Langgan

Diari Kembara ELLE: Hawa Rizwana Lebih Seronok Menjelajah Kawasan Luar Bandar

Baginya, bandar di setiap negara mungkin hampir sama. Pesona luar bandar sentiasa menghiasi setiap destinasinya untuk meneroka.
2 minit untuk membaca
Published: December 24, 2024
Hawa Rizwana
Teks & Penyelaras: Sarah Hani Jamil dan Athirah Zahra Arahan Seni: Iera Nadzlim Fotografi: Aiman Yazid Solekan: Gary dan Cindy menggunakan Shu Uemura Dandanan: Juno Ko

Hawa Rizwana bukanlah seseorang yang betah duduk di satu tempat terlalu lama. Tahun ini sahaja, dia sudah mendaki gunung, menyelam di lautan terdalam dan menjadikan akaun Instagramnya seperti diari perjalanan visual yang dipenuhi dengan landskap dan pengembaraan berinspirasi. Bagi Hawa, walaupun bandar-bandar di seluruh dunia mungkin mempunyai persamaan, pesona luar bandar sentiasa menjadi daya tarikan utama yang mencuri hatinya.

Karier Hawa sama dinamiknya dengan pengembaraannya. Dia terus mencipta nama sebagai hos aktif di ‘Meletop’, menjadi penyampai bersama segmen popular ‘Sabtu Pagi Era’ di radio Era serta ‘Dialog Anak Muda’ di Astro Awani. Selain itu, tahun ini Hawa turut membintangi drama ‘Raya Bersama Cinta’.

Dimanakah destinasi kegemaran yang telah anda lawati tahun ini?

Australia, khususnya di Gold Coast, untuk aktiviti marathon, taman tema, sukan air, dan menaiki helikopter. Berdasarkan pengalaman, ia adalah destinasi yang santai tetapi tetap mengujakan, dengan keseimbangan antara suasana kota dan ketenangan yang lebih santai tanpa terlalu sibuk. Hawa lebih gemar melakukan aktiviti yang sukar ditemui di Malaysia berbanding sekadar membeli-belah.

Tiga perkataan untuk menggambarkan destinasi tersebut.

Menakjubkan, menenangkan dan unik

Bolehkah anda kongsikan jadual perjalanan peribadi anda?

  1. Lawatan ke tempat menarik. Saya menaiki setinggi 70 meter di menara Q1, laluan pejalan kaki luar tertinggi di Australia. Walaupun saya sangat takut dengan ketinggian, no regrets.
  2. Beli-belah. Hawa beli cincin dari setiap destinasi sebagai hadiah untuk diri sendiri.
  3. Hawa gemar berlari sambil menikmati pemandangan baharu. Hawa menggunakan aplikasi Strava supaya boleh melihat data itu kembali sebagai kenangan.

Apakah item keperluan yang sentiasa anda bawa?

Sebelum percutian, Hawa sentiasa membuat senarai panjang untuk memastikan tiada barang yang tertinggal. Antara barang penting bagi Hawa adalah Insta 360 dan DJI Osmo Pocket – setiap aktiviti yang Hawa lakukan memerlukan kamera yang berbeza-beza. Dan juga sneakers – kasut untuk aktiviti larian atau sebarang aktiviti lasak yang lain.

Apa yang paling anda suka tentang percutian? 

Belajar! Hawa suka meneroka pengalaman baru dan mencuba aktiviti yang berbeza. Selain itu, fesyen! Percutian memberi ruang untuk Hawa bergaya dengan baju sejuk, jaket kulit, dan kasut but yang tidak sesuai dipakai dengan cuaca di Malaysia.

Destinasi seterusnya dalam senarai anda?

London! Bulan ini, Hawa akan ke sana untuk menikmati musim sejuk. Destinasi impian Hawa termasuk Pulau Sipadan, New Zealand Selatan, Norway, Amsterdam dan Gunung Fuji.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down