Langgan

Baik Buruk Berhutang Melalui Kad Kredit & Perkhidmatan Pay Later

Ketahui lebih lagi tentang baik buruk kad kredit & pay later untuk kewangan yang lebih terjamin.
2 minit untuk membaca
Published: April 13, 2025

Dalam dunia moden yang serba pantas, konsep pay later semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna, terutamanya golongan muda. Perkhidmatan seperti kad kredit, Atome, Shopee PayLater, Grab PayLater dan TikTok PayLater menawarkan kemudahan kewangan jangka pendek yang membolehkan pengguna memiliki barangan serta-merta dan menangguhkan bayaran ke tarikh yang akan datang. Ketahui lebih lagi tentang baik buruk kad kredit & pay later untuk kewangan yang lebih terjamin.

Kelebihan Penggunaan Kad Kredit dan Pay Later

Kemudahan dan Akses Segera

Salah satu kelebihan utama penggunaan kad kredit dan perkhidmatan pay later ialah kemudahan mendapatkan barangan atau perkhidmatan dengan segera walaupun tanpa tunai di tangan. Ini sangat berguna dalam situasi kecemasan.

Tawaran Promosi dan Ganjaran Menarik

Kebanyakan penyedia kad kredit dan pay later menawarkan pelbagai ganjaran seperti diskaun, mata ganjaran dan pulangan tunai. Ini dapat menjimatkan perbelanjaan harian jika digunakan secara strategik.

Rekod Perbelanjaan yang Teratur

Aplikasi perkhidmatan seperti Atome atau Shopee PayLater menyediakan penyata perbelanjaan yang membantu pengguna untuk menjejak perbelanjaan mereka. Ini boleh dijadikan panduan untuk mengurus kewangan secara lebih sistematik.

Sumber: Pexels

Keburukan dan Risiko Penggunaan

Mendorong kepada Hutang Berlebihan

Kemudahan untuk menangguhkan bayaran boleh menyebabkan pengguna terjebak dengan hutang tanpa sedar. Apabila banyak komitmen tertunggak terkumpul, ia boleh menjejaskan kewangan dan boleh disahkan muflis.

Caj Faedah dan Penalti yang Tinggi

Walaupun sesetengah perkhidmatan menawarkan bayaran ansuran tanpa faedah, jika lewat daripada membuat pembayaran pasti akan dikenakan caj tambahan atau faedah tinggi, terutamanya dalam penggunaan kad kredit. Ini menjadikan jumlah bayaran keseluruhan lebih mahal daripada harga asal.

Memberi Ilusi Mampu Milik

Pengguna mungkin terdorong untuk membeli barangan melebihi kemampuan sebenar kerana proses bayaran yang ditangguhkan kelihatan “murah” atau ringan. Keadaan ini boleh menjejaskan keseimbangan kewangan dalam jangka masa panjang.

Sumber: Pexels

Cadangan Penggunaan Bijak

Untuk memaksimumkan manfaat perkhidmatan ini dan meminimumkan risikonya, anda boleh cuba untuk:

  • Menghadkan penggunaan pay later kepada barangan keperluan sahaja.
  • Menetapkan bajet dan memastikan bayaran dapat dibuat tanpa menjejaskan perbelanjaan lain.
  • Memantau semua transaksi dan rekod pembayaran dengan teliti.
Sumber: Unsplash
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down