Langgan

Balenciaga Beri Nafas Baru Kepada Rekaan Ikonik Manolo Blahnik

Berita baik untuk peminat kasut statement!
2 minit untuk membaca
Published: May 22, 2026

Jika anda sedang mencari style statement yang berani, mungkin aksesori ini untuk anda! Balenciaga dan Manolo Blahnik baru sahaja melancarkan koleksi kasut kolaborasi sulung mereka. Dilancarkan sebagai sebahagian daripada Koleksi Musim Luruh 2026, 'Body and Being' oleh Pengarah Kreatif Pierpaolo Piccioli, kolaborasi ini menggabungkan estetika couture Balenciaga bersama sentuhan ikonik Manolo Blahnik.

Menurut Pierpaolo, kolaborasi ini lahir daripada rasa kagum terhadap hasil kerja Manolo Blahnik yang disifatkan sinonim dengan keanggunan. Kedua-dua rumah fesyen ini juga berasal dari Sepanyol, menjadikan kerjasama ini serasa lebih dekat dengan warisan pengasas Balenciaga, Cristóbal Balenciaga.

Koleksi ini menampilkan tiga siluet utama yakni mule bertumit rendah dan slingback, dengan pilihan tumit 50mm serta 105mm. Rekaan tersebut diinspirasikan daripada arkib klasik Manolo Blahnik sebelum diberikan interpretasi moden menerusi fabrik silk satin. Lapisan kulit signature Balenciaga dan hiasan kristal assymmetrical menyerlahkan lagi elemen glamor rekaan kasut ini.

Pilihan warna yang ditampilkan turut mencuri perhatian apabila hadir dalam rona berani seperti violet, grass, lime dan gray plume. Perincian kristal pada bahagian vamp pula diinspirasikan daripada rekaan barang kemas Balenciaga era 1960-an, sekali gus memberi sentuhan vintaj yang masih relevan dengan estetika fesyen moden hari ini.

manolo blahnik
Butiran kristal pada Balenciaga x Manolo Blahnik
manolo blahnik
Rekaan bahagian hadapan kasut Balenciaga x Manolo Blahnik

Selain rekaannya yang dramatik, koleksi ini memperlihatkan bagaimana kasut kini bukan lagi sekadar aksesori pelengkap gaya, tetapi menjadi statement utama dalam penampilan. Siluet tajam kasut ini bersama elemen feminin menjadikan setiap rekaan nampak versatil. Sama ada digayakan bersama gaun malam ataupun pakaian harian, it pulls the whole look together!

Bahagian tumit kasut Balenciaga x Manolo Blhanik

Kolaborasi antara dua jenama ini kini sudah tersedia di butik terpilih Balenciaga serta di platform atas talian mereka. Ramai pemerhati fesyen menjangkakan koleksi ini bakal menjadi 'it shoes' paling hangat untuk tahun 2026, sekali gus mengukuhkan pengaruh kedua-dua jenama dalam dunia fesyen global.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down