Langgan

Acara Menarik untuk Dikunjungi Bulan Julai Ini

Sama ada anda peminat fesyen, seni kraf atau muzik, buckle up— semuanya ada dalam list ni!
2 minit untuk membaca
Published: July 11, 2025

Apa yang anda gemari, fesyen, seni atau muzik? Bulan Julai dipenuhi dengan pelbagai acara yang memenuhi citarasa berbeza, tinggal pilih sahaja! Tak perlu lagi mencari jauh; di sini, ELLE senaraikan panduan acara-acara menarik yang wajib anda kunjungi.

1. G-DRAGON Übermensch World Tour

Semestinya, ELLE akan mulakan senarai ini dengan acara terbesar dan paling dinanti! G-DRAGON, ketua kumpulan K-pop legenda BIGBANG, memilih Malaysia sebagai salah satu perhentian bagi Übermensch World Tour-nya. Konsert ini akan berlangsung selama dua malam pada 19 dan 20 Julai di Axiata Arena, Bukit Jalil.

2. Thrift bersama ELLE dan rakan-rakan

Pernah terfikir bagaimana rupa almari pakaian Emily dari The Devil Wears Prada? Saksikannya sendiri Sabtu ini di LOOOP, Damansara Kim dari jam 12 tengah hari hingga 7 malam! Penulis dan editor dari ELLE Malaysia, Grazia dan pelbagai media lain berganding bahu menjual barangan fesyen peribadi mereka, straight from fashion weeks to you!

3. Zine Craft, Temu House

Tiba masa buat semua pencinta kraf bermegah dengan rekaan sendiri! Dalam dunia penuh digital, seni zine atau buku kraf buatan tangan kini semakin pudar. Peserta boleh bersama-sama membuat projek serta mencuci mata dengan kraftangan peserta lain di Temu House 20 Julai ini, bermula 1pm-3pm. Part paling menarik? Penggunaan telefon tak dibenarkan!

4. Latihan Pestapora Malaysia

Baru sahaja tamat Jiwa Kacau dan OOO Music Festival, kini festival Latihan Pestapora Malaysia pula menyusul! Bertempatkan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Julai, peminat-peminat lagu indie bagai dimanjakan dengan kemunculan lineup yang menakjubkan seperti Sheila on 7, DOLLA, Dukes dan banyak lagi. Untuk penambah hiburan, terdapat juga vendor makanan, pakaian dan solekan yang menanti.

5. Luna Lights Wonderland

Keluasan 50,000 kaki persegi, dipenuhi 1.6 juta lampu LED, dan diiktiraf oleh Malaysia's Book of Records 2024. Ketiga-tiga ini hanyalah kata-kata pemula bagi festival lampu seluas langit ini. Tersedia untuk dikunjung 7pm-12am kini sehingga 10 Ogos.

@travelrookie.my Luna Lights Wonderland with 1.6 million LED lights in KL 😍 📍 Taman Tasik Menjalara ⏰7pm-12am 📆 Until 10 Aug 2025 💰 RM20 adult | RM10 kids | OKU free #lunalights #kl #selangor #malaysia #thingstodo #fun #activity #weekend #travel #travelrookie #fyp #foryoupage ♬ Magic Glockenspiel - DOMANSED
ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down