Langgan

Our Second Nature Sambut Ulang Tahun Ke-10 Dengan Koleksi Mise-En-Place

Sebuah koleksi yang menyatukan memori, nostalgia dan seni berpakaian harian.
2 minit untuk membaca
Published: May 28, 2026

Sempena ulang tahun global ke-10 Our Second Nature (OSN) memperkenalkan koleksi terbaharu berjudul Mise-En-Place — sebuah koleksi yang meraikan perjalanan, komuniti dan memori yang dibina sepanjang tahun.

Diambil daripada istilah kulinari Perancis yang bermaksud “everything in its place”, mise-en-place merujuk kepada seni menyusun segala bahan dan peralatan sebelum proses memasak bermula. Ia tentang ketenangan, persediaan dan keindahan dalam setiap perincian. Falsafah inilah yang menjadi inspirasi utama koleksi ulang tahun OSN kali ini.

Sebuah Resipi Yang Dibina Selama Sedekad

Menariknya, Mise-En-Place terasa seperti helaian scrapbook yang dihidupkan semula. Koleksi ini menghimpunkan elemen daripada cetakan-cetakan ikonik OSN terdahulu seperti SoupLa Risa dan Savour — semuanya disusun bersama seperti bahan dalam sebuah resipi yang akhirnya lengkap selepas 10 tahun.

Daripada motif playful hinggalah rona yang comforting, setiap helaian membawa rasa nostalgia buat mereka yang sudah lama mengikuti perjalanan OSN.

Antara Fast Fashion Dan Luxury That Feels Too Serious

Sejak ditubuhkan, OSN sentiasa berada dalam ruang yang unik — tidak terlalu trend-driven seperti fast fashion, namun juga tidak terlalu eksklusif sehingga terasa jauh daripada kehidupan harian.

Pengasas dan Pengarah Kreatifnya, Velda Tan percaya bahawa pakaian harian sepatutnya terasa mudah, cantik dan dekat dengan rutin hidup seseorang.

“At the heart of OSN is thoughtful everyday wear,” jelas Velda. Jenama ini dibina dengan idea bahawa pakaian bukan sekadar sesuatu yang dipakai, tetapi sesuatu yang menemani kehidupan seharian seseorang merentasi pelbagai fasa usia dan pengalaman.

Dalam dunia fesyen yang semakin laju dan bising, OSN memilih pendekatan berbeza. Lebih perlahan, lebih mindful dan lebih intimate. Melalui Mise-En-Place, jenama ini tidak cuba menjadi sesuatu yang baharu sepenuhnya. Sebaliknya, mereka meraikan apa yang telah membawa mereka ke tahap ini: komuniti, cerita dan pakaian yang terasa personal.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down