Langgan

Kegemaran Penata Gaya Rambut, Jenama Color Wow Kini Ada Di Malaysia!

Color Wow, jenama penjagaan rambut yang menjadi pilihan selebriti di karpet merah kini membawa formula ikoniknya ke Malaysia.
2 minit untuk membaca
Published: September 30, 2026

Ada sebab mengapa Color Wow menjadi antara nama yang paling hangat diperkatakan dalam dunia penjagaan rambut. Dicipta untuk menangani pelbagai masalah rambut yang sering menjadi cabaran wanita, daripada rambut mengembang dan rosak sehinggalah warna rambut yang mudah pudar serta kehilangan volum, jenama ini hadir dengan formula inovatif yang mengubah cara kita melihat prestasi penjagaan rambut. Sehingga kini, Color Wow telah meraih lebih 150 anugerah kecantikan utama di seluruh dunia.

Jika anda mengimpikan rambut yang kelihatan berkilau, bebas kusut, lebih bervolum dan seakan baru keluar dari salun, Color Wow mungkin ada jawapannya. Di sebalik pelbagai gaya rambut karpet merah dan transformasi rambut yang menghiasi media sosial, jenama ini semakin dikenali sebagai antara kuasa besar dalam industri penjagaan rambut.

color wow

Tidak hairanlah Color Wow turut menjadi pilihan jurusolek dan penggaya rambut selebriti terkemuka, termasuk Chris Appleton, Kendall Dorsey, Joseph Maine dan Dom Seeley. Nama-nama besar ini bertanggungjawab menghasilkan antara gaya rambut paling berpengaruh dan ikonik masa kini.

Empat Dekad Mencipta Inovasi Rambut

Diasaskan oleh perintis industri kecantikan Gail Federici, Color Wow lahir daripada pengalaman lebih empat dekad dalam dunia penjagaan rambut. Sepanjang kerjayanya, Federici dikenali kerana mengenal pasti masalah rambut yang masih belum mempunyai penyelesaian yang benar-benar berkesan sebelum menghasilkan formula khusus untuk menanganinya.

color wow

Beliau terlebih dahulu mencipta impak besar dalam industri menerusi John Frieda, apabila memperkenalkan inovasi anti-frizz yang mengubah cara wanita menangani rambut mengembang dan kesan kelembapan. Menerusi Color Wow pula, pendekatan yang sama diteruskan dengan rangkaian formula generasi baharu yang direka khusus untuk menangani cabaran rambut masa kini.

Menariknya, Color Wow tidak menghasilkan produk semata-mata mengikut trend atau kalendar pelancaran. Setiap formula perlu memenuhi satu standard tertentu. Malah, ada produk yang mengambil masa lebih sedekad untuk disempurnakan kerana bagi Color Wow, sekadar ‘bagus’ bukanlah matlamatnya.

Sebaliknya, fokus diberikan kepada perubahan yang boleh dilihat dan dirasai pada rambut, sama ada dari segi kawalan kekusutan, volum, kekuatan, kelembapan, kerosakan mahupun ketahanan gaya rambut tanpa mengabaikan kesihatan rambut.

Color Wow turut mengamalkan standard kecantikan bersih yang ketat, dengan menyingkirkan bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan warna rambut kelihatan kusam, gelap atau berubah. Perlindungan haba juga diterapkan dalam setiap produk leave-in dan penggayaan rambut.

Kini, Color Wow berdiri sebagai antara jenama penjagaan rambut yang paling banyak menerima anugerah serta berkembang pesat di peringkat global. Dengan barisan produk kultus dan pengikut setia di seluruh dunia, pendekatan inovatifnya akhirnya tiba secara rasmi di Malaysia dan Singapura.

Color Wow kini boleh didapati secara eksklusif di Sephora Malaysia, sama ada secara dalam talian atau di gedung terpilih, dengan harga produk bermula daripada RM70 hingga RM230!

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down