Langgan

Rahsia Disebalik Solekan Zendaya Di Premier 'The Odyssey'

Zendaya tampil dengan solekan minimal dan kulit berseri hasil sentuhan Ernesto Casillas.
2 minit untuk membaca
Published: July 23, 2026

Sudahkah anda lihat penampilan Zendaya di tayangan perdana 'The Odyssey' di New York? Cause we are totally obsessed! Tampil dalam solekan yang segar, minimal dan berseri, Zendaya membuktikan bahawa kulit yang sihat dan bersinar sudah cukup untuk memberi statement. Menurut jurusolek selebriti, Ernesto Casillas, inspirasi di sebalik solekan ini adalah kulit yang kelihatan segar, luminous dan seakan menerima sinaran matahari secara semula jadi. Berikut ialah setiap produk Prada Beauty yang digunakan untuk menghasilkan look tersebut.

(Sumber: ELLE UK)

PRADA Augmented Skin Cream

Langkah pertama dimulakan dengan Prada Augmented Skin Cream yang berfungsi menghidrat serta melembapkan kulit. Krim ini membantu menghasilkan asas kulit yang lebih licin dan anjal, sekaligus memastikan solekan tampak lebih sekata dan tahan lebih lama.

PRADA Augmented Skin Essence

Seterusnya, Prada Augmented Skin Essence diaplikasikan bagi memberikan hidrasi tambahan serta menyerlahkan seri semula jadi kulit. Teksturnya yang ringan menjadikan kulit kelihatan lebih segar sebelum solekan dimulakan.

PRADA Augmented Skin Eye Cream

Bagi memastikan kawasan bawah mata kekal lembap dan licin, Ernesto menggunakan Prada Augmented Skin Eye Cream. Langkah ini membantu concealer dilayang dengan lebih sempurna tanpa menghasilkan kemasan yang kering atau bercapuk.

PRADA Balm in Universal

Sebagai langkah persediaan sebelum warna bibir diaplikasikan, Ernesto menggunakan Prada Balm dalam rona Universal untuk melembapkan dan melicinkan bibir Zendaya. Lip balm tanpa warna ini membantu memberikan kemasan bibir yang lebih sihat sebelum sentuhan akhir solekan. 

PRADA Reveal Skin Optimizing Foundation

solekan Zendaya

Kemasan kulit Zendaya yang kelihatan sempurna diperoleh menerusi Prada Reveal Skin Optimizing Foundation dalam kod MW45. Formula ini memberikan litupan yang sekata sambil mengekalkan tekstur kulit asli, menjadikan solekan kelihatan lebih natural.

PRADA Blurring + Micro Correcting Concealer

solekan Zendaya

Bagi menyempurnakan lagi solekan, Ernesto menggunakan Prada Blurring + Micro Correcting Concealer dalam kod LC3. Penyamar noda ini membantu menyamarkan parut dan mencerahkan kawasan tertentu tanpa meninggalkan kemasan yang tebal.

PRADA Touch Cream to Powder Blush

solekan Zendaya

Rahsia efek sun-kissed Zendaya terletak pada Prada Touch Cream to Powder Blush dalam rona Caffe dan Cherry. Gabungan kedua-dua rona ini memberikan sentuhan lembut pada pipi, seolah-olah kulit disinari cahaya matahari secara semula jadi.

PRADA Balm in Astral Pink

solekan Zendaya

Sebagai sentuhan terakhir, bibir Zendaya diserikan dengan Prada Balm dalam rona Astral Pink. Hasilnya ialah bibir yang kelihatan lembap, sihat dan dihiasi rona merah jambu lembut yang melengkapkan keseluruhan solekan minimal namun elegan.

Tanpa teknik solekan yang berlebihan, Ernesto Casillas berjaya menyerlahkan kecantikan semula jadi Zendaya menerusi rangkaian Prada Beauty. Hasilnya, satu look yang menjadi perhatian ramai, malah menginspirasikan pencinta kecantikan untuk mencuba gaya solekan minimal dengan kemasan kulit yang berseri.

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down