara tentang kardigan cashmere yang ringan serta lembut ini adalah versatility dan aspek kebolehsesuaian yang tiada terbatas.

UNIQLO Light Souffle Yarn Short Cardigan

layering

Oleh kerana ronanya yang teramat lembut, ia membuahkan idea penggayaan layering yang berteraskan soft girl aesthetic. Apa yang terkandung dalam kotak fikir adalah gambaran wanita modest bersahaja dalam ruang santai, seraya menikmati secangkir kopi pada hujung minggu. Lalu, terciptanya gaya UNIQLO Light Souffle Yarn Short Cardigan berona biru pastel yang berbentuk siluet relaks serta effortless ini bersama ceraian dalam yang kedua-duanya berona krim – seperti kemeja polo material kait daripada rangkian JW Anderson serta seluar Jersey Barrel. 

UNIQLO 3D Knit

Corak jalur mendatar pada ceraian UNIQLO 3D Knit ini sudah cukup jelas terserlah sebagai focal point. Ronanya pula perang, ditambah lagi kait bertekstur 3D serta potongan siluet yang cantik pada tubuh. Bagi meneruskan tema tekstur 3D, kami memadankan baju panas 3D Knit ini dengan Corduroy Long Shirt Jacket (yang juga bertekstur) yang kelihatan oversized agar tidak lari daripada konsep modest. Dan skirt berona biru gelap bertekstur material kait ini pula bertujuan untuk persesuaian dengan corak jalur mendatar yang berona hampir sama. 

HEATTECH Extra Warm Cashmere Blend Turtleneck T-Shirt

Cerminan gaya merantau ke destinasi antarabangsa ketika musim luruh terbayang-bayang dalam fikiran sewaktu mencipta idea layering ini. Kami mencuba padanan gaya daripada rangkaian UNIQLO: C – daripada pakaian dalam, outerwear sehinggalah seluar. Ceraian HEATTECH Extra Warm Cashmere Blend Turtleneck T-Shirt yang hadir dengan kecekapan haba serta sangat efektif ketika dipakai untuk atmosfera dingin ini dipadankan bersama Double Breasted Long Coat bercorak genggang dan kemeja Cotton Stand Collar Shirt Jacket – bagi menyerlahkan kontra dan keunikan citra layering. Disempurnakan Flare Pants berona biru gelap untuk keserasian dengan HEATTECH Innerwear yang dipakai di atas.

PUFFTECH Jacket

Ketebalan pada rekaan jaket ini membuahkan idea kepada kami untuk ‘bermain’ dari segi penataan gayanya. Apa yang terbayang dalam fikiran adalah structured silhouette untuk penggayaan wanita modest. PUFFTECH Jacket yang sememangnya inovatif untuk cuaca dingin ini dipadankan dengan skirt satin bagi mencapai suntikan glamor. Malah, kami juga menambah aksesori tambahan seperti tali pinggang, lalu menghidupkan imej cinched waist pada jaket thermal ini. 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down