Kenali Eve Lau, pengasas KiaKia Places, sebuah platform media sosial yang berfokus untuk menerokai permata tersembunyi di Malaysia. Bersama rakan kembaranya, Eve berusaha untuk menyerlahkan keindahan luar biasa Malaysia, sering memilih lokasi yang jarang diterokai untuk mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Daripada tempat-tempat menarik tempatan sehingga ke destinasi semula jadi yang tenang dan panduan bandar yang terkurasi, KiaKia Places adalah penghormatan digital kepada lokasi-lokasi unik.
Membesar di kampung, kecintaan Eve terhadap perkara-perkara sederhana membentuk falsafah perjalanannya. “Kami selalu menemui kegembiraan dalam perkara kecil – bersiar-siar di pasar, menikmati secawan kopi atau menerokai sebuah kedai buku dalam perjalanan kami,” katanya.
Dimanakah destinasi kegemaran yang telah anda lawati tahun ini?
Pulau Sibu, Johor!
Tiga perkataan untuk menggambarkan destinasi tersebut.
Rustik. Asli. Santai.
Dimanakah tempat penginapan terbaik?
Rimba Resort. Sangat autentik dan mencerminkan gaya hidup pulau yang sebenar.
Bolehkah anda berkongsi itinerari peribadi anda?
- Stand-up paddling di atas air jernih yang menampakkan terumbu karang di bawah. Terokai pantai-pantai tersembunyi atau gua kecil, tetapi berhati-hati dengan landak laut!
- Pulau Mentigi adalah syurga bagi snorkeler, dengan terumbu karang hanya
beberapa langkah dari resort. - Island hopping. Bawa buku, tikar piknik serta makanan ringan dan nikmati hari anda menjelajah pulau-pulau sekitar.
- Jungle trekking. Jejakkan kaki selama 30 minit melalui kehijauan alam untuk sampai ke pantai berpasir di seberang pulau atau berjalan lebih jauh untuk meneroka sebuah kampung tempatan.
- Bersantai. Kadang-kadang, tiada pelan adalah pilihan terbaik. Berehat, nikmati suasana damai dan segarkan minda.
Apakah barang keperluan yang selalu anda bawa semasa bercuti?
Kamera, DJI Osmo, buku kegemaran dan jurnal.
Tip terbaik untuk menikmati perjalanan?
Lupakan tarikan pelancongan yang biasa dan alami sendiri cara hidup masyarakat setempat. Berbual dengan penduduk tempatan – mereka selalunya memiliki tip dan rahsia terbaik tentang tempat mereka! Walaupun tidak selalu mudah, ini adalah pengalaman yang sentiasa kami usahakan untuk capai. Jangan lupa juga untuk singgah ke pasar atau kedai runcit tempatan – tempat-tempat ini sering menjadi nadi sebenar sesebuah destinasi.
Apa yang paling anda suka tentang percutian?
Kegembiraan bangun di tempat yang asing, menyelami budaya baru dan membiarkan hari berlalu dengan penuh keajaiban dan discovery.
Apakah destinasi seterusnya dalam senarai impian anda?
Di dalam negara, Malaysia Timur. Di luar negara, Ikaria, Greece!