
Majlis Rumah Terbuka ELLE-Difitri disambut dengan penuh gemilang di lokasi eksklusif The Agam, menggabungkan kemeriahan lebaran dengan sentuhan glamor yang sinonim dengan jenama ELLE. Kehadiran selebriti, influencer ternama serta rakan-rakan klien memeriahkan suasana, menjadikan malam lebih daripada perayaan biasa dan satu kenangan manis yang tidak akan dilupakan. Ruang acara bergema dengan gelak tawa, perbualan mesra dan momen-momen ikonik yang dirakam indah sepanjang malam.
Para tetamu disambut dengan photo wall yang dihiasi bunga segar, menjadi latar sempurna untuk tangkapan gaya Raya yang penuh pesona. Sekitar ruang legar The Agam ditukar menjadi ELLE Lounge bersama sofa daripada ELLE Home. Di situ juga para tetamu dihidangkan dengan pengalaman istimewa: booth HWC Coffee yang menawarkan minuman menyegarkan secara free flow, ruang pameran kereta mewah oleh Jaecoo, perfume bar eksklusif daripada BOSS Fragrances yang memikat deria bau, serta sudut dispenser TheraBreath yang disediakan di ruang tandas dan vanity untuk kesegaran sepanjang malam.
Selain menjamu selera dengan hidangan lazat, malam itu turut diraikan sebagai pentas fesyen dan gaya. Ramai yang tampil bergaya dengan busana Raya mereka. Anugerah ‘Best Dressed’ lelaki diberikan kepada Aiman Rahim, 'Best Dressed' wanita kepada Sherry Alhadad, dan 'Best Dressed' couple kepada Fyza Kadir dan suami, Ahmed Feruz Zainul Abidin. Hadiah utama cabutan bertuah — penginapan mewah di Grand Hyatt Kuala Lumpur — dimenangi oleh Jaja Anuar.




Majlis ini dikemudi dengan cemerlang oleh pengacara Hunny Madu dan dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada CEO Heart Media Group, Olivier Burlot, serta Editor-in-Chief ELLE Malaysia, Sarah Hani. Kata-kata mereka membuka tirai malam istimewa yang meraikan gaya, komuniti dan semangat Syawal.
Suasana semakin hangat dengan persembahan pembukaan yang menghiburkan, menampilkan barisan artis berbakat tanah air. Antara persembahan yang paling dinanti-nantikan termasuklah Mimifly, Nabila Razali, Najmi Niery, dan Aisha Retno.
Sebagai tanda penghargaan, para tetamu turut membawa pulang beg cenderamata eksklusif berisi pelbagai hadiah menarik – TheraBreath Mouthwash bersaiz penuh, sampel haruman mewah BOSS, kopi botol HWC Coffee, lilin edisi khas Prime Video x Lilin & Co., produk penjagaan rambut premium daripada Oribe, serta produk kecantikan dari KraveBeauty. Sebuah penutup yang sempurna buat malam yang penuh makna dan gaya.




Barisan bawah: Yaya Zahir dan Dyba Farhana



