Langgan

From Flat to Flirty: The Ordinary Lancar Lash Curl Finisher

Goodbye droopy eyes. Hello Clean, Lifted Eyes!
1 minit untuk membaca
Published: January 26, 2026

Kecantikan hari ini semakin ringkas. Kita tidak lagi mengejar lapisan tebal atau efek dramatik berlebihan, sebaliknya fokus pada apa yang sudah sedia cantik. Selari dengan estetika clean girl dan model-off-duty, The Ordinary memperkenalkan Lash Curl Finisher.

Produk kecantikan terbaru daripada The Ordinary ini merupakan gel telus tanpa air yang direka untuk menyokong dan mengekalkan lentikan bulu mata - ringan, kemas dan sangat natural. Ia memberi definisi yang cukup-cukup sempurna, seolah-olah bulu mata anda memang natural.

Cara Aplikasi, Ringkas & Tepat

Gunakan pelentik bulu mata terlebih dahulu, kemudian sapukan Lash Curl Finisher sebagai langkah terakhir rutin pagi anda. Formulanya mudah ditanggalkan pada waktu malam dengan pencuci wajah sangat praktikal untuk gaya hidup moden.

Sains di Sebalik Setiap Sapuan

Seperti semua produk The Ordinary, sains menjadi teras utama. Formulasi ini dibangunkan oleh pasukan ahli kimia mereka, menggabungkan polimer pembentuk filem yang diuji secara klinikal bersama Squalane, bahan hidrasi ikonik jenama ini. Polimer ini membentuk lapisan ringan pada setiap helaian bulu mata untuk mengekalkan lentikan, manakala Squalane memastikan bulu mata kekal lembut dan fleksibel.

Menariknya, Lash Curl Finisher menggunakan empat teknologi pembentuk filem yang berbeza untuk mencapai keseimbangan antara pegangan dan keselesaan. Hasilnya ialah lentikan tahan lama yang terasa hampir tidak wujud di mata.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down