Langgan

Diari Kembara ELLE: Sherry Amin Menemui Kecantikan Kehidupan di Jakarta

Sentiasa teruja untuk meneroka, namun kota Jakarta tetap menawan hatinya, menjadi sebuah destinasi yang kian terasa bagai rumah kedua.
2 minit untuk membaca
Published: December 24, 2024
sherry amin
Teks & Penyelaras: Sarah Hani Jamil dan Athirah Zahra Arahan Seni: Iera Nadzlim Fotografi: Aiman Yazid Solekan: Gary dan Cindy menggunakan Shu Uemura Dandanan: Juno Ko

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Sherry Amin, sering mencuri tumpuan di acara-acara sosial di Kuala Lumpur dengan pesona dan karismanya yang memikat. Sentiasa mencari pengembaraan baru, Sherry tidak pernah berhenti menjelajah, baik dalam kerjaya mahupun pengalaman peribadi. Walaupun dia mempunyai minat yang mendalam terhadap pengembaraan, Jakarta telah mencuri hatinya dan kini menjadi rumah kedua yang sarat dengan keindahan budaya serta keseronokan yang tiada tandingan. Bagi Sherry, kecantikan bukan sekadar soal rupa, tetapi tentang cara dia menghargai seni kehidupan dalam setiap perincian, di mana sahaja dia berada.

Dimanakah destinasi kegemaran yang telah anda lawati tahun ini?

Atas sebab sentimental, I akan memilih Indonesia, khususnya kota Jakarta.

Tiga perkataan untuk menggambarkan destinasi tersebut.

My second home.

Dimanakah tempat penginapan terbaik?

Kali terakhir I di Jakarta, I menginap di Four Seasons Hotel dan sangat menyukai layanan mereka. Tempat yang I ingin pergi adalah The Dharmawangsa untuk pengalaman bougie, tetapi jika bajet terhad dan masih inginkan pengalaman mewah, The Orient Jakarta sangat menakjubkan dan terletak
berdekatan dengan segala-galanya.

Bolehkah anda kongsikan jadual perjalanan peribadi anda?

  1. Mulakan pagi di kafe yang comel. Akhir-akhir ini I sering ke BRAUD General Store.
  2. Shopping di butik-butik multi-label seperti HGL, Sonderslab, Playdate atau ke PIK by the Sea untuk jenama-jenama tempatan.
  3. Makan makanan Indonesia – Pagi Sore adalah pilihan wajib!
  4. Mandian krim di salun seperti Shimooka atau Kawa Wellness untuk pengalaman spa yang menyegarkan.
  5. Makan malam di Pantja. Lobster rolls mereka adalah hidangan terbaik yang pernah I rasa di Jakarta.

Apakah item keperluan yang sentiasa anda bawa?

Lampu vanity portable kerana I tak percayakan pencahayaan hotel. Longchamp Pliage beg tambahan selepas membeli-belah. Lemme Sleep Gummies, terutama untuk menyesuaikan diri dengan zon waktu berbeza, lifesaver! Tidak lupa juga Dyson Airstrait untuk mengeringkan dan styling rambut dalam satu alat (kadangkala juga berfungsi sebagai seterika untuk pakaian!).

Apakah kunci utama anda untuk menikmati percutian dengan sebaiknya?

Jangan padatkan jadual dan anggap hari perjalanan sebagai hari bercuti! Rancang dengan teliti agar tak tergesa-gesa. Bagi memudahkan urusan tanpa tunai, muat turun kad, tiket dan pas penerbangan ke Wallet iPhone dan Apple Pay. Akhir sekali, simpan tempat menarik di Google Maps! Buat senarai untuk setiap bandar, lihat jarak, cara ke sana dan ulasan.

Apa yang paling anda suka tentang percutian? 

I lebih suka merasai kehidupan tempatan berbanding destinasi pelancongan. Ia memberi I peluang untuk melihat dunia melalui mata mereka. Perjalanan juga memudahkan I untuk berhubung dengan orang dari pelbagai budaya, dan itu sangat menarik. Walaupun cara kehidupan setiap orang berbeza, pengalaman manusia tetap sama.

Destinasi seterusnya dalam senarai anda?

I telah merayu kepada rakan-rakan untuk ke India bersama. Terpesona dengan budaya, seni bina dan filemnya. Jepun pula, untuk belajar snowboarding dan ke Disneyland – tolonglah, I benar-benar mahu ke sana!

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down