
Jenama jam tangan ternama, OMEGA membawakan Aqua Terra 30 mm sebagai rangkaian terbaru yang menjadi fokus mereka tahun ini. Satu acara cukup glamor diadakan bagi meraikan
Mendedahkan rahsia koleksi jam tangan terbaharunya, OMEGA telah menganjurkan satu majlis eksklusif di Kuala Lumpur bersama tetamu khas dan pelanggan terpilih untuk previu istimewa model terbaru Aqua Terra 30 mm.
Antara selebriti ternama yang memeriahkan acara ini ialah Datuk Nicol Ann David, Alicia Amin, Angel Chai DOLLA, Azira Shafinaz, Juwei Teoh dan lain-lain. Setiap satu daripada mereka menyarung koleksi Aqua Terra 30 mm yang terbaru.

Pada acara tersebut, OMEGA mempersembahkan 12 rekaan jam tangan yang tersedia daripada rangkaian Aqua Terra 30 mm. Koleksi ini menawarkan pelbagai gaya dalam warna dan bahan penciptaan yang berbeza.
Ia membolehkan pemakai memilih padanan yang sempurna dengan gaya peribadi mereka. Fokus utama pada pembuatan setiap jam tangan terbaru ini adalah ia dilengkapi dengan kaliber Master Chronometer yang terkecil yang pernah dihasilkan oleh OMEGA.
Penciptaan ini ditetapkan sebagai satu dedikasi dalam memastikan ketelitian serta standard tertinggi dalam keunggulan mekanikal penciptaan jam tangan.