Langgan

Maui Jim Memperkenalkan Elima, Dengan Gabungan Lima Prinsip Rekaan

Rekaan kaca mata untuk pencinta-pencinta aktiviti outdoor!
2 minit untuk membaca
Published: May 22, 2026
maui Jim

Memperhebat sesuatu rekaan bersandarkan lima nadi. Malah memenangkan bancuhan idea yang mengahwinkan kejituan teknikal dengan nilai kraf dan menolak sempadan penggayaan. Keserasian gayanya menyemangati kenidamikan gaya hidup outdoor, untuk harian, kegiatan aktif atau kala di acara live. Inilah yang menjadi teras Maui Jim, dalam menggarap adicipta himpunan Elima.

Elima diperkenalkan oleh Maui Jim, membawa makna ‘five’ dalam keluarga bahasa Hawaii. Mengapa berpaut pada lima prinsip? Barangkali untuk menetapkan nilai atau identiti rekaan. Lantas, dengan mudahnya Maui Jim memilih rangkaian nama yang berhubungan dengan angka bertuah ini sebagai lambang komitmen: perlindungan, rona, warisan, kebolehsesuaian dan prestasi.

Keunikan Maui Jim adalah pada kehebatan teknologinya dalam melindungi mata daripada sinaran UV yang terang. Ia menunasi matlamat buat jenama asal Lahaina, Hawaii ini untuk memunculkan teknologi lensa eksklusif PolarizedPlus2 (yang diiktiraf oleh Skin Cancer Foundation), yang mampu menghindari keterikan tegang sinaran UV. Teknologi ini menyingkir 99.9 peratus jegil seraya mempertingkatkan tenaga ronanya serta definisi rekaannya. 

Ia dicipta buat si entusias kembara atau pencinta semula jadi untuk menerokai visual yang menjanjikan kejelasan dan pada masa yang sama, mengutamakan keselesaan dalam setiap atmosfera. Tak kira bagaimana rupa pencahayaannya.

maui Jim
maui Jim

Elima dibangunkan berteraskan legasi rekaan teknikal Maui Jim menerusi sebuah evolusi ciptaan ikonik yakni Ho’okipa. Rekayasa Ho’okipa Ultra R yang berbingkai penuh atau full-rim menggabungkan kanta Maui Ultra yang amat ringan serta berdaya tahan lasak dengan coverage serta stabiliti yang dipertingkatkan untuk bersukan serta kegiatan aktif. 

Untuk memperkuat grip, rekaan yang mereplikakan alun ombak menyempurnakan bentuk bingkai (bentuk signature Maui Jim yakni Wavy Pattern), pada pad hidung boleh laras dan temple tips. Pembentukan asal Ho’okipa Ultra yang ditampilkan dalam rangkaian himpunan 'Ekolu diperbaharui rupanya dengan lensa gradien berganda Maui HT Green – satu teknologi mudah suai yang responsive terhadap cahaya, yang menyebatikan setiap lapisan PolarizedPlus2 dan transisi daripada lensa kategori 2 ke kategori 3 berasaskan pendedahan cahaya outdoor. Menjadikan ia ideal untuk dipakai sepanjang waktu, baik dari terbit fajar sehingga tergelincir matahari. 

Rangkaian Racing Capsule adalah antara himpunan yang menjadi sorotan utama. Rangkaian ini mengapresiasi gandingan bahu jenama Maui Jim dengan Oracle Red Bull Racing, menampilkan bingkai signature Haulani – yang mengutip ilham daripada aerodinamik Sidepod kereta lumba tersebut, dengan menampilkan temples berani yang dilengkapi ukiran dalaman untuk membantu mengurangkan keberatan. Bertolak daripada aspek tersebut, Racing Capsule membutirkan rekaan yang memusatkan perhatian kepada sifat bolehlaras dan identiti jenama. Pad hidung getah yang boleh laras bersama metal-core yang dicedok daripada citra sistem perlindungan halo dan jati diri Wavy Pattern, mencerminkan fokus Maui Jim yang mengutamakan prestasi serta kejituan inovasi, menghiasi bahagian hujung getah. 

Bingkainya dipadukan dengan lensa SuperThin Glass yang menyerlahkan optik yang sangat jelas tanpa kompromi. Himpunan kapsul ini turut memperkenalkan sebarisan rona baharu untuk Ho’okipa Ultra yakni lensa cermin merah Hawaii Lava dan lensa cermin biru Blue Hawaii, yang merupa pale trona Oracle Red Bull Racing. 

Tentang Lensa  Maui Jim

maui Jim

Pilihan lensa-lensa Maui Jim yang berasaskan single vision dan progresif, dihasilkan secara digital di makmal khas di Amerika dan Eropah. Preskripsi ini menawarkan kebaikan PolarizedPlus2, tersedia dalam pelbagai rona dan diperbuat daripada material premium. Perkhidmatan preskripsi Rx Maui Jim memastikan tempoh siap yang pantas dengan ketepatan luar biasa, memberikan solusi optikal tanpa kompromi untuk pencinta-pencinta aktiviti outdoor. 

ADVERTISEMENT
Topics:
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down