Langgan

Serpenti Sebuah Legasi Bvlgari

Tampil menawan dan lengkap
1 minit untuk membaca
Published: March 25, 2025

Serpenti menjadi koleksi warisan jenama Bvlgari yang sentiasa menjadi dambaan penggemar aksesori dan horologi khususnya. Meneruskan kelangsungan ini Bvlgari bekerjasama dengan pasangan selebriti tempatan, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim dalam kempen terbaru mereka.

Cukup menyerlah dengan koleksi Serpenti Seduttori, Zahirah MacWilson digayakan lengkap dengan ranta, gelang, cincin dan set subang. Kesemuanya dalam sepuhan rose gold. Di pergelangan tangannya, jam tangan Serpenti Seduttori melengkapkan gaya Zahirah.

Menerusi kempen ini juga Aiman Hakim kelihatan timeless dengan Serpenti Viper Necklace, Serpenti Viper Bracelet dan Serpenti Viper Ring yang digayakan dengan cincin Sepernti yang cukup ikonik. Kesemuanya adalah emas putih dan Octo Finissimo Automatik Watch yang digayakan datang dengan dail biru metalik yang cukup menawan.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down