
Adaptasi sekali lagi menjadi modal pembikin filem Hollywood menarik perhatian penonton ke panggung. Setelah beberapa tahun sudah ilham ini membuah pulangan lumayan menerusi filem seperti 'Wicked', 'Frankenstein' dan 'How to Train Your Dragon' ilham diteruskan dengan adunan semula novel Freida McFadden.
'The Housemaid' menjadi novel blockbuster penulis ini sekali gus menjadikan dia sebagai salah seorang penulis novel dengan pendapatan tertinggi. Kisah thriller, misteri dan perhubungan disatukan dengan plot twist di hujung cerita menjadi modal Freida dalam novel-novelnya.
Novel ini menjadi naskhah pertama tulisannya yang mendapat perhatian Hollywood. Bersama pengarah Paul Feig, 'The Housemaid' menampilkan pelakon-pelokan hebat yang cukup dikenali. Amanda Seyfried, Sydney Sweeney dan Brandon Sklenar mengemudi filem ini dengan tempo lakonan sederhana.

The Real 'Housemaid'
Sebagai seorang yang sudah membawa novel ini beberapa tahun sudah, alur ceritanya sudah saya faham. Jadi apa yang diharapkan oleh seorang penonton yang sudah membaca novelnya? Sudah tentu satu pengalaman visual yang dramatik dan olahan ceritanya (kerana itu yang saya bayangkan setidaknya ketika membaca novel ini).
Paul Feig tidak mengubah hal-hal asas penceritaan dan ia ini penting untuk tidak menghampakan penonton yang sudah membaca novelnya. Apa yang ditawarkan adalah sebuah susunan linear pada plot juga penceritaan. Tapi sebagai penonton saya mahukan kejutan dan arus rubah pada plot (bukan cerita asal).
Sayangnya, 'The Housemaid' tidak diolah dengan kreatif. Keputusan Feig untuk menulis lakon layar dengan mengikut susunan cerita dalam novel menjadikan filem ini hadir tanpa kejutan. Sebagai penonton yang kritikal saya mengharapkan adaptasi novel ini diolah dan disusun berbeza dan mencipta lebih banyak momen-momen yang 'mengganggu'.
Amanda Seyfried Yang Benar-Benar BERLAKON
Pujian harus diberikan pada pembawaan watak Nina Winchester lakonan Amanda Seyfried. Dia benar-benar 'berlakon' sepanjang filem ini untuk melepaskan diri daripada suami manipulative yang mengakibatkan dia dilihat pathetic.
Munculnya watak Millie lakonan Sydney Sweeney yang menjadi 'kambing hitam' dalam melepaskan dirinya daripada terus hidup bersama Brandon (Andrew Sklenar) datang dengan harga yang perlu dibayar. Perancangan Nina untuk dia digantikan Millie menjadi seperti apa yang dia rancangkan.
Konflik dicipta tidak begitu mengejutkan dan ia tidak juga mengundang tanda tanya pada penonton. Hal ini yang mejadikan filem ini agak mendatar dan predictable. Sekali lagi saya kira ia terjadi kerana kurangnya kreaiviti dalam pengolahan Paul Feig dalam bercerita.
Hal yang sangat berbeza saya dapatkan ketika menonton adaptasi hebar seperti 'Gone Girl' dan 'Gone Baby Gone' yang diolah sempurna dengan drama, konflik dan olahan plot yang menjadikan ia antara adaptasi crime / thriller yang terbaik sehingga hari ini.
