Langgan

Jika Karakter Gossip Girl Hidup Dalam Era Solekan 2026

Jika gadis-gadis Upper East Side mengikuti trend solekan 2026, inilah rupa beauty look mereka hari ini.
2 minit untuk membaca
Published: June 29, 2026

Kalau ada satu siri yang terus menjadi rujukan gaya sehingga hari ini, pastinya Gossip Girl. Ia telah menjadi salah satu antara siri ikonik kebangkitan pop-culture sekarang. Dari Serena Van Der Woodsen yang effortless chic hingga Blair Waldorf yang sentiasa preppy & polished, setiap karakter mempunyai identiti kecantikan tersendiri. Tetapi bagaimana jika karakter Upper East Side yang kita membesar lihat ini mengikut trend solekan 2026?

Daripada solekan bibir hingga rona mata berani, inilah bayangan gaya mereka dalam era kecantikan masa kini.

1. Serena Van Der Woodsen + Sunburn Blush

Serena pasti akan memilih trend sunburn blush yang kini semakin popular, dipadankan dengan kulit dewy yang memberi kesan segar dan glowing seperti baru pulang dari percutian musim panas. Sedikit shimmer keemasan pada mata bersama bibir nude berkilat akan melengkapkan look ini, menjadikannya nampak effortless tetapi tetap mewah. Sama seperti personalitinya, gaya Serena sentiasa kelihatan natural dan tidak terlalu terancang, namun masih berjaya mencuri perhatian.

2. Blair Waldorf + Berry Stained Lips

gossip girl

Sebagai simbol elegan dan sempurna, Blair tentunya akan tertarik kepada solekan yang lebih kemas dan refined. Trend bibir berry stained bersama garisan mata tajam dan kulit matte yang flawless akan menjadi pilihan utamanya. Sedikit rona merah jambu pada pipi dan pembayang mata neutral memberi sentuhan klasik. Solekan ini sangat mencerminkan karakter Blair yang sentiasa tersusun, sofistikated dan penuh keyakinan.

3. Jenny Humphrey + Grunge Smokey Eyes

gossip girl

Jenny pula semestinya akan bereksperimen dengan trend yang lebih bold dan rebellious. Bayangkan grunge smokey eyes bersama garisan mata hitam dan sedikit messy, pembayang mata merah di bawah mata yang memberi kesan dramatik serta bibir gelap? Perfection! Solekan seperti ini seiring dengan evolusi gayanya yang semakin edgy dan berani. Dalam dunia kecantikan 2026, Jenny pasti menjadi antara yang paling eksperimental dan tidak takut mencabar norma.

4. Georgina Sparks + Grunge & Bold Lip Colour

Georgina tanpa ragu akan tampil dengan solekan paling berani dan tidak dijangka. Garisan mata hitam metalik yang tajam, bibir gelap berkilat dan kulit porcelain yang hampir sempurna akan menjadi signaturnya. Ditambah dengan sedikit shimmer metalik atau rona burgundy pada mata, solekan ini memberi aura misteri dan sedikit chaotic, seperti dirinya. Dalam apa jua trend sekalipun, Georgina sentiasa tahu bagaimana untuk menjadi pusat perhatian.

Walaupun Gossip Girl sudah lama berakhir, pengaruh gaya dan kecantikan setiap karakternya masih kekal relevan hingga hari ini. Jika mereka hidup dalam era kecantikan 2026, satu perkara yang pasti ialah mereka tetap akan menjadi trendsetter, seperti biasa.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down