Langgan

Pagi Yang Meriah di Sesi Manja Rambut Bersama Seika dan ELLE Breakfast Club

Mulakan hari dengan rambut yang bersinar sihat, kulit kepala yang segar dengan mood yang ceria bersama teman-teman di ELLE Breakfast Club!
3 minit untuk membaca
Published: August 18, 2026

Mulakan hari dengan rambut yang bersinar sihat, kulit kepala yang segar dengan mood yang ceria bersama teman-teman di ELLE Breakfast Club!

Rambut adalah mahkota setiap wanita dan lelaki. Hari yang sempurna bermula dengan rambut yang sihat, segar dan terjaga. Justeru, ELLE ingin membawa kesedaran kepada komuniti bahawa penjagaan rambut yang sempurna sebenarnya bermula daripada kulit kepala. Menerusi ELLE Breakfast Club, sebuah inisiatif baharu daripada ELLE untuk mengumpulkan selebriti juga pempengaruh digital dalam menelusuri dan mendekati dunia kecantikan dalam sisi lain yang lebih istimewa lagi. 

Tetamu yang menghadiri ELLE Breakfast Club bersama Seika

Untuk acara komuniti pertama ELLE, kami memilih untuk berkolaborasi bersama Seika, sebuah jenama penjagaan rambut dan kulit kepala yang cukup popular di Jepun. Seika baru sahaja menjengah pasaran Malaysia awal tahun ini dengan memperkenalkan rangkaian syampu ikonik mereka iaitu Seika Gold juga Seika Platinum. Sidang editorial ELLE sudahpun mencuba syampu ini dan ternyata ia adalah rangkaian yang hebat dengan inti pati menakjubkan sesuai untuk kulit kepala wanita Asia. 

Pengarah Kecantikan ELLE, Amira Azman, menyampaikan sepatah dua kata kepada tetamu

Kami menjemput 20 tetamu antaranya Kaka Azraff, Athisha Khan, Shalma Ainaa dan ramai lagi untuk mencuba dan merasai sendiri kesegaran syampu ini. Seika Gold dan Seika Platinum adalah dua syampu yang memfokuskan rawatan rambut gugur. Masalah rambut gugur ini bukan sahaja terjadi kepada mereka yang sudah berusia. Ia boleh terjadi kepada setiap peringkat umur dan di atas faktor yang pelbagai. 

Mengenali Seika Anti-Hair Loss Shampoo

Shalma Ainaa bersama syampu Seika Gold dan Seika Platinum

Sebelum mendekati rangkaian syampu ini, kenali terlebih dahulu makna di sebalik nama Seika itu sendiri. Padi kami, ternyata sangat istimewa! Nama Seika diinspirasikan daripada karakter Cina โ€œQuanโ€, yang membawa maksud menyeluruh dan lengkap.

Seiring dengan falsafah tersebut, kita semua sedia maklum bahawa kulit kepala merupakan asas kepada pertumbuhan rambut, manakala rambut pula menjadi cerminan tenaga dan semangat dalaman seseorang. Setiap helaian rambut merupakan bahagian penting dalam melengkapi diri secara keseluruhan.

Seika Anti-Hair Loss Shampoo Platinum dan Seika Anti-Hair Loss Shampoo Gold

Maka, dengan memanfaatkan kuasa pati botani berkepekatan tinggi untuk memulihkan keseimbangan semula jadi serta kitaran sihat kulit kepala, Seika hadir untuk membantu menghasilkan rambut yang lebih lebat, sihat dan berseri.

Cucian rambut tetamu di ELLE Breakfast Club dimulakan dengan sesi analisa kulit kepala

Bercerita tentang inti pati yang terkandung di dalam kedua-dua syampu ini, kami teruja dengan penggunaan ekstrak daun Thuja Orientalis yang dikatakan memiliki tiga pendekatan dalam membantu menangani masalah rambut gugur. Hasil kajian Seika bersama Kyoto University Joint Research, tiga pendekatan telah dikenal pasti dalam formulasi syampu ini.

Langkah pertama, ekstrak ini membantu mengawal minyak berlebihan, sekali gus membantu mengurangkan risiko folikel rambut tersumbat. Kedua, ia membantu menguatkan akar rambut dengan menenangkan kulit kepala yang tertekan. Langkah ketiga pula adalah dengan membantu mengembalikan kesegaran kulit kepala.

Athisha Khan antara yang menyertai sesi hair pampering bersama Seika di ELLE Breakfast Club

Dan kerana formulanya yang kaya dengan pati berasaskan tumbuh-tumbuhan ini, testimoni penggunaan memperlihatkan perubahan yang ketara dalam tempoh 28 hari sahaja. Rambut kelihatan lebih sihat, terurus dan lebat dari semasa ke semasa.

Lebih menarik lagi, kedua-dua syampu Seika ini diformulasikan tanpa bahan-bahan yang dianggap keras seperti ethylparaben, formaldehyde, methanol dan silikon serta pelbagai bahan lain. Justeru, ia sesuai dijadikan pilihan untuk pelbagai jenis kulit kepala, termasuk mereka yang mencari rutin penjagaan rambut yang lebih lembut dan menyeluruh.

Nurida Suraya, antara tetamu yang menghadiri acara ELLE Breakfast Club bersama Seika

Untuk anda yang ingin mendapatkan produk Seika Anti-Hair Loss Shampoo ini, anda boleh dapatkan di sini.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down