Langgan

Satu Pakaian, Dua Gaya Dalam PERSEPSI KEDUA Tonjol Kepelbagaian

'Persepsi Kedua' - Lembaran fesyen yang memerihalkan alter ego
2 minit untuk membaca
Published: April 25, 2025

Aku yang kedua…” Bertempur dengan seni alter ego membentuk stail diri, seganding rekaan-rekaan penuh karakter kali ini – tekstur, rona serta perincian. Seriosa metamorfosis butir dan aturan, from pretty to gritty, mencadangkan satu pakaian itu tiada perhinggaan. Inilah PERSEPSI KEDUA.

Alter ego bukan sahaja beriring dewasa dengan personaliti, ia juga teletak pada sepemakaian. Clean atau ekstra? Terpulang pada bagaimana anda mahu menggayakannya. Apa yang disampaikan oleh ELLE Malaysia kali ini adalah bagaimana suatu pakaian itu mampu menyerlahkan pesona serta keperibadian seseorang.

persepsi kedua

Blurred Lines
Tekstur maskulin dilapiskan di atas tekstur feminin, diletakkan lagi di atas perincian klasik dan di dalamnya ada ‘peek-a-boo’ corak gemoteri… mengapa tidak? Campurkan semuanya!

Kiri : Kemeja, skirt berlisu dan kasut daripada BURBERRY

Kanan : Jaket kulit, dress ribbed, skirt berlisu, kemeja, kasut, subang telinga dan rantai daripada BURBERRY

persepsi kedua

Momentum Denim
Sama sifatnya, namun bercanggah tekstur. Malah ronanya pun berlainan. Dipadukan dalam satu penggayaan dan tidak menggugat keharmonian.

Kiri : Jaket denim daripada ALEXANDER WANG @ CLUB 21

Kanan : Jaket, skirt (dijadikan korset) dan seluar jean daripada ALEXANDER WANG @ CLUB 21. Gelang tangan daripada TIFFANY & CO. Topeng muka daripada RUQA

persepsi kedua

Memecah Kendala
Umpama mencipta dialog antara dua perkara : corak sebadan dipadankan dengan ceraian sewarna, lantas mempamerkan versatility. Dua citra yang berselisihan bercantum, namun ada perpaduan.

Kiri : Dress daripada FENDI. Kasut daripada BURBERRY

Kanan : Dress, skirt dan beg tangan daripada FENDI. Subang telinga, rantai dan gelang tangan daripada TIFFANY & CO. Hiasan kepala daripada BREMEN WONG. Kasut milik penata gaya

persepsi kedua

Manifestasi Idiosinkrasi
Mainan rona serta corak dan siluet sesuatu pakaian memperluas kreativiti seseorang untuk meniadakan gentar dalam penggayaan diri. Perihal mengingkari kebiasaan yang bertunas kepada konsep eksentrik. 

Kiri : Dress dungari, dress apron (dijadikan apron) dan beg pau daripada LONGCHAMP

Kanan : Dress dungari dan kemeja daripada LONGCHAMP

persepsi kedua

Body Conscious
Apa yang diletakkan di atas tubuh… segalanya ekstra! Menyisi sempadan antara rona dan tekstur, dipertemukan untuk mencipta gaya baharu. Apalagi dengan aksesori tambahan yang mengekstrakan penampilan.

Kiri : Kot, kaca mata, skirt dan beg tangan daripada PRADA. Hiasan kepala dan korset daripada BREMEN WONG. Subang telinga daripada TIFFANY & CO.

Kanan : Kot daripada PRADA

Horizon Luas
Dress berpola asimetri ditransformasikan merupa outerwear. Membangunkan idea penggayaan yang sedikit maksima, namun ‘berhemat’ dari aspek penggunaan ronanya.

Kiri : Dress, skirt, beg tangan, subang telinga dan gelang tangan daripada FERRAGAMO. Kasut but daripada LOUIS VUITTON. Topi dan stokin milik penata gaya

Kanan : Dress daripada FERRAGAMO. Kasut daripada PRADA

Kajian Watak
Sekadarkan cuma sepasang dress sahaja, tanpa perlu ada penambahan ceraian lain juga mampu mengubah paradigma penampilan diri. It is all about one’s character and attitude. Cukup dengan persesuaian aksesori.

Kiri : Dress, beg tangan dan kasut but daripada LOUIS VUITTON. Subang telinga daripada BREMEN WONG

Kanan : Dress daripada LOUIS VUITTON

Tulle Tender
Bersenda dengan tekstur tulle, mengubah pandangan tentang sifat klasiknya. Bangkit sedikit kelainan dengan lapisan skirt jaring ekstra dan penambahan aksesori.

Kiri : Dress daripada SELF-PORTRAIT @ CLUB 21

Kanan : Dress daripada SELF-PORTRAIT @ CLUB 21. Rantai daripada TIFFANY & CO. Skirt jaring, topi dan kasut milik penata gaya

Penataan Gaya : Ardi Idewani | Arahan Seni : Iera Nadzlim | Pembantu Penyelaras : Athirah Zahra dan Nurhani Natasha | Fotografer : Edmund Lee | Pembantu Studio : Zane | Solekan : Ahmadani | Dandanan : Yusof Ruzaimi| Model : Baetrisya Razak (The ModelsLab KL)

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down