
Meneruskan perjalanan lebih 55 tahun mengiktiraf bakat penulisan bertaraf dunia, panitia Booker Prize hari ini mengumumkan enam penulisan cereka yang telah dipilih oleh panel juri yang dipengerusikan oleh tokoh penulisan klasik iaitu Mary Beard. Bersama dalam menjurikan senarai panjang tahun ini ialah Raymond Antrobus, Jarvis Cocker, Rebecca Liu dan Partricia Lockwood.
Pemilihan tahun ini dibuat daripada ‘Booker Dozen’ yang menyenaraikan 13 judul kesemuanya yang dipilih daripada 163 karya yang dihantar. Kesemua karya yang ini menampilkan fiksyen panjang terbaik oleh penulis dari mana-mana kewarganegaraan, dalam bahasa Inggeris dan diterbitkan di UK dan/atau Ireland antara 1 Oktober 2025 hingga 30 September 2026.
Mary Beard berkata: “Novel-novel ini hadir dalam pelbagai nuansa, ada yang mencuit hati hingga yang mengganggu fikiran, daripada kisah yang aneh hingga terasa menakutkan kepada cerita yang begitu dekat dengan kehidupan seharian. Menerusi karya-karya ini kami menemukan watak-watak daripada pelbagai negara dan zaman yang dicipta oleh penulis daripada berganti generasi berbeza."
Karya yang bakal memenangi pemenang akan diumumkan pada 9 November 2026 dalam satu majlis yang berlangsung di Old Billingsgate, London. Pemenang bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak £50,000, manakala setiap penulis yang tersenarai pendek akan menerima £2,500.
Enam judul yang disenarai pendek tahun ini adalah
- The End of Everything oleh M. John Harrison
- The Disappearers oleh Marlon James
- Black Bag oleh Luke Kennard
- May We Feed the King oleh Rebecca Perry
- The Things We Never Say oleh Elizabeth Strout
- John of John oleh Douglas Stuart

