Langgan

Intelligent Simplicity: Trend Baharu Musim Bunga/Panas 2026

Ringkas, berfungsi dan berkarakter. Inilah arah fesyen musim ini. ELLE menyenaraikan helaian utama yang mendefinisikan trend kini.
2 minit untuk membaca
Published: January 28, 2026

Untuk Musim Bunga/Panas 2026, ELLE meramalkan landskap fesyen akan bergerak ke arah pendekatan berpakaian yang lebih ringkas, berfungsi dan berteraskan gaya hidup sebenar. Trend kini menumpukan pada helaian yang mampu bertahan merentasi musim dan situasi, pieces yang kita benar-benar pakai!

Selari dengan konsep Intelligent Simplicity yang diperkenalkan UNIQLO bagi koleksi Musim Bunga/Panas 2026. Fesyen kini bukan lagi sekadar penampilan, tetapi bagaimana ia menyokong gaya hidup harian dengan rekaan yang mengimbangi bentuk dan fungsi. Think breathable, lightweight comfort and relaxed fit!

Dalam peralihan dari musim sejuk ke musim bunga, helaian fesyen yang mudah digayakan menjadi keutamaan. Menyahut keperluan ini, UNIQLO tampil dengan helaian tepat. Disuntik juga dengan estetika preppy berjiwa muda menerusi fabrikasi ringan dan palet rona cerah, sekali gus mencipta gaya sempurna untuk suasana pantai dan juga musim panas.

Berdasarkan ramalan ini, ELLE memilih beberapa helaian utama yang dijangka akan membentuk asas gaya Musim Bunga/Panas 2026, dan kesemuanya boleh didapati melalui koleksi terbaharu UNIQLO.

Meerqeen menggayakan Barrel Pants

1. Barrel Pants, Koleksi UNIQLO : C - The new everyday pants!

Seluar barrel muncul sebagai antara siluet utama musim ini. Bentuknya yang longgar tetapi berstruktur menghasilkan jatuhan yang kemas, dengan potongan lebar yang memberi ilusi moden dan sedikit edgy. Ia bukan sahaja tampak refined, malah cukup praktikal dan selesa untuk dipakai sepanjang hari. This is the pants your wardrobe needs!

Iyzdham AngKimHwa menggayakan Premium Linen Shirt

2. Premium Linen Shirt - Summer staple

Dalam dunia fesyen yang semakin mementingkan keselesaan, fabrik memainkan peranan yang signifikan. Kemeja linen menonjol sebagai helaian penting berikutan sifatnya yang breathable, ringan dan sesuai untuk cuaca tropika. Ia mencerminkan trend hari ini yang menekankan material sebagai penyokong pergerakan seharian, sambil mengekalkan gaya yang ringkas dan relevan. Pilihan warna terang menyuntik elemen segar, sesuai digayakan secara kasual sama ada ke pejabat atau di hujung minggu.

Amirul Danial menggayakan Zip Up Short Jacket

3. Zip-Up Short Jacket - Lapisan versatil

Layering kekal relevan, tetapi dengan pendekatan yang lebih praktikal. Zip-up short jacket tampil sebagai helaian versatil, kerana kebolehannya untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai gaya dan situasi. Sama ada di zip penuh atau digayakan sebagai outer layer. Material crisp membantu mengekalkan bentuk, manakala detail seperti kolar korduroi menambah nilai visual dan sentuhan premium. Ia membuktikan bahawa jaket bukan sekadar pelengkap, tetapi elemen utama dalam gaya harian.

Baggy Jeans

4. Baggy Jeans - Must have item

Denim sentiasa menjadi asas berpakaian, namun musim ini memperlihatkan peralihan kepada potongan yang lebih relaxed tetapi tetap refined. Jean baggy dipilih kerana siluetnya yang memberi kebebasan pergerakan tanpa menjejaskan kemasan keseluruhan. Tidak terlalu oversized, mudah digayakan dan kekal relevan merentas musim. Inilah denim yang mencerminkan gaya hidup moden.

Amelia Henderson menggayakan Square Flat Shoes

5. Square Flat Shoes, Koleksi UNIQLO : C - Langkah effortless

Keselesaan terus menjadi fokus utama musim ini. Kasut flat, khususnya dengan rekaan hujung segi empat, mencerminkan estetika minimal yang bersih dan kontemporari. Dengan material yang ringan serta tapak yang menyokong pemakaian harian, ia menawarkan keseimbangan antara fungsi dan keanggunan.

Square Flat Shoes daripada UNIQLO : C

Jelas, kesemua pilihan ELLE ini membuktikan komitment UNIQLO dalam menjadikan gaya harian lebih bermakna, relevan dan mudah digayakan. Setiap helaian direka untuk memaksimumkan keselesaan sambil kekal trendy. Terokai keseluruhan koleksi dan lengkapkan almari anda dengan pilihan LifeWear terkini di www.uniqlo.com/my.

 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down