Tahun ini, The Exchange TRX sekali lagi menyerlah sebagai destinasi utama gabungan kecantikan, budaya serta gaya hidup ikonik melalui The Beauty Affairs 2025. Kempen tahunan eksklusif ini telahpun memasuki edisi kedua! Lebih istimewa lagi, ia dibawakan khas bersama L’Oréal Beauty Group yang menghimpunkan jenama ikonik seperti YSL Beauty, Armani Beauty, Kiehl’s serta Lancôme dalam menawarkan pengalaman unik yang bukan sekadar membeli-belah.

Kempen “The Beauty Affairs 2025” ini dikenali dengan persembahan ruang yang memfokuskan pada pengalaman eksplorasi yang mencipta pemikat deria. Tahun ini, konsepnya bertemakan sebuah eksplorasi peribadi dalam dunia kecantikan yang disampaikan melalui pelbagai aktiviti menarik seperti masterclass eksklusif, pop-up interaktif dan bengkel inspirasi yang direka bagi menghubungkan pengunjung dengan kecantikan dengan lebih mendalam dan bermakna.
Sorotan Kecantikan & Ganjaran Eksklusif The Beauty Affairs 2025
Bagi mereka yang gemar membeli-belah, The Beauty Affairs 2025 ini memperkenalkan sistem penebusan dua peringkat membolehkan pembeli menukar resit pembelian daripada jenama kecantikan terpilih kepada hadiah-hadiah eksklusif seperti beg perjalanan serta beg mekap.
Pelanggan boleh menebus set The Sweet Escape jika berbelanja RM500 (dalam dua resit di butik kecantikan yang terpilih) dan akan menerima beg mekap yang boleh disesuaikan (customisable) berserta produk kecantikan bersaiz travel daripada Lancôme dan Kiehl's.
Antara penawaran istimewa lain yang tidak boleh dilepaskan sepanjang minggu The Beauty Affairs 2025!
1) Clé de Peau Beauté

Manjakan diri dan kecantikan wajah dengan rangkaian produk mewah jenama kecantikan pilihan ELLE. Daripada penjagaan kulit wajah sehingga ke solekan, lengkap dengan pengalaman konsultasi, analisa kulit serta mesin berteknologi tinggi yang membantu anda untuk mencipta gaya solekan mempesona, segalanya terdapat di butik Clé de Peau Beautè ini. Bukan itu sahaja, hadiah eksklusif seperti pemberian set 12 produk bernilai RM962 turut disediakan buat pembelian bernilai lebih daripada RM2,400. Selain itu, sampel percuma untuk ahli baharu turut disediakan terhad kepada 100 penebusan pertama.
2) Molton Brown

Syurga wangian saat melangkah ke Molton Brown. Pelbagai seleksi aroma yang disediakan pasti memikat hati sesiapa sahaja yang melangkah ke dalam butik ini. Molton Brown turut menawarkan hadiah dengan pembelian di mana pelanggan yang membeli produk minimum RM300, berpeluang untuk mendapatkan produk bersaiz 100 ml secara percuma. Manakala servis percuma seperti urutan tangan turut disediakan bersama pemberian dua produk bersaiz sample 30ml.
3) The Soloists Hair Salon

Antara salun yang popular dengan barisan penggaya rambut profesional. Destinasi servis penjagaan rambut yang terkenal dengan kualiti dan inovasi yang menjanjikan pengalaman makeover terhebat. Antara tawaran istimewa yang disediakan oleh salun ini bersempena minggu The Beauty Affairs 2025 ialah promosi diskaun 10 peratus ke atas semua jenis servis rambut yang disediakan.
The Beauty Affairs 2025 bukan sekadar pameran kecantikan, ia adalah momen yang dinantikan dalam kalendar kecantikan anda saban tahun. Daripada produk pilihan editor hingga ke pelancaran pertama yang eksklusif, setiap inci ruang di The Exchange TRX dihidupkan dengan audio, visual serta pengalaman yang menggamit hati setiap pencinta kecantikan dan fesyen! Kempen ini diadakan sepanjang minggu ini sehingga 17 Ogos 2025. Jangan lepaskan peluang untuk meraikan kecantikan bersama-sama The Exchange TRX!

