Langgan

Anugerah Kecantikan anjuran ELLE Malaysia meraikan pengiktirafan tertinggi terhadap kecemerlangan dan inovasi dalam dunia kecantikan. Saban tahun, anugerah berprestij ini diadakan untuk memberi tumpuan kepada produk kecantikan terbaik, trend terkini serta jenama-jenama yang sedang merevolusikan industri kecantikan.

Merupakan Pengarah Kecantikan Bersekutu di ELLE Malaysia, memainkan peranan penting dalam menyusun dan membentuk kandungan kecantikan majalah ini. Sentuhannya bukan sahaja menampilkan perkembangan terkini dalam dunia penjagaan kulit dan solekan, malah turut mencorakkan arah aliran serta menginspirasikan pembaca untuk meraikan kecantikan dalam segala bentuk dan ekspresinya.
Disusun rapi oleh barisan pakar kecantikan, pempengaruh dan pengarang kecantikan, anugerah ini berfungsi sebagai rujukan utama bagi para pencinta kecantikan dalam membantu mereka menelusuri pilihan terbaik dalam penjagaan kulit, solekan, penjagaan rambut, haruman, tubuh dan kesejahteraan diri, merangkumi jenama tempatan juga antarabangsa.
Seorang pelakon, peragawati serta pempengaruh digital yang semakin mencipta nama dan menjadi inspirasi kepada generasi muda masa kini. Penglibatannya yang meluas bersama jenama-jenama kecantikan terkemuka, baik dari dalam mahupun luar negara, menjadikannya pilihan ideal sebagai penasihat kecantikan barisan panel ELLE.
Seorang pelakon, peragawan serta pempengaruh yang berjaya mencipta nama dalam dunia gaya dan penjagaan diri. Dengan lebih 1.2 juta pengikut di Instagram, kehadirannya sentiasa mencuri tumpuan. Azrel menampilkan cita rasa fesyen yang tajam serta rutin penjagaan kulit yang tersusun. Bukan sekadar ikon stail, tetapi dia juga adalah simbol keyakinan moden lelaki masa kini.
Lebih daripada sekadar nama dalam industri solekan tempatan, Ahmadani adalah antara jurusolek berpengalaman yang mahir memperindah kanvas wajah selebriti dan pengantin. Sentuhan tangannya turut menjadi pilihan keluarga diraja, terkenal dengan hasil solekan yang kemas, halus dan penuh ketelitian. Berbekalkan pengalaman yang luas dalam dunia solekan, Ahmadani juga pernah berkolaborasi dengan jenama kecantikan untuk menghasilkan produk lokal berkualiti tinggi.
Menjadi sumber inspirasi yang menyerlah dan dikenali ramai sebagai “It Girl” generasi muda masa kini. Memiliki cita rasa estetika yang tersendiri dan persona yang penuh gaya, Sherry membawa identiti unik ke dalam setiap penampilannya. Sebagai pencinta kecantikan sejati, dia sering berkongsi ulasan yang jujur dan autentik — menjadikan kandungannya tulen, dekat di hati dan mudah dirasai oleh para pengikutnya.
WAJAH
Rangkaian produk penjagaan wajah terbaik, diformulasi khusus untuk kulit wajah dengan gabungan teknologi moden dan inti pati terkini, selari dengan kemajuan pesat dunia sains hari ini.
Rawatan Wajah
Solusi terbaik untuk anda yang berkulit sensitif. Produk rawatan yang mampu meredakan kulit tanpa memberi kesan ketidakselesaan pada wajah di samping memperkukuhkan lagi lapisan kulit dan menjadikan ia lebih mulus dan terhidrat.

Serum
L’Occitane Immortelle Overnight
Reset Oil-in-Serum, RM298
Diformulasikan khas untuk anda yang berkulit sensitif dengan inti pati hebat seperti ekstrak Gardenia yang berfungsi untuk memulih kembali kesihatan kulit sepanjang malam. Hasilnya, kulit menjadi lebih mulus dan berseri keesokan pagi.
Pencuci Wajah
TATAGALTIER Cella Grail
Cleansing Gel, RM45
Pencuci wajah yang mampu membersihkan kulit daripada kotoran akibat pencemaran sekeliling, minyak berlebihan serta solekan. Ia memiliki tekstur yang lembut dan selesa langsung tidak merosakkan kulit wajah.
Clarins Double Serum,
RM380/50ml
Serum Antipenuaan
Dengan formulasi Vitamin C, buah plum jepun, bio fermentasi, Niacinamide terkandung dan penggalak antioksidan Pro-Glutathione membuktikan hasil hebat dalam mengembalikan kulit mata cerah.
Tatcha The Brightening,
Eye Cream, RM355
Krim Mata
Hadir dengan manfaat luar biasa yang terhasil daripada kandungan 14 kali ganda asid hiarulonik. Antaranya adalah seperti memuluskan tekstur kulit, merawat kulit kering, merawat keanjalan kulit dan melawan iritasi pada wajah.
Wardah Deep Water Restore
Gel Moisturizer, RM41.70

Pelembap Terbaik
Teknologi Epi-ageing Defense, sejenis inovasi yang dihasilkan daripada kuasa ekstrak buluh Provencal organik yang utuh, terbukti membantu meneutralkan 100% pengubahsuaian epigenetik yang berkaitan dengan gaya hidup.
Gajet Penjagaan Wajah
Foreo LED
FAQ 202, RM4590

Ultra ringan, rekaan tanpa wayar dan diperbuat daripada silikon Flexi-Fit, topeng LED ini tampil dengan terapi cahaya merah dan dilengkapi dengan lapan gelombang cahaya berbeza membantu dalam merawat pelbagai masalah kulit.
Krim Wajah Antipenuaan
Guerlain Abeille Royale,
Honey Treatment Rich Cream, RM697
Krim mewah yang memberi hasil kulit wajah yang berbeza. Dengan inti pati yang cukup berkuasa, ia mampu merawat empat masalah kulit menua yang utama iaitu kulit kendur, kedutan, tekstur kasar dan kekusaman kulit.
Penjagaan Bibir
KraveBeauty Plumptuos,
Lip Jelly, RM103
Meninggalkan rasa selesa pada setiap sapuannya dan langsung tidak membuatkan bibir rasa pedih. Lip oil ini hadir dengan rona menarik berfungsi merawat bibir menjadi lebih terhidrat serta menguatkan lagi dinding kulit bibir.
Membekalkan hidrasi 24 jam, ia diperbuat daripada molekul ectoin bio-fermentasi untuk meningkatkan keupayaan pertahanan kulit, melawan kedut dan radikal bebas. Sesuai untuk kulit sensitif, reaktif dan mesra ekzema.
Biossance Squalane + Ectoin Overnight
Rescue Ultra-Rich Cream, RM339

Pelembap Wajah Malam
Pelindung sinar bebas haruman ini tidak meninggalkan kesan melekit dan berminyak pada kulit wajah. Hadir dengan inti pati inovasi zinc, Vitamin E, Squalane dan Pentavitin® , melindungi dan melembap kulit sepenuhnya.
Ultra Violette Future Fluid SPF 50+
Superlight Mineral SKINSCREEN, RM178
Pelindung Sinar
Sesuai untuk yang berkulit kering dan kusam, serum ini diformulasikan dengan Vitamin C juga Pro-Vitamin D Complex. Boleh dipakai pada sebelah malam kerana ia mampu memulih kulit dan menjadikan ia lebih bertenaga.
Serum Pencerah
Inovasi Peneraju Trend
Toner
Wardah Exosome Epidermal Growth Factor –
PDRN Lift Regenerating Serum, RM89.90
Melvita Source de Roses
Extraordinary Water, RM150

Serum ini mendapat reviu yang positif iaitu 97% wanita menyatakan kulit mereka lebih lembap, anjal dan cerah. 100% bersetuju kulit menjadi lebih lembut. 85% lagi menyatakan kedutan kulit berkurangan dengan efektif.
Toner yang disemai dengan esen bunga mawar penuh khasiat ini mampu memberi manfaat kesegaran pada kulit wajah. Sapuan toner ini mampu membekalkan lembapan optima dan boleh dipakai pada bila-bila masa sahaja sepanjang hari.
Dermalogica Biolumin-C Night
Restore, RM559
SOLEKAN
Koleksi solekan yang menggabungkan formula inovatif dengan warna yang versatil, daripada asas yang memberikan kemasan sempurna sehingga sentuhan akhir yang menyerlahkan seri wajah.
Maskara
Essence I Love Extreme
Crazy Mascara, RM24
Hadir dengan volume yang lebih ekstrem! Tekstur krim hitam dan pekat mampu menyelaputi setiap helaian bulu mata, manakala berus elastomer bersaiz ekstra besar beri kesan dramatik dengan hanya pada layangan pertama.

Bedak Asas
Bobbi Brown Weightless Skin
Foundation SPF15, RM229
Berkemasan matte semula jadi, hasilnya ia kelihatan seperti kulit sendiri. Teksturnya ringan dan mampu menghidrat kulit sepanjang 24 jam, formulanya juga boleh mengawal minyak tanpa mengeringkan kulit. Ia sesuai untuk semua jenis kulit.

Setting Spray
Fenty Beauty You Mist Makeup-Extending
Setting Spray, RM156
Diperkaya dengan InvisiFlex Shield, lapisan halimunan yang melindungi kulit daripada pencemaran dan tekanan persekitaran, setting spray ini memanjangkan ketahanan solekan hingga 12 jam sambil beri hidrasi sepanjang hari.

Patrick Ta Crème Contour & Powder
Bronzer Duo, RM199
Kontur Wajah
Berkemasan matte berkrim dengan ketahanan selesa sehingga 10 jam lamanya. Bukan itu sahaja, ia diperkaya dengan gel penyebar cahaya untuk efek matte lembut dan ekstrak minyak kapas untuk hasil bibir terhidrat.

Valentino Beauty
Spike Lipstick, RM250
Gincu
Hadir dengan kandungan penjagaan kulit, memberi liputan sederhana dan kemasan segar serta berseri. Sesuai untuk yang berkulit sensitif kerana formulanya yang bebas silikon ini akan mampu mudah menyerap sempurna pada kulit.

Kosas Revealer Super Creamy &
Brightening Concealer, RM155
Penyamar Noda
Gabungan krim dan bedak dalam tona yang saling melengkapi, krim kontur berfungsi untuk membentuk dan memberi definisi wajah. Manakala bedak pula, melengkapkan lagi sentuhan hangat dan efek sun-kissed.

Pembayang Mata
Anastasia Beverly Hills Soft Glam
Eyeshadow Palette, RM250
Palet mata serbaguna dari siang ke malam dengan 14 rona, gabungan matte dan kilauan glamor. Formulanya sangat berpigmen. Ia mengandungi sembilan warna ultra-matte dan lima rona metalik, lengkap dengan berus dwi-hujung.

Pembayang Pipi
Rare Beauty Soft Pinch Luminous
Powder Blush, RM140
Tekstur ringan, menghasilkan rona pipi semula jadi yang berseri dari dalam. Diperkaya dengan mutiara berkilau untuk dimensi yang halus tanpa kesan bergumpal atau berterabur. Formulanya transfer-proof, smudge-proof dan kalis air.

RAMBUT
Barisan produk penjagaan rambut inovatif yang dirumus khas untuk memenuhi keperluan semua jenis rambut, diperkaya dengan teknologi canggih serta bahan aktif terpilih untuk rambut yang sihat, kuat dan bersinar bermula daripada akar hingga ke hujungnya.
Schwarzkopf Professional Fibre Clinix
Bondfinity Light Oil, RM99
Rawatan Rambut Rosak
Lindungi rambut sambil memulihkannya ke tahap paling sihat dan lembut. Semburan perapi kering pelbagai fungsi ini melindungi helaian rambut yang rosak dengan perlindungan haba sehingga 450°F / 232°C.
Oribe Gold Lust Dry Heat
Protection Spray, RM242
Produk Penjagaan Styling
Dirumus dengan teknologi
Core Powerizing yang eksklusif, ia meresap jauh
ke dalam lapisan kulit kepala untuk menguatkan
akar rambut, mempercepatkan pertumbuhan dan
memberikan tekstur rambut yang lebih lebat serta
bertenaga.
Shiseido Professional Sublimic
Adenovital Scalp Power Shot, RM275
Rawatan Kulit Kepala
Memberikan transformasi luar biasa, menjadikannya 10 kali lebih kuat dan memperbaiki sehingga 90% kerosakan yang telah berlaku. Ia bukan sahaja memulihkan rambut dari dalam, malah memberikan kelembutan dan kekuatan.

Penjagaan Harian
Davines Oi All In One
Milk, RM132
Produk rawatan tanpa bilas membantu mengawal rambut kusut, melindungi daripada haba dan melembutkan serta memberi sinaran sihat semula jadi pada rambut. Dengan inti pati utama, minyak Roucou yang kaya dengan antioksidan.
Alat Styling Rambut
Dyson Airstrait,
RM2,599
Cara baharu dalam mengeringkan serta meluruskan rambut sekaligus dengan hanya menggunakan aliran udara dan bukannya menerusi plat panas. Hasilnya, dua rutin dapat diringkaskan hanya dalam satu langkah yang lebih cepat.
TUBUH
Rangkaian penjagaan tubuh yang dirumus untuk memanjakan kulit dari kepala sehingga kaki. Bersama tekstur mewah, ramuan berkhasiat dan formulasi yang menyegarkan, memulihkan dan menyerlahkan kehalusan kulit secara menyeluruh.
Sol De Janeiro Bum Bum
Firmeza Oil, RM265
Minyak Tubuh
Inti pati kopi dengan manfaat antioksidan, membantu mengurangkan penampilan selulit dengan merangsang peredaran darah. Ekstrak Minyak Oren merangsang penghasilan kolagen, sekaligus memperbaiki tekstur kulit.
R+B Anti Cellulite Body Scrub,
RM78
Skrub
Diperkaya dengan minyak badam dan lipid berkhasiat, ia membersih dengan lembut sambil melembapkan dan menyuburkan kulit. Hasilnya, menjadikan kulit tubuh terasa lebih halus, wangi dan terhidrat sebaik sahaja selepas penggunaan.
L'occitane Almond Shower Oil,
RM210/500ml
Sabun Mandian
Minyak tubuh yang memberikan penjagaan mendalam dan bantu mengurangkan rasa sembap. Urut minyak badan ke seluruh tubuh untuk kesan menegang yang jelas dan haruman kekal pistasio & karamel masin yang menggoda.

Seleksi haruman yang membangkitkan emosi dan mengekspresikan identiti. Bermula dengan nota lembut hingga ke aroma yang menggoda, setiap semburan dicipta untuk mencipta memori, meninggalkan kesan abadi dan menjadi sentuhan akhir gaya peribadi.
HARUMAN
Louis Vuitton Imagination EDP,
RM1,700
Untuk Lelaki
Satu interpretasi floral yang tidak seperti haruman kebiasaan. Nota rempah yang membangkitkan deria, bersatu dengan lapisan herba yang unik, Sementara daun magnolia pula membangkit aroma hangat dengan nota kayu memikat.
Aesop Aurner EDP,
RM770
Uniseks
Dirumus dengan aroma seimbang menyerlahkan sisi keuat dan lembut nota Butterfly Lily dan Miracle Berry. Diselubungi pula nota Oakwood dan Patchouli. Cukup memikat, sensual dan hangat buat wanita moden penuh berkeyakinan.
Hermes Barenia EDP,
RM1,100
Untuk Wanita
Dengan adunan nota Ambrox yang menzahirkan keanggunan maskulin yang sensual dan moden. Lengkap di adun bersama Black Tea dari China, bunga Tunisian Neroli, Sicilian Cedar, Calabrian Bergamot dan Nigerian Ginger.
Pengalaman kecantikan yang melangkaui jangkaan. Rawatan wajah yang menyegarkan hingga terapi tubuh dan rambut eksklusif, servis pilihan ini menggabungkan kepakaran, teknologi berserta suasana mewah untuk ritual penjagaan diri yang menyeluruh dan memuaskan.
SERVIS
Rawatan Antipenuaan
Helena Rubinstein Signature Facial
RM580/60minit
Temui keajaiban rawatan wajah signature yang mampu mengubah penampilan kulit hanya selepas satu sesi. Dengan sentuhan manual pakar termasuk urutan myofascial secara mendalam, rawatan ini dirangka untuk memberikan hasil antipenuaan yang ketara dan segera.

Salon Penggayaan Rambut Terbaik
COCOdry
Sebuah salon yang menyediakan pelbagai servis penggayaan rambut on-the-go, sesuai buat sesiapa sahaja yang mahukan dandanan rambut baik untuk gaya harian atau juga ke acara istimewa. Bukan itu sahaja, salon ini turut menyediakan servis rawatan rambut berkualiti tinggi.

Rawatan Pencerahan
Dual Yellow Laser Astute Clinic
RM1,000
Laser unik berteknologi Fast Edge Micropulse (FEM®), terbaik dalam mencerah kulit. Cahaya laser ini menghapuskan Protoporphyrin IX, bahan kimia yang dihasilkan bakteria penyebab jerawat. Frekuensi cahaya kuning yang dihasilkan membantu mengurangkan merah kulit.

Rawatan Penyeri Wajah
Guerlain Abeille Royale Repair Facial
RM1,300/45 minit (dengan pembelian tertentu)
Rawatan wajah mewah ini menggunakan rangkaian Abeille Royale, diperkaya dengan BlackBee Honey Technology dan madu eksklusif dari Connemara, Quessant dan Trogstad Island. Direka untuk menangani tanda penuaan seperti kekurangan keanjalan, hidrasi dan kulit kusam.
Rawatan Kesejahteraan Diri
Salt Float Bath Therapy Aura Wellness
RM228
Rasai ketenangan dan kesegaran mendalam di kolam terapung. Garam Epsom berkualiti tinggi mencipta persekitaran yang menyokong tubuh secara sempurna, membolehkan tubuh terapung tanpa berat dengan mudah. Ia baik untuk santaian, pemulihan otot, tidur yang lebih teratur.

Salon Rawatan Kuku Terbaik
Lyla Beauty Lounge
Servis Warna Rambut Terbaik
Portfolio Hair Studio
Memiliki pasukan pakar yang setiap seorang memiliki lebih 20 tahun pengalaman. Daripada potongan moden hingga transformasi warna yang berani, mereka membawa sentuhan mahir dan kreativiti yang tiada tandingan. Salon ini sedia mencipta pengalaman yang peribadi dan eksklusif.

Menjadi destinasi sempurna untuk penjagaan diri dan santaian. Pelbagai servis ditawarkan termasuk rawatan spa kuku, manicure, pedicure dan seni kuku. Mereka mengikuti trend dan teknik terkini bagi memastikan servis disediakan kekal bertaraf tinggi dengan hasil yang memuaskan.

Apa Kata Mereka?

Lima panel cantik ELLE berkongsi pendapat mereka tentang produk kegemaran daripada seleksi tahun ini!


Kredit
Teks & Penyelaras Amira Azman Arahan Seni Iera Nadzlim
Penataan Gaya Ardi Idewani dibantu oleh Athirah Zahra & Hani Natasha
Fotografi Kazuo Katsu dibantu oleh Aideel Videografi Jufri Jamaludin dari AMStudio
Solekan Ahmadani Dandanan Philex Chin & Wayne dari Salon 54 Blanc menggunakan Schwarzkopf Professional
Model Aliya Marissa & Sonia Naidu dari themodelslabkl



Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down