Langgan

Celine Beauté Memperkenalkan Koleksi Lip Balm Matte Le Rouge Celine

Diperkaya formula semula jadi dan haruman mawar lembut, menjanjikan pengalaman mewah dan sensual di setiap sapuan.
2 minit untuk membaca
Published: April 26, 2026
Le Rouge Celine
Gambar ihsan Celine Beauté

Dalam landskap mewah semasa, rumah fesyen dengan rangkaian kecantikan bukan lagi hanya pelengkap malah kini muncul sebagai pemain utama dalam industri. Kecantikan menawarkan tarikan dua hala: bagi pencinta jenama, ia menjadi laluan peribadi untuk lebih mendekati maison kegemaran. Bagi yang mengimpikan kemewahan, ia membuka pintu ke dalam dunia eksklusif itu.

Celine Beauté mengisi ruang antara kedua-duanya. Sejak debutnya pada tahun 2024 menerusi gincu Le Rouge Celine bawah arahan Hedi Slimane, rangkaian ini berkembang dengan keanggunan, memperkenalkan pilihan warna bibir, haruman, penjagaan diri serta aroma kediaman yang mencerminkan estetika halus rumah ini. Pelancaran terbaharunya menandakan bab baharu: koleksi lapan salap bibir kemasan matte, menyambung naratif yang dimulakan oleh gincu satin mereka. Terdapat satu rona universal bersama tujuh rona berwarna yang boleh pakai secara berlapis direka untuk menyerlahkan, bukan menyembunyikan.

Le Rouge Celine
Gambar ihsan Celine Beauté

Disarungkan dalam bekas perak berfaset, reka bentuknya mencerminkan kod couture rumah ini. Minimal namun berperincian dengan lambang Triomphe yang timbul dan ukiran halus yang mengangkatnya menjadi objek koleksi. Direka untuk diisi semula, ia menzahirkan kepekaan moden yang berakar pada ketahanan dan ritual.

Le Rouge Celine
Gambar ihsan Celine Beauté

Aplikasi terasa intuitif melalui alat pemulas lebar bertepi serong yang meluncur lembut di bibir, memberikan sapuan yang menyeluruh namun terkawal. Formulanya juga dirumus dengan teliti. Terdiri daripada 94 peratus bahan asal semula jadi, menggabungkan minyak berkhasiat, lilin dan squalane bersama ekstrak mawar hitam serta asid hialuronik untuk memastikan hidrasi, keselesaan dan kemasan matte semula jadi. Harumannya halus dan kekal: nota mawar lembut berpadu dengan sentuhan manis berdebu membangkitkan semula identiti koleksi Haute Parfumerie Celine Beauté.

Di bibir, teksturnya melebur dengan anggun meninggalkan lapisan warna yang hampir tidak terasa. Ringan dan cukup effortless.

Koleksi Lip Balm Matte Le Rouge Celine kini tersedia di butik Celine di The Exchange TRX dengan harga RM390.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down