Pasti anda pernah rasa ingin melakukan sesuatu perkara yang spontan, luar daripada jangkaan anda dan penuh dengan adventure? Jika ya, mungkin sudah sampai masanya untuk anda cuba solo traveling dan tidak perlu fikirkan tentang kos atau destinasi, kerana Malaysia ada segalanya yang anda perlukan untuk satu pengembaraan solo yang epik! Ini adalah antara sebab kenapa anda patut solo traveling di Malaysia!
Kepelbagaian Destinasi
Malaysia ini unik kerana dalam satu negara sahaja anda boleh pilih samaada anda ingin mendaki gunung, menyelam di laut yang cantik, healing di tepi pantai, redah hutan atau jalan-jalan di bandar moden. Solo travel di Malaysia bermakna anda bebas untuk memilih destinasi mengikut vibe anda sendiri tanpa perlu kompromi dengan sesiapa!

Pilihan Makanan yang Menarik
Salah satu highlight utama apabila solo traveling, anda boleh makan apa saja, bila-bila masa yang anda inginkan. Cari tempat-tempat menarik yang menyajikan santapan atau makanan yang popular di negeri itu, tidak kira Nasi Lemak, Laksa Penang, Cendol, sehingga ke pelbagai streetfood kerana Malaysia adalah syurga makanan dan yang penting, semuanya affordable!

Sistem Pengangkutan Yang Mudah
Malaysia mempunyai pelbagai pengangkutan awam. Di bandar, anda boleh menggunakan MRT, LRT, Grab. Manakala jika di luar bandar, boleh sahaja menggunakan pengangkutan seperti bas ekspres, ETS dan penerbangan domestik. Tidak perlu risau sesat kerana kebanyakan aplikasi navigasi dan jadual pengangkutan semestinya up-to-date dan mesra pengguna.

Ruang Untuk Percaya Diri Sendiri
Solo traveling ini bukan sahaja tentang tempat yang anda terokai, tetapi ia juga mengajar anda untuk percaya pada diri sendiri kerana bila kita sudah tidak bergantung pada orang lain, anda pasti lebih tahu tentang apa yang anda minat, belajar buat keputusan sendiri dan gain confidence. Ada juga yang merasa lebih berani dan matang selepas melakukan solo trip ini!

Negara yang selamat
Malaysia adalah salah satu negara yang makmur dan selamat di Asia Tenggara, jadi ia sesuai untuk solo traveler terutama sekali untuk perempuan yang inginkan percutian solo tetapi inginkan adventure. Tapi, jangan risau kerana kebanyakkan kawasan pelancongan di Malaysia ini sering dipantau tambahan dengan orang Malaysia yang mesra, pasti tiada masalah untuk solo traveler!