Langgan

Nominasi Anna Jobling di Seoul International Drama Awards 2025

National good news today!
1 minit untuk membaca
Published: August 21, 2025
Nominasi pertama Anna Jobling di Seoul International Drama Awards 2025

Cukup matang dalam usia bergelar pelakon, Anna Jobling meniti landasan kariernya dengan meraikan satu lagi kejayaan dalam kariernya pabila dinamakan sebagai salah satu pencolanan akhir di Seoul International Drama Awards bagi kategori Outdtanding Asian Star.

Anna Jobling dicalonkan menerusi drama berjudul "Hai Cinta, Dengarkanlah" yang pernah disiarkan di saluran televisyen TV3 menerusi slot Akasia. Ini merupakan pencalonan pertamanya dan kedua bagi Malaysia. Tahun lalu Siti Saleha turut membawa pulang trofi bagi kategori serupa.

Seoul International Drama Awarads (SDA) salah satu penganugerahan drama antarabangsa berprestij yang menghimpunkan bakat-bakat dari seluruh Asia. Tahun ini, wakil Malaysia ini bakal bersaing dengan bintang-bintang ternama dari Jepun, China, Thailand, Filipina dan negara Asia lain.

Sistem pemilihan pemenang ditentukan melalui proses undian secara global yang dipilih berdasarkan undian peminat dari seluruh dunia melalui aplikasi IDOL CHAMP, menjadikan setiap pencalonan sangat kompetitif.

Kejutan Manis Buat Anna Jobling

Anna Jobling menerusi siaran media berkongsi "Saya benar-benar terkejut dan terharu dengan pencalonan ini. Ia merupakan satu penghormatan besar bukan sahaja untuk saya tetapi juga untuk seluruh pasukan produksi 'Hai Cinta, Dengarkanlah'."

"Sokongan daripada keluarga, rakan-rakan sepasukan, dan para peminat sentiasa menjadi sumber inspirasi saya. Saya berharap dapat membawa pulang kemenangan ini untuk Malaysia!" Tambahnya bangga.

Drama "Hai Cinta, Dengarkanlah" membawa kisah Cahaya, seorang wanita yang dikejutkan dengan berita kematian suaminya, Firdaus (Nazrief Nazri), pada hari ulang tahun perkahwinan mereka. Drama ini turut ditayangkan di TONTON.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down