Langgan

Dominasi Siti Nurhaliza di Anugerah Industri Muzik ke-25

Anugerah Industri Muzik kembali sebagai apresiasi muzik tempatan
2 minit untuk membaca
Published: September 11, 2026

Anugerah Industri Muzik (AIM) kembali dengan penganjuran yang ke-25 tahun ini. Berlansung satu sidang media baru-baru ini, pengumuman finalis yang bakal bersaing di acara kemuncak yang menyaksikan 27 kategori kesemuanya. Mendahului dominasi pencalonan ialah Biduanita Negara, Siti Nurhaliza yang mendapat 14 pencalonan termasuk kategori utama seperti Album Terbaik, Vokal Terbaik dan Lagu Tradisional Terbaik.

Siti Nurhaliza yang mewakili album "Gema Bumantara" bakal bersaing rapat dengan pencabar yang juga bakat baru Aisha Retno menerusi EP "REHAB". Aisha yang cukup popular menerusi single "Tak Adil" lewat album tersebut menyaksikan pencalonan utama bagi kategori Album Terbaik, Vokal Wanita Terbaik dan Lagu Pop Terbaik. Selain Aisha, Mimifly antara yang memiliki pencalonan terbanyak tahun ini.

AIM 25 tahun ini akan diadakan di BCCK, Sarawak pada 26 September ini dan bakal dikendalikan pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya bersama personaliti TVS iaitu Sheera Abang Mansur. Antara barisan penyampai ialah Amir Jahari, Aina Abdul, Wany Hasrita, Kaka Azraff, Noraniza Idris, Yonnyboii, Iman Troye dan Lah Ahmad. Berikut senarai pencalonan utama AIM 25 tahun ini.

Album Terbaik
Shila Amzah (SA25)
Naim Daniel dan Adnin Roslan (Lelaki Gila)
Siti Nurhaliza (Gema Bumantara)
Aisha Retno ([RE.HAB])
Let Zapin (Jati Diri)

Artis Baru Terbaik
Ary Hussin
QalG
ALPHA
Yusuf Kassim

Vokal Lelaki Terbaik 
Hazama (Aku Bukan Narsisis)
Pasya (Aku Bukan Cinta)
Ryenald Guntabid (Gagal Setia)
Arddley Nicholas (Sandiwara Cinta)
Syamel (Beribu Tanda Tanya)

Vokal Wanita Terbaik
Liza Hanim (Jeda Derita)
Shila Amzah (Pernah Punya Aku)
Aisha Retno (Tak Adil)
Marsha Milan (Tangisan Seorang Pendosa)
Siti Nurhaliza (Kesuma)

Vokal Kumpulan Terbaik
Fetya (Balaklava)
KRU (Agung)
Madinah (Rindu Kubah Hijau)
ALPHA (P Ramlee Saloma)
Inteam (Satukan Kami Di Syurga)

Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik
Adira Suhaimi dan Black Hanifah (Memilih Kamu)
4forty dan Jaclyn Victor (Cinta Sampai Akhir)
Aina Abdul dan Amir Jahari (Ayuh Pulang)
Hael Husaini dan Nadeera (Peluk)
Sekumpulan Orang Gila (SOG) bersama Amir Masdi (Mahkota)

Kugiran Terbaik
Ramayan (Cita Cita Asmara)
Jazleen (Liar)
Akim & The Majistret (Gasoline)
Patriots (Fracture)
Sekumpulan Orang Gila (SOG) bersama Amir Masdi (Mahkota)

Lagu Pop Terbaik
Dolla (Question)
Naim Daniel dan Adnin Roslan (Seni Berdamai Dengan Takdir)
ALPHA (P Ramlee Saloma)
Amira Othman (Dalam Sujudku)
Aisha Retno (Diari Air Mata)

Lagu Rap/Hip Hop Terbaik
Killa Driz, Sonaone dan Joe Flizzow (Last Time)
Joe Flizzow (501)
Kmy Kmo, Luca Sickta dan Salammusik (Kemana Ni)
K.O.I (Meta Dergama)
Yonnyboii dan Malique (Tanya Tuhan)

Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik
Aisha Retno (Jeda)
Stacy (Mega Ching!)
Erika Foo (Gula-Gula)
Mimifly (Temberang)
Ernie Zakri (Dansa) 

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik 
Julia Duclos (Look And See)
Kidd Santhe(Ambani Money)
Dolla (Mwa! - English Version)
Sonaone (Stamina)
Aisha Retno (O.R.B.I.T)

Lagu Nasyid Terbaik
Yusuf Kassim (Sebelum Mata Terpejam Selamanya)
Iwan Syahman (Malam Pertama Di Syurga)
Munif Hijjaz dan Far East (Asma’ Dzatun Nithaqain)
Inteam (Satukan Kami Di Syurga)
Halim Ahmad (Fitnah Akhir Zaman)

Lagu Etnik Terbaik
Marsha Milan (Pelangi Pasti)
Marsha Milan (Nalan Nalan)
Baby Shima (Maya Hari Gawai)
Siti Nordiana (Ahai)
Mimifly (Nara (From ‘Honor Of Kings’)

Lagu Tradisional Terbaik
Haziq Rosebi (Nurlela)
Siti Nurhaliza (Kesuma)
Siti Nurhaliza (Rencong)
Siti Nurhaliza (Hujung Bumi)
Siti Nurhaliza (Pesanan Buat Diri)

Rakaman Lagu Terbaik
Elica Paujin (Terbaik Untukku)
Akim & The Majistret (Gasoline)
Siti Nurhaliza (Kesuma)
ALPHA (P Ramlee Saloma)
Siti Nurhaliza (Pesanan Buat Diri)

Rakaman Album Terbaik
Shila Amzah (SA25)
Bahtera (Aura Cintaku)
KRU (Kaset)
Dato’ Sri Siti Nurhaliza (Gema Bumantara)
Aisha Retno ([RE.HAB])

 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down