Langgan

Ulasan Filem: Mikael Pemburu Dua Alam

Do we need another cerita hantu?
3 minit untuk membaca
Published: April 8, 2026
Mikael Pemburu Dua Alam

Sebelum filem Mikael Pemburu Dua Alam diulas saya senang untuk membawa kembali ingatan kita pada penghasilan filem pertama Zahir Omar yang menjadi alasan mengapa saya teruja kembali ke panggung menonton filem tempatan. "Fly by Night" (2018) membawa kisah gelap dunia jenayah yang tidak kita lihat membawa satu landskap baru perfileman Malaysia.

Menerusi filem tersebut Zahir memperlihatkan potensi besarnya untuk bergelar sutradara filem pelapis yang memiliki idea besar, berisi dengan execution yang tastefully produced. Setelah itu agak lama menantikan filem daripadanya sehinggalah munculnya perkhabaran saat saya menemubual Alicia Amin tahun lalu bahawa dia sedang di lokasi untuk filem arahan Zahir.

Setelah "Fly by Night" saya sempat menonton "Housekeeping?" di Prime Video yang membawakan nuansa berbeza. Komedi, drama dan satira sosial yang berlokasi di sebuah hotel yang dilakonkan Alif Satar antaranya. Ia persembahan sederhana tetapi seronok sebagai bahan tontonan hujung minggu. Dan Mikael: Pemburu Dua Alam mencari pertaruhan kini Zahir.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mikael Si Pemburu Makhluk Ghaib

Filem ini datang dengan premis cerita yang cukup ringkas dan begitu mudah difahami. Mikael (Lakonan Remy Ishak) digambarkan identitinya sebagai seorang polis yang memiliki kelebihan dalam memburu makhluk ghaib yang tidak dapat dilihat mata kasar orang kebiasaan. Tragedi pelik di sebuah kampung membawanya mencari tahu apa yang terjadi dan menjadi tanggungjawabnya melerai permasalahan dan stigma.

Di sini teka teki bermula, cerita dirombak dan disusun dengan plot tidak terlalu kompleks. Semuanya diberitahu tanpa perlu penonton berfikir di luar kotak. Tujuh pendinding dicari bagi melengkapkan misi Raja Jin menakluk dunia manusia dengan bantuan Penghulu Kampung lakonan Megat Sharizal.

Daripada awal sebetulnya kita boleh merasakan ada yang tidak kena dengan perwatakan Penghulu yang sangat cool dan chill menghadapi situasi di kampung sedangkan masyarakat sekitar sudah mula warawiri menghebah cerita mistik yang melanda kampung mereka.

Di sini peranan Mikael dimainkan bagi menjawab setiap persoalan. Namun tidaklah semudah itu kerana jin yang harus ditawan bukanlah jin biasa yang boleh dirukyahkan. Strategi dipasang dan menemukan Mikael dengan Winston yang dilakonkan cemerlang bersahaja oleh Noreen Iman.

Chemistry Lakonan

Pujian harus diberi terhadap chemistry Remy, Norreen dan Fabian Loo yang melengkapi kehendak perwatakan yang seimbang. Love Alicia, but she didn't do much in this movie dan sebetulnya tanpa Aisyah pun filem ini masih boleh bergerak baik dengan watak Mikael, Winston dan Sarjan Kok. Mungkin juga atas faktor watak Aisyah tidak begitu dipandu kuat di awal cerita menjadi tanda tanya mengapa dia di situ sehinggalah di tengah cerita kita tahu mengapa.

Norreen memiliki bakat lakonan yang semulajadi. Pengucapan dan bahasa tubuhnya tidak canggung. Komedinya juga hidup tanpa terlihat terlalu memaksa penonton untuk faham dengan caranya 'berlawak'. Filem ini turut hidup dengan watak-watak sampingan yang ada. Lakonan Anas Ridzuan sebagai Doktor Zaid biar harus dipuji kerana biar sekejap namun meninggalkan kesan.

Premis Yang Baik

Mikael Pemburu Dua Alam bukanlah filem art house seperti "Fly By Night" namun ada potensi yang baik untuk menjadi filem bersiri seperti filem dengan tema perburuan dan aksi Hollywood seperti "R.I.P.D", "Jumanji" atau "Night at the Museum". Ia boleh dikembangkan sebagai premis filem perburuan yang berkesinambungan dengan misi dan cerita yang lain.

Hal ini agak jelas di penghujung cerita sebenarnya. Pabila empat watak ini dipaparkan sebagai satu pasukan. Secara keseluruhan, filem ini memiliki nilai komersial yang tinggi dengan penceritaan yang mudah didekati, humor yang bersahaja dan keakraban dalam lakonan yang dihidup dalam perwatakan yang ditulis.

Biar sebetulnya setelah "Fly By Night" saya tidak pula membayangkan Zahir akan mengarahkan filem sebegini tetapi setidaknya saya senang melihat bakat pengarahan dan story telling yang dia miliki berkesinambungan tidak terhenti.

 

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down