Langgan

Adaptasi Novel Paling Dinanti Tahun Ini

Keterujaan dunia fiksyen ke layar lebar berterusan
2 minit untuk membaca
Published: June 18, 2026

 

Dunia perfileman global semakin meraikan karya-karya adaptasi fiksyen dan sastera dalam sebuah pentafsiran visual yang semakin mengujakan. Tahun ini dengan barisan filem dan siri televisyen seperti Margot Got Money Troubles, Wuthering Heights, Project Hail Mary sehingga siri Heated Rivalry menjadi antara yang hangat diperkatakan.

Meneruskan sebuah kelangsungan pada pencitraan karya sastera dan fiksyen beberapa judul sudah diumumkan bagi tayang tahun ini dan tahun hadapan. Antara yang paling dinanti sudah tentu sekule The Housemaid lakonan Sydney Sweeney dan novel The Shard karya Bret Easton Ellis.

Berikut senarai novel yang bakal diadaptasi di skrin televisyen dan layar perak sepanjang tahun ini dan tahun hadapan.


The Housemaid's Secret

Kejayaan novel pertama yang diadaptasi penghujung tahun lalu bakal diteruskan dengan premis kedua novel ini, The Housemaid's Secret. Seperti di filem yang pertama, Sydney Sweeney akan kembali ke set penggambaran bagi memainkan watak Millie dan apa yang lebih menarik selain terampilan semula pelakon asanya, sekuel ini akan turut menampilkan hero Love Story, Paul Anthony Kelly sebagai pemeran utama. Filem ini akan masuk pawagam suku pertama tahun hadapan dan diarahkan oleh Paul Feig.

 

 

Verity

Novel bloackbuster tulisan Collen Hoover ini bakal menyaksikan Anne Hataways bersama Dakota Johnson sebagai gandingan utama di versi filem. Membawa naratif tentang seorang ghost writer yang mengalami trauma setelah kemalangan besar menimpanya. Satu per satu kpnflik terjadi membawa pada sebuah tragedi, drama dan ketegangan. Collen Hoover turut menulis skrip filem ini bersama arahan Michael Showalter.

 

 

The Shards

Bret Easton Ellis yang cukup dikenali dengan penceritaan lewat karya American Psycho meneruajui terus ilham the young and urban Aemricans lewat penulisan novel The Shards yang diedarkan pada tahun 2022. Menerusi novel ini, dia bersama
Ryan Murphy menulis sebuah lakon tv untuk tayangan HULU. Menampilkan bakat-bakat muda seperti Igby Rigney, Homer Gere, Graham Campbell dan Wes Bently.

 

 

My Year of Rest and Relaxation

Novel paling hangat menjadi bualan Booktok ini akhirnya diumumkan bakal diadaptasi sebagai sebuah naskhah filem. Karya tulisan Ottessa Moshfegh dikhabarkan bakal dilakonkan oleh Sarah Pidegon yang cukup digilai tahun ini lewat siri Love Story. Membawa kisah watak utama yang dikarangkan tanpa nama melewati tahun yang bebas dalam hidupnya.

 

 

The Corrections

Meryl Streep tahun ini sekali lagi bakal meneruskan legasi dalam lakonannya dengan filem terbaru The Corrections yang bakal ditayangkan di Netflix. Membawa kisah kekeluargaan lewat sebuah sambutan Krismas yang berbalut kesedihan dan konflik. Novel tulisan Jonathan Franzen ini pernah dinobatkan sebagai pemenang The National Book Awards pada tahun 2001.

 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down